Assalamualaikum. Buat pertama kalinya aku hendak berkongsi tentang perasaan aku kepada umum. Kadang-kadang, perasaan sukar untuk dipendam. Aku juga perlukan pendengar dan penasihat untuk kisah hidup aku.
Nama aku Wawa (bukan nama sebenar). Aku berusia berusia 25 tahun. Aku merupakan graduan dari universiti Awam. Sudah hampir 2 tahun aku tamat pengajian. Pun begitu, perasaan aku ini masih sama hingga ke hari ini.
Aku adalah seorang wanita yang sangat pemalu. Malu aku bertempat. Aku tidak akan bercakap dengan pelajar lelaki melainkan ada kerja atau pun ‘group assignment’ yang perlu dibuat. Tapi jika dengan pelajar perempuan, aku ada seorang kawan yang agak lawak dan sempoi.
Sebelum ini, aku pernah perasan, ada mata-mata yang memerhatikan aku di luar kelas. Namun, aku endah tak endah. Prinsip aku masih sama.
Tak akan aku bercakap dengan bukan ajnabi jika bukan bersebab. Lagi satu, aku menjadi segan jika memandang mata mereka yang lelaki. Mungkin aku sudah terbiasa. (maaf aku bukan riak, tapi ini apa yang aku benar- benar rasa).
Kadang-kadang, aku takut jika sikap aku ini disalah ertikan. Mungkin ada yang akan rasa aku adalah seorang yang sombong. Tapi maaf. Sombong aku hanyalah pada mereka yang lelaki. Tapi semua itu kian berubah.
Sebelum ini, aku adalah pelajar yang suka membawa diri. Ke mana-mana aku pergi, aku berseorang. Sehinggalah di tahun ketiga pengajian aku di universiti.
Aku mulai dekat dengan sekumpulan pelajar yang juga rakan sekelas aku. Dalam kumpulan itu juga terdapat beberapa orang pelajar lelaki.
Mereka juga rakan sekelasku yang selama ini aku hanya melihat melalui leretan mata tanpa menegur sapa termasuk lah mata-mata yang pernah memandang aku sebelum ini.
Hubungan aku dan sekumpulan rakan tadi menjadi makin dekat. Sebelum ini, aku suka membawa diri.
Tapi… Disebabkan aku tahu, tidak lama lagi aku akan tamat pengajian pada tahun keempat dan aku akan berpisah dengan kawan-kawan aku, kenapa tidak aku ambil masa yang ada ini dengan mendekatkan diri dengan mereka.
Selepas ini memang payah untuk berjumpa bahkan mungkin tidak akan berjumpa lagi.
Hingga ke hari itu, aku mula rasa TERsuka dengan seorang lelaki dari kumpulan itu. Dia adalah mata-mata yang pernah memandang aku sebelum ini. (mungkin aku yang perasan).
Sukanya aku pada dia bersebab. Aku namakan dia jejaka A. Bagi aku, A adalah seorang yang sangat penyanyang. Baiknya dia tidak ditunjuk-tunjuk. Dia seperti abang-abang jika dalam kumpulan kami.
Pernah sekali dulu, kami pernah melakukan riadah, sehingga kan aku bertembung dengan kawan kami yang lain, dan aku terjatuh. Tiada siapa yang menayakan keadaan aku sehinggalah dia datang bertanya adakah aku ok?.
Selain itu, A juga selalu reply aku punya status di instagram. Aku menjadi selesa dengan dia. Benda seperti ini mungkin nampak ‘simple’ bagi orang lain, tapi tidak bagi aku.
Mungkin sebab aku tidak pernah berkawan rapat dengan lelaki. Silapnya aku menyalah ertikan kebaikan dia.
Banyak lagi ‘cara’ dia yang seolah-olah baik sangat dengan aku. Sehingga kan, aku pernah meluah rasa pada seorang rakan perempuan yang dari kumpulan yang sama kami berkawan.
Kawan ini aku namakan sebagai N. N ini lebih dekat dengan A sebab mereka memang dari tahun 1 rapat. Aku pula rapat dengan kumpulan mereka sudah hampir di hujung pengajian.
N berkata padaku, mungkin ramai yang akan suka pada A disebabkan dia baik dan layanan dia pada semua orang adalah sama. Dan mungkin ramai juga yang akan salah erti akan kebaikan dia.
Yaaa. A sangat baik, matang, paras rupanya pun tinggi elok. A juga aktif di universiti.
Mungkin benar, segala rasa yang aku rasakan selama ini hanya bertepuk sebelah tangan. Rasa yang menjangkau usia tahunan ini aku pegang hingga ke hari ini.
Apakah perlu aku luahkan pada A apa yang aku rasakan pada dia?
Tapi, tak mungkin untuk aku lakukan itu kerana aku mendengar yang A sedang berkawan dengan seorang wanita kos dari universiti yang sama kami belajar.
Aku pernah juga ternampak mereka keluar bersama dulu. Permah juga aku melihat N membuat status mendoakan kebahagian A dan wanita itu.
Dan aku…. Hanya mampu memerhati dari jauh. Perasaan aku pegang hingga ke hari ini mungkin disebabkan aku hanya pendam dan pendam. Banyak sangat ‘mungkin’ yang ada dalah kisah aku.
Apa yang ingin aku katakan di sini adalah…
Perempuan memang tidak boleh berkawan baik dengan lelaki. Salah satunya pasti akan tersuka. Dan aku salah seorang daripadanya. Sakitnya memendam rasa hanya Tuhan yang tahu.
Mungkin itu sebabnya kenapa Allah haramkan couple. Macam-macam benda buruk boleh berlaku. Aku ini baru kategori suka bukan ‘couple’ lagi pon dah begitu…
Jika aku tahu perasaan ini akan ada dalam diri, lebih baik aku menjauhkan diri dari dia. Pengakhirannya, diri aku yang merana.
Dia pula, sehingga kini tidak tahu apa-apa. Hebatnya fitrah manusia. Perasaan yang sendiri harus jaga dan bendung. Jangan suka-suka menyerah pada bukan pemiliknya.
Aku tidak pernah salahkan A. Mungkin keperibadian dia memang baik. Dan aku pula, menyalah ertikan kebaikan dia.
Aku mengambil pendekatan untuk menjauhkan diri dengan dia dengan jarang-jarang sekali melihat perkembangan dia di sosial media. Pun begitu, perasaan ingin tahu akan sentiasa ada…
Ohhh jiwa.. Jika memang ditakdirkan A untukku, moga saja Allah hadirkan rasa yang sama seperti mana yang aku rasakan pada dia, dan jika sebaliknya, moga dihilangkan rasa ini buat selamanya.
– Wawa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit