Assalamualaikum, terima kasih admin sudi siarkan luahan aku dekat sini. Aku memang jarang luahkan isi hati dekat sesiapa. Tapi aku rasa kalini aku nak luahkan.
Aku dah berkahwin 7 tahun, ada dua orang anak dan tinggal di utara. Terus kepada point, suami aku merupakan anak kedua dan mempunyai 7 adik beradik. Atas suamiku kakak dan bawah suamiku adik lelaki, suamiku anak lelaki sulung.
Hanya suamiku dan kakaknya sahaja yang dah berkahwin yang lain masih bujang. Suamiku berkahwin awal sebelum kakaknya berkahwin. Nak dijadikan cerita, kami berkahwin muda.
Aku baru habis belajar dan suamiku masih belajar. Dalam masa yang sama suamiku buat kerja part time masa weekend disebabkan weekdays suami aku terpaksa pergi ke kampus. Aku bekerja dengan gaji yang mencukupi untuk kami berdua.
Aku duduk berdekatan dengan rumah ibu bapaku. Dan agak jauh dengan mertuaku tapi masih di utara. Setiap kali weekend bila suami aku buat kerja part time aku minta izin untuk pulang rumah ibu bapaku.
Masa ni aku masih belum ada anak. Jadi tiap kali weekend bila suami aku ada kerja aku akan minta suamiku hantar ke rumah ibu bapaku.
Biasa weekend aku jarang berjumpa suamiku atas tuntutan kerja. Dia akan hantarku ke rumah ibu bapaku dan akan terus pergi kerja. Kadang sabtu ahad memang dia akan busy. Aku faham kerana aku tahu itu cabaran buat kami disebabkan keputusan untuk berkahwin muda.
Pada awalnya aku selalu pesan pada suami untuk selalu menghubungi ibunya kerana kami jarang pulang ke rumah ibu mertua. Setiap kali suami ku tak bekerja aku akan ajak suamiku pulang ke rumah ibunya.
Namun sebaliknya bagi ibu mertuaku. Dia menganggap aku lah penyebab anaknya jarang pulang ke rumahnya.
Pernah suatu ketika, suamiku menelefon ibu mertuaku. Dia memarahi suamiku dan mengatakan suami ku dah berubah sejak berkahwin denganku.
Dia mengatakan adik beradiknya (bapa saudara suami) juga mengatakan hal yang sama. Sedangkan suamiku tak pernah rapat dengan bapa saudaranya.
Rupa rupanya ibu mertuaku telah menjaja cerita pada semua saudara mara suamiku bahawa suamiku mengabaikannya sejak berkahwin denganku. Alangkah sedihnya hatiku. Masa tu kami baru je berkahwin dan baru nak stabilkan hidup kami.
Suatu hari suamiku terima panggilan dari sepupunya dan memarahinya kerana telah mengabaikkan ibunya. Allahu. Kami tak pernah sekali mengabaikan ibu mertua cuma suamiku cuba untuk menstabilkan kehidupan kami yang baru lagi berkahwin.
Namun ibunya kerap mendesak anaknya pulang sehingga dia pernah mengatakan pada suami untuk kerap pulang ke rumahnya paling kurang 2 minggu sekali.
Ibu mertua tak pernah memahami situasi kami. Dia hanya mahukan suamiku ada didepan matanya. Aku hanya berdiam. Ibu mertua akan menjaja cerita kepada jiran dan saudara tentang kami. Bila bertemu mereka akan memerliku dan membuat muka. Aku sedih tapi aku tak hiraukan.
Tiap kali pulang ke rumah mertua ada sahaja mulutnya akan perli memerliku. Mengingatkan aku tentang anak lelakinya adalah haknya. Anak lelaki wajib mendahuluinya. Ya aku tahu tentang itu tak perlu disebut berulang kali. Namun kerap aku diperli.
Selepas beberapa bulan berkahwin, majlis sambut menantu baru dibuat. Aku okay saja. Aku tahu status kewangan suamiku.
Kami mengambil keputusan untuk buat doa selamat. Namun ibu mertua ku berkeras untuk buat majlis sedangkan semua adalah duit suami. Kami redha. Aku pun mengeluarkan duit simpananku yang tak seberapa untuk membantu suami.
Oh ya, ibu mertuaku merupakan ibu tunggal yang sudah bercerai dan hidup mereka agak susah. Semua persiapan ibu mertua dan suami selesaikan.
Banyak yang kami cuba kurangkan tapi ibu mertua berkeras untuk buat dan menambah lebih ramai tetamu. Aku sangat terkilan. Tapi aku kesiankan suamiku. Aku berdiam dan ikut sahaja.
Selesai majlis ibu mertua memanggil suami masuk ke bilik. Hanya dia dan suami. Aku seperti biasa hanya diam. Dalam perjalanan kami pulang ke rumah sewa suamiku diam seribu bahasa.
Rupanya ibunya membentangkan kepada suamiku hutang hutang suamiku yang selama ini suamiku pinjam dengannya. Dekat 8K. Dengan keadaan kami baru nak “hidup”, mana kami nak cari duit sebanyak tu. Suamiku juga tidak tahu bila dia berhutang.
Rupanya ibu mertuaku akan menulis berapa duit yang dikeluarkan untuk anaknya. Sejak bila, kami tidak tahu. Suamiku biasa akan mencari duit sendiri. Ibunya tidak pernah bercerita mengenai hutang hutang tersebut.
Sehinggalah suamiku berkahwin dengan aku ada sahaja perkara tak kena sehingga duit yang dikeluarkan untuk anaknya dikira hutang. Kami tergamam.
Tahun berganti, suami sudah bekerja tetap dan kami dikurniakan seorang anak. Tetap ada sahaja yang tak kena dimata ibu mertua. Tiap kali kami pulang ke rumahnya, ibunya akan mengatur jadual harian kami.
Aku rimas. Makin lama aku penat. Suamiku mempunyai adik lelaki, maaf aku katakan adik lelakinya tak berguna. Adik lelakinya sebayaku.
Harapkan ke kedai saja dah merungut. Tidak bekerja dan hanya duduk dirumah. Ibu mertuaku kerap menghubungi suamiku hanya disebabkan nak beli sesuatu di kedai sedangkan jarak ke rumahnya dari rumah kami sejam setengah.
Adik lelaki suamiku ada motor dan hanya keluar untuk melepak. Kadang kadang dia yang menghubungi suamiku mengarahkan suamiku untuk kesana sini bawa ibu mereka.
Tiap kali kami pulang ke rumahnya, aku akan sentiasa ada didapur membantu apa yang patut. Namun masih lagi tak puas dimatanya. Ada sahaja yang di jaja pada saudara mara.
Terlalu banyak cerita. Sehingga aku merasakan tawar hati dengan perangai mereka. Ibu mertuaku juga suka menulis di status whatsapp memninta simpati dan memburukkan suamiku.
Pada awalnya aku tak kisah sehingga satu tahap aku tidak dapat lagi kawal rasaku, aku mengatakan pada suamiku aku tak mahu ikut suamiku pulng ke rumah ibu mertua lagi.
Banyak yang aku cuba buat untuk ambil hati ibu mertuaku tapi masih tak menjadi. Aku tetap diperli dan dituduh mengambil anaknya.
Suamiku sedih. Aku juga sedih. Suamiku anak yang baik dan suami yang sangat bertanggungjawab pernah suatu ketika bila ibunya kerap menceritakan tentang kami, suamiku membawa diri beberapa bulan tidak pulang ke rumah ibunya
Aku selalu memujuk untuk dia pulang dan akhirnya dia pulang juga.
Perangai ibu mertuaku tidak berubah. Sehinggalah kakak iparku berkahwin. Aku tak pernah di invite masuk ke group whatsapp keluarga mereka. Aku tak kisah dan aku sangat bahagia tidak menjadi ahli dalam group tersebut
Selepas kakak iparku berkahwin pada tahun ketiga aku dalam keluarga mereka baru mereka masukkan aku dalam group keluarga mereka.
Aku sangat terasa hati. Dirumah mereka aku dilayan seperti orang asing. Ibu mertuaku hanya menganggap menantu adalah orang asing dan anaknya adalah haknya. Sama juga di whatsapp group mereka.
Akhirnya aku left group disebabkan tidak tahan dengan perlian dari ibu mertuaku.
Dia kerap menghantar kata kata memerli dan ceramah tentang ibu bapa memerli menantu untuk sentiasa ingat anaknya adalah haknya. Jika tak berpuas hati mengenai aku dia akan hantar cermah berkenaan anak lelaki haknya.
Jika tidak berpuas hati dnegan menantu lelaki, pandai pula dia mencari cermah berkenaan ibu mertua sama level dengan ibu kandung. Ibu mertua selalu mengatakan suamiku melebihkan keluarga ku sedangkan suamiku lebih banyak bekerja dari bersama aku dan keluargaku.
Pada awal perkahwinan ayah dan ibuku yang banyak mengeluarkan duit membantu aku dan suami. Tak pernah ayahku menilai menantunya. Walaupun ketika itu, nafkah pun aku tak terima. Ayah dan ibuku snagat positif dengan anak dan menantu.
Tak pernah ayahku pertikaikan menantunya kerap tiada dirumah untuk mencari rezeki namun sentiasa menasihatiku untuk bersabar jika ketiadaan suamiku atas tuntutan kerja.
Berbeza dengan ibu mertua yang hanya mahukan anak anaknya ada didepan mata dan mendegar segala arahannya. Jika tidak menantu yang akan dicop dan “diceramah” tentang haknya.
Selepas kakak iparku berkahwin, sama juga apa yang terjadi pada birasku (suami kakak iparku) ibu mertua seperti tidak berpuas hati dengan birasku ada sahaja yang diumpatnya kadang kadang kesian aku lihat birasku. Hanya diam jika pulang ke rumah ibu mertua.
Ibu mertua kerap memerli di whatsapp group. Aku ingat lagi masa awal perkahwinan mereka juga ibu mertuaku buat hal. Ibu mertuaku tak hadir ke masjlis sambut menantu kakak iparku disebabkan tidak berpuas hati dengan keluarga mereka.
Sehingga keluarga besar mereka datang ke rumah untuk memujuk pun, ibu mertuaku tidak membuka pintu sehingga lah suamiku menelefon adik beradiknya. Aku sangat tak faham dengan sikap ibunya.
Ibunya seperti tidak berpuas hati dengan sesiapa yang berkahwin dengan anaknya.
Pernah ibunya meluahkan perasaan di whatsapp berkenaan perkahwinan kakak iparku. Tapi diselit cerita aku dan suami. Akhirnya adik adik suami yang lebih. Sedangkan adik adiknya langsung tak reti menjaga ibunya.
Ibu mertua juga sering bercerita tentang ibu mertuanya. Bercerita ibu mertuanya itu dan ini. Buat itu dan ini. Tapi sekarang? Aku terlalu banyak berkecil hati dengan keluarga mertuaku.
Kadang aku rasa nak saja berpisah dengan suami disebabkan keluarganya. Tap suami aku suami yang snagat bertanggungjawab.
Kini aku makin keras. Sejak pkp aku bersyukur kerana aku tak perlu pulang ke rumah ibu mertua. Jika perlu, suamiku sahaja yang akan pulang.
Sehingga bila perkara ini akan berterusan aku tak tahu. Sudah 7 tahun perkawinan aku masih lagi memndam rasa dan perasaan. Terlalu banyak malas aku ceritakan.
Okay lah sampi disini saja luahan aku. Doakan aku semoga jadi ibu mertua yang tak melukakan hati anak menantu aku suatu hati nanti.
– Nad (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit