Memori Manis Praktikal

Assalamualaikum semua. Harini rasa nak bercerita sangat dengan korang, haha. Namaku Imani, berumur pertengahan 20 an dan telah bekerja.

Aku nak cerita tentang seseorang yang aku dah lama sangat tak jumpa. Dalam 7 tahun macam tu.

Tapi kami baru terjumpa secara tak sengaja semalam. Dan sampai harini aku asyik teringat ingat, habis semua kenangan yang lalu menerjah kembali dalam fikiran aku ni. Kenangan yang manis lah of course haha.

Cerita dia aku kenal dia ni masa aku praktikal dulu. Aku praktikal dengan 2 lagi kawan aku. Aku namakan dia Shin. Department tu besar lah dan aku rasa dia je yang ingat aku ni.

Sebab aku jumpa juga beberapa rakan sekerja yang lain borak2 dengan aku semalam. Tapi mereka siap cakap tak ingat hahaha. Yelah dah 7 tahun, ramai pula tu.

Masa praktikal dulu memang aku rasa dia mengorat aku tapi tak habis hahaha. Sampai orang tanya kami ni bercinta ke. Padahal nombor telefon dia pun aku takda.

Masa dia duk mengorat tu aku memang tak layan, sebab aku takut betul praktikal aku fail sebab supervisor aku  pernah warning suruh jaga gap dengan rakan sekerja, batch sebelum aku tu siap fail lah praktikal tu sebab tak jaga gap dan ikut kepala sendiri.

Tiba2 semua memori tu datang balik. Aku ingat setiap kata2 dia kat aku. Macam mana dia mengusik aku nak suap makanan time takda orang. Lepastu aku pun menolak, aku kata nanti aku ambil sendiri.

Dia pun kata aku ni kalau dengan dia semua tak sudi. Aku ingat lagi macam mana dia jerit nama aku kuat2 kat depan orang ramai lepastu gelak. Lepastu bila aku lalu, dia cakap. Awak ni kalau nampak saya asyik nak lari je.

Buat pengetahuan korang dia ni memang pemalu. Hahaha aku pernah je tengok dia kena mengorat dengan staf lain. Tapi dia tak layan weh. Siap merah lah muka dia tahan malu ni. Tapi dengan aku je dia tak reti malu.

Kerja aku ni memerlukan aku kerja dengan ramai orang dalam department ni. Jadi hari2 tukar2 partner kerja.

Ada sekali tu kami kerja berdua. Kena bergerak banyak tempat berdua. Aku ingat lagi dia lari2 tinggal aku. Rupanya dia meyorok nak terkejut kan aku.

Memang masatu kawan2 dia sebok nak carikan jodoh. Kawan2 kerja kat sana macam kenen2kan dengan aku lah. Siap suruh aku yang masuk minang Shin ni. Shin ni pula siap tanya kawan2 aku.

Imani ni memang taknak kerja dengan saya ke. Sebab aku memang mengelak dan lari time dia datang hahaha. Jadi aku biar dia buat kerja tu sorang2 instead of berdua dengan aku.

Banyak lagi lah kenangan masa tu. Sampai ada masa dia senyap satu hari dengan aku sebab tak teman dia buat kerja. Bila aku tegur, rupanya merajuk hahaha.

Aduh banyak sangat ni memori manis2 time praktikal dulu. Kawan2 aku ni semua ingat aku ni nanti bercinta lah dengan dia. Tapi hm hampeh takda pun.

Cut it short. Habis praktikal tu. Kita add lah fb semua rakan sekerja tempat praktikal tu termasuk Shin ni dan dalam beberapa bulan lepastu aku ada dm dia tanya pasal kerja lah. Konon2 nak keep in touch.

Dia balas tapi dia kata tak tahu dan tak boleh tolong aku. So cerita tu terhenti di situ. Sakit betul hati aku masatu, terus unfriend FB dia hahaha aduh tapi kawan2 sekerja yang lain masih ada dalam FB aku.

Cut it short, aku pun kerja habis je diploma dan melupakan kenangan lalu. Tapi ada kawan2 aku yang lain sambung terus degree. Sampai lah rezeki aku kerja di hospital ni baru dalam 2 tahun.

Buat pengetahun kalian, profession aku ni adalah komuniti kecil dalam hospital yang sangat penting fungsinya untuk pesakit. Jadi kiranya kau akan kenal almost 1 Malaysia komuniti2 kau tak kisah dari uni mana.

Pusing2 ehh classmate ni kerja sekali dengan kawan praktikal kau. Rakan kerja sekarang adalah kawan2 Shin juga.

Baru2 ni aku join tournament yang dihadiri golongan kami 1 Malaysia dan diadakan setiap tahun. Memang saje je nak rasa2 pengalaman macam ni. Takdelah nak menang pun. Tak teringat langsung Shin ni memang antara jaguh dalam tournament ni.

Sampai lah hari kejadian. Kami bertemu 4 mata untuk pertama kalinya setelah 7 tahun hahaha tapi aku buat tak tahu lah. Kali kedua terserempak lagi sekali,terus dia jerit kecil, “Imani”.

Hahaha aku gelak dan datang kat dia. Ingat kan tak kenal tadi. Dia kata “kita pula yang nk kena panggil dia, dia tengok je”.

Kami borak2 lah sikit2. Sepanjang 7 tahun ni, aku tak tahu apa2 dah pasal dia. Tapi terbalik dengan dia. Tiba2 dia tanya aku “bila habis belajar?”.

Aku pun macam ehh macam mana tahu? Sebab sekarang ni aku memang tengah sambung part time study. Haha dia kata dia ambil tahu je perkembangan dari kawan2 aku ni yang kerja sekali dengan dia. Lepastu aku pun rushing nak sambung tournament.

Balik tu baru aku teringat ingat kenangan dulu. Menyesal pula tak borak lama2 sikit dengan dia ni. Tapi ada 1 kawan aku yang sambung degree ni cakap Shin ni baru kawin masa kawan aku praktikal dulu dalam 2 tahun lepas.

Dia praktikal sama tempat aku praktikal time diploma dulu. Tapi aku tak jumpa pula gambar kawin dia dekat FB kawan2 dia ni.

Aku ni elok2 dah tak ingat. Jadi angau pula teringat ingat kisah lama hahaha tapi tak ada lah aku nak jadi penyondol kalau betul dia tu dah kawin.

Tapi aku rasa macam dah kawin. Umur dia pun dah lanjut. Tak silap aku beza 10 tahun dengan aku ni. Macam mana lah aku nak pastikan yang dia dah kawin eh? Nak tanya orang lain, malu hahahaha aduh. Kalau belum kawin boleh lah aku masuk line hahahaha.

Okaylah terima kasih semua. Bye.

– Imani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *