Hai semua, nama aku Sarah. Aku berumur 29 tahun dan menetap di Terengganu. Aku sekarang ni seorang pelajar dan juga penganggur berjaya.
Aku pernah kerja dulu, kerja kontrak nun di Sabah. Diaorang nak sambung kontrak aku untuk jadi pekerja tetap. Tapi aku nak balik Semenanjung.
Ibu dengan abah aku dah tua… abah aku dah tak larat nak jalan, setakat dalam rumah bolehlah, ibu aku pulak tak pandai drive walaupun ada lesen.
Adik beradik aku ada tujuh orang. Aku anak keenam, dan semua adik beradik aku dah selamat berkahwin kecuali aku dan adik lelaki aku. Abang aku ada seorang pulak duduk taman sebelah, so anak dia duduk dengan ibu dengan abah lepas balik tadika.
Yang sorang lagi pergi taska. Ni dah PKP memang duk dengan ibu ayah jela. Siapa yang jaga? Aku semestinya, hahaha.
So lepas aku tamat kotrak dan decide untuk balik ke Terengganu, aku pun sambung belajar. Aku dah planla nak kerja apa semua. Tup-tup PKP… so tak boleh nak ulang alik ke universiti dan kena belajar online.
Awal-awal tu aku tak kisah sangat sebab aku tak kena bayar kereta apa semua kan. Bila PKPP mula, aku pun start cari kerja yang dekat dengan rumah sebab nak readylah nanti nak kena bayar kereta apa semua kan.
Start PKP jugak kakak aku dapat pindah balik rumah sebab laki dia selalu kena pergi luar daerah, so senangla kalau ada apa-apa semua.
Tapi aku baru sedar susahnyaaaa nak dapat kerja. Padahal aku tahu je, portal tu bukan diaorang tengok pun. Aku saja ja cuba-cuba nasib.
So aku end up buat kerja-kerja online, buat transcribing, tranlastion, editing jurnal. Apa yang bolehlah.
Tapi tulah, ibu aku asyik bebel bila aku duduk depan komputer. Memanglah aku tau dia dah tua, dia cepat lupa walaupun dah berkali-kali aku cakap aku buat kerja.
Siang aku agak sibuklah dengan kerja-kerja rumah. Anak-anak saudara aku bangun nak makan semua, mak ayah diaorang mana ada semua kerja, kalau kebulur budak-budak tu, ibu aku bebelkan aku.
Mana nak kemas rumah, tolong ibu aku masak, kena bebel bila tak kemas rumah. Malam je aku boleh duduk, buat kerja yang tak ada gangguan, so bila siap aku tidur.
Tapi masalahnya, malam-malam pun anak-anak saudara aku ada kat tepi aku. Bila aku buat kerja, diaorang pun tengok tv, main phone semualah kan.
Then, ibu aku marah aku sebab bagi influence tak elok kat cucu cucu dia berjaga malam tengok komputer. Aku geramla jugak. Kalau aku berjaga main game ke, tengok drama ke, okaylah nak marah.
Ni aku dok buat kerja kot… Lepastu anak-anak saudara aku tidur dengan mak bapak diaorang, bukan tidur dengan aku pun. Mak bapak diaorang syok syok tidur, konon letih lepas balik kerja, aku pulak yanh kena hadap dengar ibu aku bebel tak ajar anak tidur awal bagai…
Aku nak kerja, nak sangat sangat. Jadi cashier pun okay. Tak kisahlah kerja apa, sampai aku habis belajar nanti. Bila dah dapat sijil nanti aku dah ada kerja dah. Tapi course aku ni minimun dua tahun, aku still kena bayar kereta dalam tempoh tu.
Tapi family aku bangkang bila aku apply kerja kerja macam cashier barista apa semua tu. Diaorang cakap aku patut fokus pada belajar. Fokus apanya?
Aku nak kerja malam, ibu aku bebel cucu cucu dia tak tidur sebab aku tak tidur. Aku terpaksa bangun pukul 2, 3 pagi kalau nak buat kerja.
Siang aku mengantuk, ibu akan bebel aku tak buat apa pun dekat rumah, apa yang nak tidur sangat siang?
Aku nak keluar buat kerja kat luar, ibu akan call tanya bila nak balik, nak suruh buat itu ini dekat rumah. Nak pergi universiti jumpa pensyarah pun kena soal siasat macam nak pergi dating.
Aku kena kerja kat luar, tak kisahlah kerja apa pun, baru ibu tak bising kat aku. Tapi bila aku apply kerja part time contohnya pembantu kedaila, keranila, family aku bangkang, katanya, buat apa kerja penat tapi gaji sikit?
Aku dah penat, aku tak nak gaduh dengan ibu dan abah. Aku penat bila orang balik rumah ibu abah tanya aku buat apa je kat rumah? Rumah tak kemas, sampah tak sapu…
Aku tak kisahlh diaorang tak tolong, tak cakap terima kasih, tapi boleh tak diam je? Bukannya aku goyang kaki kat rumah tu.
Aku ke hulu ke hilir bawak abah aku pergi balim klinik, hospital. Bawak ibu pergi beli brang, tolong jaga makan minim pakai anak-anak saudara aku, kena bebel sebab salah orang lain, aku sabar je. Sebab memang niat aku nak balik rumah, sebab aku je yang tak ada tanggungjawab.
Adik aku lelaki, kerja pulak doktor, so tak payahlah nak cerita tanggungjawab family. Memang untuk masyarakat je sampai dia habis fasa kerja 30 jam sehari. Balik rumah pun dok membuta je sebab penat.
Yalah, semua orang kerja luar penat. Aku kerja dalam rumah tak penat, sebab tak dapat duit kan…
Sekarang aku dah jadj malas. Aku malas nak buat kerja rumah, malas nak cari kerja lagi. Aku dah penat. Aku dah decide tahun depan aku nak pindah bilik sewa dekat dengan universiti. Cari kerja, tak kisahlah kerja apa pun, janji aku ada duit, boleh bayar kereta.
Ikut hati aku, Ku nak biar je kereta tu kena tarik. Tapi aku nak bergerak ke sana ke mari susah. Menyesallah jugak beli kereta tu tak fikir duit dulu. Sebab tu kereta abang aku, aku sambung bayar je.
Masa tu tak fikir pun bulan2 kereta tu mahal, sebab ada gaji, ada kerja kan. Sekarang bila nak pergi kerja pun susah, aku tahulah mahal tak mahalnya kereta tu. Tapi apa je pilihan yang aku ada.
So kawan-kawan ibu aku cakap aku memilih kerja aku jadi bengang. Bukan aku yang memilih kerja. Aku dah tahap desperate sekarang ni jadi cleaner pun aku sanggup. Asal aku dapat gaji halal.
Bisnes online? Bukan boleh dapat terus duit beribu on the spot. Lagipun pendapatan tak tetap. Setakat buat part time bolehla. Tapi kalau aku still duduk dengan ibu abah, aku takkan boleh buat apa-apa. Aku kena fokus buat kerja rumah je.
Kalau aku hilang pergi depan komputer, tengok phone, hah siap. Mesti nama aku diseru seru sampai jiran sebelah ingat aku hilang dalam rumah. Padahal kadang-kadang aku tidur, mandi, sidai baju…
Adik beradim aku tak bagi kerja suruh study, dia ingat abah aku bagi duit ku bayar yuran apa semua tu? Naik turun mara aku sebulan punyala nak mintak bantuan pinjaman. Diorang ingat bila diaorang offer nak tolong bayarkan aku tak ambil, hidup aku senang?
Mungkin aku patut stop kerja, pastu minta duit denga diaorang je terus atau dnegan abah sampai abah komplen baru diaorang okay je aku nak kerja apa pun? Aku tak naklah hidup pakai duit orang lain, aku dah biasa berdikari, aku tak nak susahkan adik beradik aku.
Tapi kalau dah gini gayanya mungkin aku patut buat muka tak malu mintak je duit diaorang. Aku duduk kat rumah dengan ibu abah pun diaorang dah patut bersyukur.
Tak payah nak terkejar-kejar balik kalau abah nak kena pergi hospital ke klinik ke, boleh tinggal anak-anak sebab aku ada boleh tolong jaga.
Aku tak mintak banyak pun, aku cuma nak ada sikit masa buat kerja aku sendiri. Tu je. Aku bukan balik rumah nak jadi orang gaji. Kurang-kurang orang gaji buat kerja-kerja rumah, dapat gaji. Aku? Dah buat kerja rumah, kena bebel, nak buat kerja sendiri, kena bebel. Baiklah aku keluar je.
So kesimpulan aku nak bagi dekat sini, kau tak payahlh cakap orang yang tak kerja lagi tu memilih kerja. Adalah sebab dia sendiri. Takkan kau nak suruh dia bawak lori tangki, bancuh simen buat rumah, kalau dia perempuan.
Tu kerja berat. Jadi receptionist, cleaner, kerani okayla. Tak semua orang memilih kerja okay. Macam aku, aku nak kerja, aku memang desperate nak duit.
Tapi aku tak boleh kerja selagi aku duduk dekat sini dengan ibu abah. Sebab semua orang akan sibuk jaga tepi kain aku sekali sebab aku yang bertanggungjawab jaga ibu abah sebab aku tak kerja.
Bila dapat kerja, sibuk fikir pasal gaji aku. Kalau diaorang nak bagi sama banyak dengan gaji tu tak apalah jugak.
Masalahnya, menghulur pun tak selama aku tak kerja ni, konon nak offer bayar kereta aku. Aku rasa aku tak berguna pun ada dekat rumah, menghabiskan beras je. Baiklah aku keluar cari kerja, duduk sendiri. Bila free baru balik tengok ibu abah. Mungkin lagi baik kot.
Doakan aku, okay korang?
– Sarah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit