Memerdekakan Minda

Terima kasih kepada admin kerana menyiarkan artikel ini walaupun artikel atau confession lain pada yang biasa bukan mengkritik, kelucahan bahasa,pasar bahasa, ringkasan bahasa tetapi artikel ini yang akan saya lampirkan berbentuk ilmiah dari sudut bahasa walaupun pada setengah pembaca pada peringkat ini sukar memahami kerana dari sudut pemikiran mereka ,mereka hanya menumpukan kepada ruang media sosial sehingga mereka tidak mampu membaca dan memahami gaya penulisan yang tidak panjang tetapi pada hayalan mereka terlalu panjang dan membosankan dan hanya bertaraf sekolah tingkatan 5. Ini kerana mereka begitu berbangga dengan kelayakan akademik yang bertaraf tinggi sehingga mereka sukar menerima penulisan yang diibaratkan hanya dibuang di tong sampah walaupun tong sampah itu mahal harganya.

Negara kita telah merdeka selama 60 tahun termasuk pada tahun ini 2017.. Sepanjang 60 tahun merdeka banyak perubahan yang dialami negara ini dari segi kemajuan dan pembangunan yang pesat . Sepanjang kemerdekaan ini pada masa sekarang dan pada hari ini kita masih berada dalam Keselesaan Tempurung Kelapa..Ini apa yang saya katakan dalam membicarakan karya M.Bakari Musa bahawa pada hari ini minda kita masih duduk dibawah tempurung kelapa dan selesa dengan keadaan ini. Walaupun sempit dan gelap kita bangga dengan dunia ini. Minda kita menjadi sempit dan terkurung dengan kekalutan ,kekeliruan akibat terkurung dalam tempurung yang sempit dan gelap.

Ini kerana sistem limbik subkorteks yang mengawal emosi berkembang lebih pantas dari bahagian korteks iaitu pusat ‘ rasional’. Dalam bahasa psikologi iaitu ahli psikologi bernama Freud iaitu satu kes id matang sebelum superego. Itu menerangkan mengapa generasi muda mudi belasan tahun menyukai tingkah laku bahaya dan mengikut gerak hati. Kita merasa bangga kita adalah orang berilmu dan berpendidikan tinggi sehingga moral kita dan kredibiliti kita boleh memprejudiskan pemikiran orang lain tanpa kita berfikir secara normal kita juga terpalit dibawah tempurung. Apakah kita terlalu bijak atau kita merasa keegoaan sehingga kita memperlekehkan idea dan mencampakkan sebagai kertas kosong yang tidak mempunyai apa apa makna untuk dikutip.

Minda kita masih dijajah dan terkurung sehingga kita terikut ikut masuk ke lubang biawak. Hadis Rasulullah SAW. yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang bermaksud, “Kamu akan mengikut tatacara orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga walaupun mereka itu masuk ke lubang biawak, maka kamu turut serta bersama di dalamnya.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah yang dimaksudkan itu ialah orang-orang Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka?” Minda kita masih dikawal oleh sifat kesombongan dan keegoaan sehingga kita merasa megah dan terikut ikut dengan budaya caci mencaci, kutuk mengutuk dan umpat dan mengumpat . Minda yang berteraskan agama akan lebih tersusun dan sistematik sehingga kita tidak terikut ikut budaya mereka yang lalai.

Memerdekakan minda memerlukan keupayaan berfikir dalam menyampaikan idea dengan lebih berkesan. Proses ini memerlukan jiwa yang bersih dan pemikiran bersih dan tajam dalam mengutarakan suatu minda yang lebih progresif dan bukan hanya bersifat pemikiran kelas ketiga. Kesedaran ini penting dengan sendirinya tidak mencukupi sehingga kita ada keinginan untuk melepaskan diri dalam tempurung yang sempit. Jadi kita sendiri yang mengubah persepsi diri kita sendiri. Diharapkan artikel ini tidak begitu panjang pada mereka yang mengerti dan panjang pada mereka yang tidak memahami.

– Pemikir

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit