Hai nama aku A, umur aku 35 tahun. Aku bekerja di salah sebuah syarikat swasta sebagai “PR”.
Aku akui aku ni lelaki yang lembut dari segi lengok jalan dan tutur kata ala macam dalam drama watak2 lelaki lembut. Tapi aku masih lagi berpegang teguh kepada agama. Aku masih lagi tahu halal haram dan aku masih lagi mempunyai perasaan untuk bercinta dengan wanita.
Aku berpakaian lelaki.
Aku nak bercerita dan berkongsi betapa pentingnya meluahkan perasaan kepada orang yang kita suka.
Dulu masa aku sedang degree, aku jatuh cinta kepada seorang gadis yang bernama Seri (bukan nama sebenar).
Dialah wanita pertama yang buat aku jatuh cinta, dan seorang wanita yang aku belajar macam mana cara nak mengorat perempuan. Kami satu aliran, cuma berlainan kelas sahaja. Kelas kami di pisahkan disebabkan terlampau ramai student yang mengambil aliran terbabit.
Kami dipisahkan kerana sebelum ini aku mengambil diploma dalam aliran yang sama di universiti tersebut. Tetapi ada beberapa subjek yang membuat kami bergabung kelas.
Seri, indah di pandang pada pandangan aku. Pertama kali aku jumpa dia, waktu perbincangan pembahagian kelas. Waktu nak sign kehadiran, aku ternampak nama ayah dia, macam pelakon plus nama dia jarang aku dengar. Aku merisik kepada budak-budak lelaki siapa gerangan Seri.
Seri dia seperti gadis biasa, tapi dia OKU, tak perlu rasanya aku bagi tau apa kekurangan dia. Tapi dia yang dulu tegur aku, itupun sebab aku tak perasan buku aku tertinggal dekat atas meja. Perwatakan dia ala2 janna nick dalam cerita kau aku kita.
Pertama kali Seri tegur aku, aku rasa macam nak luruh jantung. Senyuman dia penuh keikhlasan, sumpah cakap sampai sekarang baku tak boleh lupa senyuman pertama dia bagi kat aku. Wajah dia persis heliza helmi cuma dia tak cerah pun. Hitam manis orangnya.
Kerana kejadian itu kami mula berkawan, tapi terus terang cakap aku banyak tegur dia dulu.
Kami belajar sama2, tapi apa yang aku puji dia, dia masih lagi mengekalkan pakaian dia, tudung labuh, kebanyakan pakaian dia tak mahal pun. Kadang kadang ada karnival dekat kolej kami, saja aku test dia, nak tak kalau aku belanja baju.
Last dia cakap, baik kau belanja aku makan, lagi aku kenyang. Kawan2 sekelas aku tanya kenapa aku suka kawan dengan Seri.
Aku jawab aku selesa, sumpah aku tak sedar aku dah jatuh cinta dengan dia waktu tu. Ramai yang meneka tapi aku menidakkan kebenaran terbabit.
Aku sedar aku jatuh cinta dengan dia waktu kami semester 3. Sebab kawan aku perasan kalau aku nampak dia kat mana2 je, walau dekat pasar malam mesti aku kejar dia.
Aku selalu ajak dia selfie, sampai tahap gambar selfie kami aku letak dalam album dan hadiah yang paling bernilai yang dia pernah hadiahkan kat aku potret gambar aku Seri lukis sendiri, aku laminate dan aku simpan sampai sekarang aku punya sayang.
Aku pernah tanya dia, ada tak minat kat siapa2 dalam kolej nie.
Dia jawab, assignment berlambak nak kena siapkan tambah plak nak bercinta.. Lepas habis belajar baru la cari jodoh.
Tersekat aku nak luahkan, sebab Seri hati dia keras, susah aku nak lembutkan dapat berkawan dengan dia pun aku dah bersyukur. Sebab dia tak ramai kawan lelaki.
Maybe sebab dia OKU, dia rasa rendah diri bab bercinta.
Start tu aku macam dah janji dengan diri aku, lepas aku belajar, aku nak kerja sebab aku nak Seri jadi isteri aku.
Macam2 hint aku bagi dia, kadang kadang sambil jalan-jalan balik dari kelas menuju ke stesen bas dengan dia dan kawan dia sorang lagi tu, aku nyanyi lagu menahan rindu by wany hasrita. Sebab waktu tu lagu tu tengah famous weii…. Tapi dia masih lagi buat tak reti.
Aku takut nak bagitau, sebab aku tak nak dia jauhkan diri dia dengan aku. Andai satu hari aku tak cakap dengan dia macam tak lengkap hidup aku..
Mesti korang tertanya Seri ni tak faham ke apa perasaan aku. Dia tak faham sebabnya macam aku kata dia tak banyak kawan lelaki dan dia tak pernah bercinta.
Alhamdulillah sem 5, 6 dan praktikal kami banyak habiskan masa bersama walaupun sekadar nak selesaikan tugasan itupun aku bersyukur.
Aku ingat lagi waktu kami pratikal, kami berdua terpaksa naik bas nak pergi ke ktm dari office, ada mak cik tu tanya dia aku ni siapa.
Dia boleh jawab “abang saya mak cik”. Mentang la aku dengan kakak dia sebaya. Nak je aku jerit “Aku suka kau Seri”. Selepas majlis graduasi kami berpisah dia ke negeri dia aku ke negeri aku.
Entah kenapa, dia jarang menghubungi aku, kerja katanya. Memang aku selalu nampak kat ig dan fb dia banyak dia habis kan masa dengan kerja. Dalam pada masa yang sama, aku masih ingat janji aku nak jadi kan dia isteri.
Tetapi itu la orang cakap kita hanya merancang Allah juga yang menentukan.
Suatu hari aku menerima pesanan dari whatsapp group degree aku, penuh ucapan tahniah rupanya Seri aku dah nak kahwin. Aku try skodeng fb bakal suami Seri, suami Seri guru bahasa inggeris di sekolah menengah. Manakala Seri ada perniagaan sendiri.
Dan aku dengar plak dorang tak bercinta, lelaki tu yang datang masuk meminang dia sebab dorang dulu satu sekolah tapi lelaki tu senior pada Seri. Kes dia sama dengan aku minat Seri cumanya dia minat Seri dari sekolah lagi.
Waktu aku dapat tahu berita Seri nak kahwin hati aku macam disiat-siat, macam di khianat bila ingat balik.. aku meraung macam Seri dengar waktu tu, macam malu plak rasa, tapi aku tak boleh salahkan Seri, salah aku aku tak berterus terang dekat Seri, dari awal.
Seri aku doakan kau bahagia sampai akhir hayat kau, buat suami Seri jagalah Seri jangan sakitkan hati dia.
Korang doakan aku jugak yea.. Semoga aku boleh buka hati untuk menerima wanita lain dan cepat dapat jodoh serta dapat lupakan Seri, aamiin.
Sekian terima kasih,
Dari lelaki lembut,
– A (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit