Hari ini aku tertanya-tanya, bolehkah kita ingat memori sewaktu umur kita 3-5 tahun?
Aku tak ingat. Macam kosong. Tak ada memori. Umur 7-9 tahun pun kurang. Tak banyak yang aku ingat dan tahu. Entah siapa aku masa itu, macam mana perwatakan aku masa itu.
Apa yang masih tersimpan dalam ingatan cuma kenangan yang tak seberapa manis.
Aku ingat, masa aku tadika. Hari hujan, aku bungkus kasut sekolah dengan plastik. Supaya tak basah. Kalau basah, esok nak pakai apa pergi sekolah.
Aku ingat masa aku sekolah rendah rasanya masa tu aku baru darjah 2, ada budak lelaki curi jam kartun (hadiah dari mak cik sebab aku dapat top 10 exam).
Aku tanya tapi dia kata bukan dia ambil dan dia tak ada ambil. Aku ada bagitau cikgu ye, tapi cikgu tak layan. Cikgu cakap lain kali jangan pakai jam pegi sekolah.
Lepas 3 hari, aku nampak dia pakai jam yang sama macam jam aku yang hilang tue. Apa perasaan aku masa tu? Cuma mampu tengok je. Tak mampu buat apa-apa.
Aku ingat lagi, aku ada sorang kawan perempuan. Ke mana-mana selalu dengan dia. Makan, belajar. Mak bapa dia baik, selalu bagi jajan.
Entah kenapa, satu hari tu, dia mengadu dengan cikgu. Dia kata aku cucuk tangan dia dengan pensil kayu.
Cikgu panggil aku, tanya aku kenapa buat macam tue. Siap tunjuk kesan cucukan pensil kat tangan dia. Tapi aku jawab aku tak buat. Memang aku tak buat. Entah kenapa kawan aku tiba-tiba macam tue.
Lepas hari tue, aku tak ada kawan dekat sekolah. Lepas 2 bulan macam tue, aku kawan dengan dua budak lain. Tapi kawan biasa-biasa je.
Masa darjah 5 pula, aku bawa jajan. Jual kat sekolah. Ada bengkel kemahiran hidup. Masa pakai kasut sekolah, aku galas beg kat belakang.
Bila tengok semua jajan aku hilang. Aku tanya budak belakang aku, dia kata tak nampak, tak tau, tak ambil. Padahal sebelum pakai kasut, aku tengok memang jajan tue masih ada dalam beg. Jadi siapa yang ambil?
Tahun akhir di sekolah. Aku ingat, sepanjang tahun tue aku tak ada cuti. Aku hadir penuh ke sekolah.
Bila dah hujung tahun, sekolah buat hari penyampaian hadiah. Cikgu bagitau aku dapat tempat sempena kehadiran penuh. Happy.
Aku siap ikut raptai ye. Naik pentas, bila turn aku. Semuanya berjalan lancar. Bila tiba hari yang ditunggu, orang tua aku tak datang. Kerja agaknya masa tue.
Aku duduk tempat yang sepatutnya aku duduk masa raptai. Tiba-tiba, cikgu panggil. Dia bagitau, aku ada ponteng sehari, jadi aku tak layak dapat anugerah tu.
Tempat aku digantikan dengan seorang budak lain yang masa tue, aku nampak dia dengan mak dia depan bilik guru.
Aku dengar mak dia cakap dengan cikgu, aku tak hadir sehari, anak dia full datang sekolah tapi tak dapat anugerah.
So, nama aku digugurkan dari dapat anugerah kehadiran terbaik sepanjang tahun. Anak mak cik tu dengan bangganya naik pentas ambil piala dan sijil yang sepatutnya aku genggam.
Mana ya memori manis aku pegi? Kenapa aku tak ingat?
– Yellow (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit