Assalamualaikum.
Sejak kecik aku minat membaca. Minat ni disuburkan oleh ibu bapa yang juga gemar membaca. Aku lahir pada dekad 80-an, membesar pada 90-an. Zaman tu belum ada smart phone. Buku, majalah dan akhbar jadi sumber ilmu, hiburan, komunikasi, segalanya yang minda harapkan.
Kenapa Utusan? Sebab dulu setiap hari Ahad keluarga aku WAJIB beli Mingguan Malaysia. Lepas sarapan, kami duduk bersantai satu keluarga menghadap Mingguan dan dua sisipan dia. Kesihatan dan Pancaindera. Masa tu aku kecil dan Utusan besar. Bila baca mesti meniarap atas surat khabar kadang sampai terkoyak. Haha.
Ruangan kegemaran aku mesti la yang kartun2. Itu je aku boleh hadam. Naik besar sikit aku mula favourite ruangan Di Celah-Celah Kehidupan (DCCK). Lejen tau ruangan ni… Sebelum ada KRT, kat sini la isteri2 teraniaya meluahkan perasaan mereka. Ruangan ni memang diikuti dek ramai perempuan sebab aku tengok kadang luahan diorang berantai kadang macam reply.. Ibarat confession kat sini jugak la ada yang respon confession lain. Gitu…
Naik remaja, tahap bacaan aku pun meningkat lagi. Aku mula follow ruangan Kesihatan, Sastera, Agama, Sains. Empat ni memang favourite dan yang pertama aku baca. Cerpen2 di ruangan sastera sangat berkualiti dan membuka minda. Kat situ la aku kenal sasterawan SM Zakir. Aku jatuh cinta dengan cerpen beliau bertajuk Sekuntum Kembang Di Sayap Jibril.
Best tajuk dia kan? Kalau baca cerpen tu hati boleh cair sebab indahnya bahasa yang beliau gunakan..walaupun tema cerpen tentang perang. Cerpen dan puisi yang tersiar akan dinilai untuk Hadiah Sastera Utusan dan dibukukan. Aku berangan benar nak hantar karya ke ruangan tu tapi belum tercapai.
Di ruangan agama pulak, aku follow tulisan Astora Jabat. Suka baca pandangan beliau yang terbuka sampai la muncul Dr. MAZA. Tahun berapa tah masa tu, hangat isu Dr. MAZA berdebat dengan Astora Jabat. Aku taknak ulas la siapa betul ke salah, yang penting lepas tu Astora dah tak menulis di Utusan.
Di ruangan Sains, aku follow Dr. Mazlan Othman menulis tentang angkasa. Dah lupa apa nama kolumnya. Masa tu Dr. Mazlan menerajui BAKSA, memang sedap baca beliau tulis tentang astronomi dalam bahasa yang santai hingga budak remaja macam aku pun boleh enjoy.
Tapi kemudian penulis ruangan ni bertukar. Isinya kurang mantap dan aku pun tak berapa minat dah. Ini ruangan2 yang aku follow tak pernah missed. Bila dapat Mingguan, mesti bukak page2 ni dulu lepas tu baru reverse baca yang lain. Haha.
Selain ruangan2 ni, berita umum pun aku suka baca. Sebab pada dekad 90-an tu, PM excited nak naikkan Malaysia. PM bukan excited sorang2 tapi dia ajak rakyat sekali saksikan negara bangun. Banyak berita-berita positif dipaparkan dalam akhbar.
Dari ‘tingkap’ kecil Utusan, aku memerhati satu demi satu kejayaan tanahairku. Pembinaan KLCC & Menara KL, Misi Everest, Misi Pelayaran Dato’ Azhar Mansor.. Aku rasa teruja baca berita2 tu. Seingat aku pada zaman aku membesar, jarang ada berita rompakan, kemalangan, buang bayi, sumbang mahram… Hampir setiap hari beritanya positif yang buat aku semangat.
Mungkin korang sangka aku pemuja PM ke-4? Tidak juga. Aku ikuti peristiwa Reformasi 1998 melalui Utusan. Walaupun beritanya kurang berpihak pada DSAI tapi Utusan tidak juga mencaci maki DSAI. So aku pun masih dapat menimbang dengan baik tentang isu tu. Sampai sekarang aku tidak percaya DSAI seorang peliwat dan biarlah Allah tentukan apa yang berlaku antara mereka yang terlibat.
Bila aku masuk asrama pondok, asrama tu strict gila tak boleh ada bacaan lain kecuali buku2 agama. Tiap2 Ahad mak ayah datang melawat bawak Mingguan. Kami duduk senyap sunyi dalam kereta baca Mingguan. Korang rasa family aku bosan? Nak buat macam mana, ini la kebahagiaan kitorang. Haha.
Bila tak sempat habis baca, mak tinggalkan paper tu dengan aku supaya sambung baca di asrama. Bila warden jumpa, kena rampas. Tapi lama2 warden tengok paper tu bagus, dia tak rampas lagi. So bahagia la aku ada bahan bacaan sampingan. Kadang dah takde benda nak baca sampai ke iklan, tender, jadual waktu solat pun aku baca. Kah.
Bagi aku, Utusan adalah bahan bacaan yang sangat berkualiti dan bernilai. Utusan menjadi peneman aku membesar, menyuap minda aku dengan maklumat2 berguna. Tulisan kolumnis yang bagus2 dalam tu membentuk world view aku sekarang. Pendekatan Utusan yang banyak mengandungi ilmu dan fakta juga mendidik aku supaya berfikir dan mencari ilmu, bukan jadi pentaksub.
Disebabkan Utusan, aku gagal membaca Harakah.. Sebab pada masa tu Harakah banyak caci maki politik, bahasa yang kasar dan tidak ilmiah. Aku remaja yang ingin bersikap adil dan melihat pandangan kedua belah pihak. So aku cuba baca Harakah. Tapi memang takleh gi… Maaf la aku bukan nak kutuk. Cuma share pengalaman. Editorial sekarang mungkin dah banyak perkembangan positif.
Bila pergi belajar ke luar negara, aku baca Utusan Online pula. Takde la hari-hari. Tapi setiap kali pergi CC mesti buka Utusan Online. Seiring dengan perubahan tampuk kepimpinan negara, ‘nada’ Utusan pun kian berubah dan mula banyak berita politik. Tapi masih boleh diterima.. Masa tu Tun Abdullah baru turun, Islam Hadhari masih suam-suam hangat. Aku kurang minat bab politik so aku pun kurang sikit baca Utusan.
Bila kembali ke tanahair, aku tengok Utusan dah jadi macam akhbar peribadi DSN. Tak ada lagi berita2 kemajuan negara. Selain kemalangan dan buang bayi, balik2 propaganda politik DSN. Masa tu juga artis2 KPOP membanjiri negara.
Hedonisme yang dulu tiada tempat dalam masyarakat, sudah dibawa oleh kerajaan pula dengan bantuan media seperti Utusan. Aku mula kecewa dengan Utusan. Utusan dah tak memenuhi keperluan minda aku lagi. Bukan sebab adanya laman2 online. Tapi sebab kandungan Utusan tu sendiri dah tak menarik.
Semakin tahun berlalu, Utusan makin teruk (sekurang2nya di mata aku). Tidak perlu aku nyatakan kenapa. Korang semua tahu dan aku percaya ramai dah tak baca Utusan sejak 3-4 tahun kebelakangan. Kadang aku beli jugak Utusan. Cuba jugak nak imbas kenangan aku menatap paper ni setiap pagi Ahad. Tapi aku tak mampu baca sampai habis pun. Tutup. Simpan masuk stor sebab mak aku nak guna paper besar nak buat alas dapur.
Kadang aku terfikir, orang Utusan ni (dan pekerja media yang seangkatan) tak takut dosa ke… Papar berita tak elok, memfitnah dan mengutuk.. Al-Quran bagi grave warning pada pihak2 yang suka menyebar fitnah dan keburukan dalam masyarakat dengan menjanjikan AZAB YANG PEDIH.
Allah berfirman dalam surah An-Nuur, ayat 19 bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di DUNIA dan di akhirat, dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).”
Akhirnya… Utusan pun nyawa-nyawa ikan dan koma sekejap. Kan benar ayat Allah tu..
Syukurnya Utusan diberi peluang kedua. Jika kamu ingat yang kamu adalah ‘suara’ orang Melayu, maka mainkanlah peranan tu sebaiknya. Jadilah suara rakyat.. Tak salah nak jadi suara pemerintah tapi bila pemerintah buat salah jangan la kamu back up juga. Nanti azabnya sama2 rasa.. Jadilah Utusan yang memayungi para ilmuwan, pemikir, seniman, sasterawan mahupun rakyat marhaen.
Aku doakan Utusan yang baru nanti kembali kepada imejnya yang asal sebagai akhbar nombor satu yang disegani.
Terima kasih admin kalau sudi post luahan aku ni.
– Peminat Utusan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit