Meminta Maaf Itu Mudah, Melupakannya Itu Susah

Salam semua. Sewaktu aku baca perbualan ini. Hati aku sesungguhnya sakit.

Hubungan aku dan suami baik-baik sahaja. Perkahwinan kami sudah masuk tiga tahun. Ada anak seorang. Aku seorang suri rumah. Suamiku pula bekerja.

Kisahnya bermula pagi tadi. Aku ambil handphone suami ketika dia sedang tidur. Cadangnya nak ambil gambar aku dalam phone dia.

Tapi tulah. Tangan gatal melihat conversation Whatsapp suami dan media social yang lain.

Tiba-tiba mataku tertumpu pada suatu conversation. Pertengahan September. Aku namakan K. Nama seorang perempuan. Husband aku mulakan perbualan.

‘Hi. Buat Apa? Jom tengok wayang malam ni?’

Waktu kejadian tersebut aku balik kampung. Tinggalkan husband sorang sebab dia kerja. Kampung pula jauh.

Sungguh hati aku berdebar dan tangan aku menggeletar.

Aku baca conversation seterusnya. Perempuan itu tahu husband aku dah kahwin.

Perbualan mereka berkisarkan tengok wayang. Husband memberi beberapa cadangan cerita.

Tapi akhirnya tak jadi sebab malam. Kalau siang mungkin perempuan tu ikut kut. Kata perempuan itulah.

Jadi conversation berakhir di situ.

Aku screenshot perbualan mereka. Call nombor perempuan tu. Yang angkat memang perempuan. Bila perempuan tu hello.. aku pun letak.

Masih sedih. Bertimbang tara sama ada nak biar dahulu. Tunggu kalau-kalau ada wayang 2.0 ataupun terus bersemuka dengan husband.

Disebabkan aku tidak penyabar orangnya. Maka aku bersemuka dengan husband.

Soalan aku. ‘K tu siapa? Kenal dekat mana?’

Husband jawab,

“Kawan. Dulu duduk Kuantan”

Aku tanya. Kenapa ajak K tengok wayang?

“Gurau je. Tak serius pun. K pun dah tua”

Bukan taste ko dulu tua2 ke? Heh.

Jawapan yang dia bagi memang aku nak bullshit kan aje.

Aku cakap dekat dia. Nak bergurau bukan ini caranya. Ada certain boundary yang you tak boleh cross bila dah bergelar suami ni.

Apa kejadah ajak perempuan lain tengok wayang? Tak ada kawan lelaki ke? Nasib baik perempuan tu tak jadi ikut. Kalau dia cakap ya. Sudah semestinya akan jadi date.

Dari perbualan conversation mereka tu. Aku tak rasa husband aku tu bergurau. Sebab nampak effort dia check showtime. Pukul berapa ada cerita ni. Pukul berapa ada cerita tu.

Kalau bergurau confirm2 la ayat belakang. ‘Eh. Sorry awak. Saya bergurau je. Bukan nak ajak awak tengok wayang betul-betul pun.’

Tapi tiada ya ayat disitu. Dia cuma cakap ‘Okay je’ bila K tu tak jadi tengok wayang.

Aku mintak husband tunjuk gambar K. Dia cakap dah kahwin dah K. Ada anak dah pun. Dia saja je nak test nombor tu pakai lagi ke tak.

Bila dia cakap K tu dah kahwin. Aku lagilah rasa nak maki. Ape weyh ko ajak isteri orang tengok wayang. Please la ada integrity sikit. Common sense tu tak ada ke.

Aku tanya husband. Nak test market ke? Dah bosan ke dengan sayang? Kalau bosan bagitahu. Kita settle cara baik.

Husband cakap dia tak bosan pun dengan aku. Tak ada apa pun dengan perempuan tu.

Aku pun scroll down facebook page K dekat handphone husband. Entah lah. Tak nampak pulak suami dia.

Suami aku mintak maaf. Dia cakap dia tak buat lagi. Aku tak jawab maaf dia.

Sejujurnya kalau aku maafkan dia pun. Takkan dapat kembalikan rasa percaya aku dekat dia.

Memanglah dia belum curang. Tapi bibit bibit curang tu dah ada.

What if perempuan tu said yes? Mungkin mereka dah date pergi tengok wayang bersama.

Aku tanya husband. Nak sayang buat benda yang sama ke? Sayang nak ajak kawan lelaki tengok wayanglah kalau macam tu.

Husband diam. Dia minta maaf lagi. Husband cakap dia dah delete nombor K.

Maaf tu kita perlu raih kan? Aku rasa aku perlu sedikit masa untuk melupakan. Aku ada google apa hukum kalau tak maafkan orang.

Aku terjumpa ayat ini,

‘Barangsiapa memaafkan kesalahan orang lain, maka Allah memaafkan kesalahanya pada hari kiamat ~HR Ahmad.’

Memaafkan itu sunnah. Untuk ketenangan hati dan jiwa. Tapi aku masih lagi terluka.

Soalan aku. Apa yang aku perlu buat untuk memaafkan orang? Macam mana untuk melupakan? Sebab walaupun benda ni kecik aku rasa sampai mati aku akan ungkit benda ni.

Trust can be broken in 2 seconds. But it takes years to heal.

Walau kita dah bersalam-salaman pun. Bercakap sesama kita. Tak akan sama dah macam dulu. Kenapa? Sebab hati aku tak tenang.

Aku sentiasa syak wasangka. Siapa lagi yang dia nak ajak pergi tengok wayang? Ada ke conversation yang dia pernah delete? The list go on.

Kalau korang berada dekat tempat aku. Apa yang korang akan buat?

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *