Memori Yang Menyeksakan

Assalamualaikum kepada semua. Saya masih lagi seorang pelajar sekolah menengah tapi saya hadap stress yang sederhana pada pendapat saya.

Masalah saya bukanlah terletak pada keluarga dan pelajaran. Alhamdulillah syukur kepada Allah saya ada family yang baik dan memahami dan saya rasa sangat beruntung memiliki mereka.

Dari segi pelajaran pulak, saya boleh dikategorikan top 3 (?).

Tapi itulah, bila jadi budak pandai ni (?), expectation orang tinggi la kan.

Kena selalu dapat straight A gitu. Dari sekolah rendah hingga sekolah menengah, sama saje.

Family saya tak pressure saya pun. Tapi mungkin sebenarnya saya yang overthinking tentang pandangan orang terhadap saya.

Dan disebabkan itu saya jenis competitive dan tak boleh terima kegagalan dan kalau ada rasa malu sangat.

Untuk pengetahuan semua, saya seorang introvert dan masa sekolah rendah boleh dikatakan pendiam.

Tapi pendiam bukanlah sampai tak ada orang layan saya. Ada je orang tegur dan saya berkawan. Tapi saya jenis berat mulut gitu. So saya tak ada friendship yang rapat dan boleh berkongsi rasa.

Tapi saya okey sahaja sebab saya percaya family lebih penting daripada kawan. Family takkan tinggalkan kita seiring waktu tapi rakan pasti akan.

So sekolah rendah tak ada masalah mana pun. Masuk sekolah menengah ni haa.

Bila saya masuk sekolah menengah, saya boleh dikatakan pendiam sangat. Saya tak tegur orang lain, tapi tunggu orang lain tegur saya.

Saya tak nak orang anggap saya sombong, tapi saya memang tak tahu sangat cara tegur dan berinteraksi. I’m not the type of socializing.

So jadi begitulah. But then, kebanyakan classmate saya ni peramah dan extrovert.

Jadi mereka tegurlah saya kan. Alhamdulillah, makin lama saya makin selesa dengan tiga orang ni.

Kami boleh dikatakan satu group terdiri daripada empat orang. Dengan tiga orang ni saya layan diorang special.

Bukanlah special sangat, tapi saya lebih terbuka dengan diorang dan boleh nak luah rasa. For the first time in my life, i taste the sweetness of friendship.

Saya sangat berharap persahabatan pertama ni berkekalan lama. Tapi apakan daya, kini seperti di hujung tanduk kerbau.

Bila bila masa sahaja boleh hancur. Apa kesnya?

Well, before that, let me explain what kind of person i am. Saya seorang yang orang pandang baik hati, tapi bila kenal lebih dekat rasa macam nakal sikit.

Saya seorang pemalas. Saya seorang yang jealous.

Saya seorang yang pendam perasaan. Saya seorang yang bertimbang rasa dan fikirkan perasaan orang lain.

Pelik kan? Ada sifat negatif dan positif.

Ok setel pasal sedikit sebanyak tentang sikap. Saya sangat suka akan persahabatan saya kerana merekalah yang membuat saya bahagia di sekolah yang sunyi itu.

Kalau di rumah, keluarga tersayang saya. Baru baru ni saya masuk asrama sebab keluarga saya kena pindah kat negeri lain atas sebab tertentu.

Jadi saya rasa sangat sedih jugak lah sebab merekalah kekuatan dan pendorong saya dalam kehidupan. Saya ingat saya akan okey sahaja sebab ada tiga orang tu.

Tapi beberapa minggu selepas tu, kawan saya iaitu Hate mula lebih rapat dengan kumpulan yang lain dalam kelas sama. Sebenarnya memang dia ada dua group, kitaorang dengan satu lagi tu.

Bila Hate rapat dengan mereka, saya rasa masa dia dengan kitaorang makin kurang and overtime perkara yang kitaorang selalu buat bersama, dia buat dengan diorang. Btw, Hate ni popular orangnya.

Dia baik, cantik dan pandai. Dia keluar daripada zon selesa dia (dia introvert) dan menyebabkan dia popular dan disukai ramai.

Saya okey sahaja. Tapi disebabkan populariti itulah, makin ramai orang rapat dengan dia, dan kami ni?

Ditinggalkan begitu sahaja. Sebenarnya bukanlah tinggal tapi begitulah.

The friendship still maintained but can you guess what happen to other member? Well, seorang lagi bernama Natural ni dia lebih rapat dengan Hate.

Mereka ada minat yang sama. Bila fikirkan balik an, saya dengan diorang tak ada minat yang sama langsung pun.

Saya jenis bukan jenis bersocial media you know. While they are more to it.

So i don’t really know much about trend, gossip dan so on. Lebih lebih lagi bila masuk asrama.

So back to the story. Bila Natural lebih rapat dengan Hate, naturally dia lebih mmm gitulah.

Ok, sorang lagi bernama Relax. Dia pun perasan akan perubahan persahabatan kami.

Disebabkan Hate dan Natural selalu takde, kami kadang² deep talk dan cakap pasal diorang. Saya tak suka mengumpat, saya cuma nak luah.

Kemudian, can you guess what happen next? What a funny thing hahahaha.

Dia, Relax, pun sama je macam Hate. Dia lebih rapat dengan dua orang lain.

Bukan kumpulan tadi. Natural pulak macam sama dengan saya, macam orang yang kita sayang tak layan kita.

Tapi dia dua kali lima je. Dia pun lebih suka dengan Hate dan dua orang lain (bukan orang yang sama dengan Relax).

Saya macam hahaha aku ni teruk sangat ke sampai semua orang nak tinggalkan aku. Hampir setiap hari bila saya tengok dia bercakap dengan orang lain, saya rasa sedih, kecewa dan marah.

Tak tahu ke mereka, yang saya tak ada orang lain selain mereka. Saya tahu mereka berhak menentukan rakan mereka sebab hidup mereka keputusan mereka.

Tapi. tiadakah secebis rasa sayang mereka kepada saya?

Tidakkah memori kami bersama memberikan makna kepada mereka? Rasa ni saya pendam setiap hari sehingga harini.

Saya memang ada rasa nak mengamuk, menengking mereka tapi saya tahan sebab saya tahu itu hanya akan membuat masalah lebih teruk. Saya pun nampak macam mereka lebih bahagia bila dengan lain.

Mungkin saya ni bukan orang yang ditakdirkan untuk bersama dengan mereka. Saya tak salahkan Allah.

Saya tahu ada hikmahnya. Mungkin ini untuk ajar saya supaya tidak terlalu cepat memberi kasih dan attached with someone.

You know, the more you are attached of someone, the more pain you will feel when they abandoned or left you. Untuk pengetahuan semua, mereka semua ni baik, sangat baik.

Selalu bagi saya makan, tunjuk ajar dan considerate people. But sometime, we never realize when we hurt someone.

Perhaps I have also hurt them in other ways that I don’t know. Because of this kindness, I feel guilty feeling this way towards them.

What I feel towards them now is hate but love. I hate the way they make me.

But I also hold hopes for things to get better. But well, things would never be like that.

So I decided to distance myself from them. This is for the sake of them and myself.

I won’t hurt myself anymore by cutting this love and I won’t hurt them by saying mean things. That’s the least I could do for now.

This friendship is doomed to end btw. It’s just when I’m not sure.

Mula² kucing saya tinggalkan saya (saya sangat sukakan kucing), pastu keluarga (tak de lah tinggal mana pun), sekarang kawan saya. Siapa je saya ada sekarang.

Kalau saya berulang mungkin tak sedih sangat sebab ada family tercinta. Tapi now i am living at a hostel.

I just have acquaintances but no close friends there. I have no one to make me happy anymore. It feels so lonely.

When i’m in primary school I didn’t really care about friends, but now I do. I regret having close friends.

Maybe i am not suitable for it. Kepada orang lain janganlah takut untuk buat kawan pulak ye.

Cuma kena pandai pilih. Itu sahaja luahan hati saya.

Kalau baca mesti macam childish je kan. Lebih lebih lagi kalau lelaki baca hahaha.

Susah lah kawan dengan orang popular ni. Ramai sangat kawan dia hahaha.

Atau mungkin sikap saya yang obsessive n jealous. Sikap ni memang patut untuk saya perbaiki.

Terima kasih kepada yang sudi membaca sehingga akhir. Tiada perkara istimewa pun sebenarnya.

But really, thanks a lot for reading it. Dan jika orang yang saya katakan itu membacanya, jangan rasa bersalah.

Teruskan hidup awak dan saya teruskan hidup saya. Awak berhak memilih kawan awak.

Terima kasih atas semua memori yang kalian berikan walaupun sekarang saya cuba buang sebab ia menyeksa saya. Thanks a lot.

– Fasha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *