Hi semua. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan nukilan dan luahan hati saya.
Walaupun sudah 3 tahun saya bergelar ibu tunggal, namun, kenangan masih terpahat di dalam hati.
Sekiranya anda tidak pernah melupakan/membuang kisah silam anda bersama dengan kekasih hati, jangan pernah memberikan harapan kepada orang lain. Ini yang terjadi kepada saya.
Tipulah sekiranya sebelum berkenalan dengan bekas suami, saya tidak mempunyai pengalaman bercinta. Namun, setelah berkenalan dengan suami saya, saya yakin dialah untuk saya.
Adat sebelum bertunang, saya tidak terlepas daripada mendapat ujian dan dugaan, namun, berbekalkan rasa cinta saya pada dia, kami akhirnya ke jinjang pelamin.
Semuanya indah pada permulaannya. Saya merasa sangat bahagia.
Saya akui, saya banyak kekurangan, rupa paras pun tidaklah cantik tapi adalah manis untuk dipandang. Saya terima suami saya seadanya, kerana saya sangat cintakan dia.
Kami PJJ. Dia di Selatan, Saya di Utara. Tipulah sekiranya seorang isteri tidak mahu tinggal bersama dengan suami.
Saya ni kalau boleh nak berhenti. Tapi saya tahu kewangan kami pada waktu itu. Bukan tidak mencari kerja, telah saya usahakan.
Pernah saya suarakan keinginan ingin berhenti, namun, saya listkan komitmen untuk bincangkan bersama dengan dia. Dan setelah itu, dia pun fikirkan yang mungkin belum sampai masa.
Namun, cinta lama datang kembali dan telah meregut kebahagiaan dan perkahwinan kami.
Dah lama saya tidak menangis, tapi bila menaip ini, tanpa sedar air mata jatuh menitis, seakan luka di dalam hati itu ditoreh kembali.
Memang saya seorang isteri yang tidak sempurna, yang banyak kekurangan, tapi tidak pernah saya terfikir untuk menduakan dia.
Bayangkan sewaktu saya mengandung dia mempersoalkan tubuh badan saya dan berkata tidak akan menyentuh saya sekiranya selepas ini saya tidak kurus semula.
Setiap kali ada perselisihan faham, setiap inci kekurangan dan kesalahan saya dijaja dibibirnya seolah dia tidak langsung mempunyai kekurangan dan kesalahan.
Hancur hati saya bila membaca conversation dia bersama dengan perempuan itu.
Sampai satu saat, saya memilih untuk berundur dengan penceraian kerana untuk apa saya masih berharap pada Imam saya yang sememangnya meluahkan rasa hati yang dia tidak pernah bahagia dan andai diputarkan masa, tidak akan mengahwini saya.
Penyesalan yang diluahkan kepada perempuan tersebut seolah saya ini tidak berharga untuk dia.
Dan yang paling sedih apabila dia inginkan zuriat bersama dengan perempuan tersebut untuk pewaris dia. Jadi, siapalah Anak Lelaki kami di mata dia. Adakah itu juga satu penyesalan.
Siapa yang inginkan penceraian. Semua orang inginkan kebahagiaan.
Waktu dia curang, saya masih menerima lagi kerana saya tahu kami berdua ada khilafnya, tapi, jika berkahwin dengan saya, adalah satu penyelasan, untuk apa saya bertahan walaupun saya masih mencintainya.
Cinta saya pada dia tidak pernah berkurang walaupun sakitnya hati atas pengkhianatan itu.
Penceraian yang terjadi ini adalah sakit untuk saya. Tapi adalah kebahagiaan untuk dia dan perempuan itu.
Sehingga kini, saya masih belajar untuk move on.
– Yang Tersakiti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Semoga Allah swt gantikan kesakitan puan ini dengan kebahagian yg tiada penghujung Aamiin yaa rabb ❤️🤲🏻🤲🏻