Memilih Kerjaya atau Dia?

Hai semua. Nama aku Im (bukan nama sebenar). Aku seorang lelaki bujang yang berusia 34 tahun.

Selepas SPM, aku menghabiskan masa berbelas tahun di luar negara untuk belajar dan bekerja di beberapa buah negara.

Pada awal tahun ini, aku telah membuat keputusan untuk berhenti kerja di negara tersebut dan pulang ke tanah air.

Ramai orang yang bertanya kenapa aku sanggup meninggalkan gaji yang tersangat lumayan dan pulang ke tanah air.

Jawapan aku, kerana aku telah berkenalan dengan seorang gadis ini dan dia tinggal di Malaysia.

Sebelum ini, aku pernah beberapa kali putus hubungan dengan beberapa orang gadis yang aku kenali disebabkan percintaan jarak jauh ini.

Kali ini, untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama, aku bertekad untuk pulang ke Malaysia sebagai bukti aku komited dalam perhubungan ini setelah 1 tahun kami berkenalan.

Setelah aku pulang ke Malaysia, walaupun gaji yang aku perolehi masih dikira banyak, namun sangatlah sedikit jika dibandingkan dengan apa yang pernah aku perolehi di luar negara dulu.

Sebulan gaji dahulu lebih dari cukup untuk membeli sebuah kereta Axia secara tunai.

Di tambah pula, kerja yang aku lakukan sekarang amatlah membosankan dan tidak mencabar seperti kerjaya dahulu.

Aku dapat merasakan yang aku tidak dapat membina kerjaya aku dan mengembangkan kemahiran aku sekiranya aku berterusan melakukan kerja ini.

Bagai pucuk di cita ulam mendatang, aku mendapat tawaran kerja di luar negara untuk bidang yang betul-betul aku inginkan dan selari dengan kerjaya aku dahulu.

Namun sekiranya aku ambil peluang ini, aku terpaksa meninggalkan gadis itu.

Untuk pengetahuan, gadis tersebut merupakan seorang kakitangan kerajaan dalam bidang pendidikan.

Sekiranya kami ditakdirkan bersama, aku tidak mahu dia berhenti kerja kerana mengikut aku ke luar negara.

Dalam masa yang sama, aku sendiri tidak mahu mempunyai hubungan jarak jauh kerana telah gagal beberapa kali.

Aku juga berasa kasihan kerana dia telah berpenat pelah belajar untuk segulung ijazah dan kemudian berjaya bekerja dalam bidang yang dia inginkan,

Jadi aku rasa amatlah zalim sekiranya aku yang meminta dia melepaskan semua itu.

Aku tulis panjang panjang ni, sebenarnya last sekali aku just nak mintak opinion.

Aku patut kejar kerjaya aku atau mengalah demi dia.

Aku tak mahu dia berhenti kerja dan ikut aku ke sana dan dalam masa yang sama aku tak mahu hubungan jarak jauh.

Boleh ke aku dapat keduanya atau aku perlu memilih?

– Im (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *