Menagih Cinta Ex

Assalamualaikum.. Nama aku R, seperti tajuk dia atas ya aku menagih semula cinta ex aku.

Dulu masa aku study, aku ada kenal sorang lelaki ni bernama H di laman sosial. Lepas beberapa hari berkenalan kami pun bercinta tapi tak pernah pun berjumpa.

Awal2 perkenalan semuanya ok2 je, sampai suatu masa aku rasa si H ni orang yang bosan.

Dia bukan seorang yang funny malah dia jugak banyak mengigatkan aku untuk jaga kelakuan sebagai seorang perempuan macam jangan gelak kuat2, pakai baju yang longgar2 dan sebagainya lagi, tapi aku taknak ikut sebab waktu tu aku masih muda dan tak suka disuruh2.

Disebabkan dia membosankan, aku berkenalan dengan lelaki lain bernama Z tanpa pengetahuan H, si Z yang aku kenal ni agak bad boy tapi dia pandai buat aku happy, pandai berborak dan sebagainya lah.

Tak lama tu si H pun mula syak tapi aku menafikan dan aku pula yang menuduh dia ada perempuan lain demi nak menutup kesalahan aku. Selepas tu kami kerap bergaduh dan H terus hilang dari kehidupan aku. Kami lost contact terus.

Hubungan aku dengan Z pun tak lama atas sebab2 tertentu. Kemudian aku berkenalan pula dengan K, K yang aku kenal pada awalnya adalah orang yang aku rasa aku nak settle down dengan dia sebab dia ada semua ciri2 lelaki idaman aku.

Waktu itu aku rasa dunia aku hanya ada K, Tapi tu semua angan2 je sebab akhirnya K telah curangi aku, dan membuatkan hidup aku berada dalam fasa paling bawah pada waktu itu.

Selepas beberapa tahun aku move on dari K tiba2 hati aku terdetik tentang H.

Aku mula sedar, selama aku berkawan dengan ketiga2 lelaki ini, hanya H yang betul2 bersabar dengan perangai aku, H tak pernah tinggikan suara atau maki hamun aku malah aku pulak yang selalu berkasar dengan dia.

Mula dari saat itu, aku mula cari laman sosial H, aku stalk dia hari2 untuk tahu perkembangan dia, tapi aku tak berani nak tanya khabar dia walaupun aku masih ada no telefon dia.

Aku mulai rasa menyesal sebab aku mensia2kan dia dulu, sebab aku terlalu mengejar keseronokan aku. Aku selalu berharap dia akan cari aku, tapi entahlah macam mustahil sebab mungkin dia dah lupakan aku.

Tapi aku masih tetap berharap dia cari aku semula dan kami boleh mula semula hubungan kami. Dan aku terfikir pasti ada sebab Allah gerakkan hati aku untuk teringatkan H, moga ada gembira di hujung penantian aku.

Wanita yang menagih cinta ex,

– R (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Saya pernah tgk lebih kurang macam cerita sis kat tiktok. Lelaki sibuk usahakan duit untuk menghalalkan, perempuan cari lain sbb bosan, tak cukup perhatian.

    Sis x boleh dapat balek apa yg dah sis kehilangan & siakan cuma bila sedar yg sis dah kehilangan dia . Kecuali kalau memang ditakdirkan Tuhan. Bertabah & berdoalah sistur . Semoga H juga lebih berbahagia.

  2. Dah pernah jumpa belom si H?Dan berapa kali jumpa depan2?

    Kalau belom jumpa…aku sarankan lupakan aje H sis.Manusia ni ada dua karakter berbeza.Kdg dlm fon lain..luar lain..

    Dan kalau dh bertahun2 H lupakan ko x cari ko maknanya H dah move on..

    Nak jd baik jgn bergantung dgn sesiapa..smua atas diri sendiri..kukiah2 ustaz ustazah banyak utk rujukan.Kdg stgh laki ni alim2 kucing je sis

    Jgn tertipu.Dah x yah layan perasaan tu..tu smua bisikan setan dan nafsu..fokus self love je..anggap ketiga2 lelaki tu bkn tkdir terbaik tuk ko

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *