Menagih Kasih Pemain Kayu Tiga

Assalamualaikum pembaca iium confession. Aku dahulunya wanita yang lemah & penuh dengan air mata, tapi kini aku kuat. Diharapkan agar nukilan aku yang panjang & tak berapa cantik tatabahasa ini dapat dijadikan pengajaran buat semua.

Aku seorang branch manager di syarikat swasta terkemuka di Selangor. Bunyi kerjaya aku agak gah, tapi Tuhan saje tahu jatuh bangun aku sampai la aku ditawarkan posisi ini.

Belajar tak tinggi, hanya SPM. Sikit demi sikit aku usaha daripada kerani yang tak dipandang hingga pengurus yang ada ramai pembantu. Disebabkan ni, aku berkahwin agak lambat sebab mahu fokus career development & menanggung adik2 yang masih sekolah & study.

Aku bernikah pada tahun 2016 ketika aku berumur 30 tahun. Suami aku (kini bekas suami) muda 5 tahun dari aku. Kami berkenalan 3 tahun sebelum menamatkan zaman bujang. Tak dinafikan dia sangat muda, tak sepadan la dengan aku yang da 3 series time tu.

Aku tak la cantik, muka pun tak terurus akibat workaholics. Tapi tengok dia ikhlas berkawan dengan aku & ingin halalkan aku, aku bersyukur kerana masih ada yang mahukan anak dara tua ini.

Sepanjang 3 tahun perkenalan, aku banyak bantu dia lebih2 lagi dia masih muda, fresh grad yang tak ada harta benda. Dia juga melayan aku dengan baik hingga aku jatuh hati. Mengenangkan dia baru nak bina hidup, aku selalu support dia dari segi wang.

Kadang2 dia malu & tolak, kadang2 dia terpaksa terima atas desakan hidup lebih2 lagi kami tinggal di bandar.

Bukan aku manjakan dia dengan duit, tapi aku terkenangkan diri aku sendiri waktu mula2 bina hidup, amat perit. Terpaksa ikat perut hari2. Dia & aku juga kadang2 kongsi kereta milik aku untuk ke mana2. Bagi aku, aku sangat happy jika dapat membantunya.

Sepanjang 3 tahun bercinta, dia ada satu perangai yang digelar “kaki perempuan”. Sejujurnya habit ini sangat menyedihkan aku & buat jiwa aku ‘drained’. Bila kantoi, alasan dia mereka hanya berkawan & dia cuma nak test market saje tiada niat pun untuk menduakan aku.

Aku yang naif ini sentiasa akur & percaya bahawa cinta dia hanya untuk aku sorang even banyak kali benda tersebut terjadi.

Bukan setakat aku terbaca mesej mereka dibuai asmara dalam wechat, line & whatsapp, kawan aku juga pernah hantar gambar dia & wanita lain berdua di pusat karaoke.

Tiket2 wayang juga aku pernah jumpa dalam kereta aku sendiri yang dia guna untuk dating. Dia mengaku semua perbuatan tu, tapi dia minta aku fahami dia yang masih muda & ingin berfoya.

Aku masih ingat lagi 3 hari berturut aku nangis & tak lalu makan sampai MC kerana disakiti sebegini rupa. Sampai 1 tahap aku terdetik yang aku tak nak teruskan dengan lelaki ini sebab aku letih. Toxic relationship.

Tapi waktu tu aku da berumur 29 tahun, kalau aku tak teruskan dengan dia makna nya lagi lambat aku kahwin sebab takde siapa nak kat aku.

Lalu aku maafkan dia & nangis semahu-mahunya depan dia berharap dia takkan ulangi kesilapan itu. Aku pun lemah dengan pujukan dia.

Sejak dari itu dia ambil aku serius & kami diijabkabulkan setahun kemudian. Kami dikurniakan seorang anak perempuan yang sangat dia nantikan time aku pregnant.

Dia amat teruja nak jadi bapa tapi aku yang bersifat sensitif ini masih sentap dengan perangai dia. Waktu aku pregnant, aku kelihatan sangat tidak cantik, hodoh & dia selalu perli aku. Aku cuma mampu bersabar & kadang2 nangis dlm kereta.

Sepanjang 9 bulan kandungan, aku ada instinct dia main kayu tiga kat belakang aku. Bila aku persoalkan dia kata aku ngada2, hanya pembawakan budak.

Aku cuba siasat tapi tak jumpa bukti. Aku macam paranoid. Aku yakin dia padam semua mesej sebelum balik rumah. Akibat tak jumpa bukti, aku beranggapan aku yang overreact. Pembawakan budak. Akhirnya lahirlah buah hati kami yang satu.

Daddy’s little girl. Dia sangat sayangkan anak kami & jadi seorang ayah yang bertanggungjawab. Sentiasa bantu aku jaga baby.

Alhamdulillah rezeki kami juga makin bertambah, kami berjaya membeli kereta family yang besar sedikit. Harta sepencarian yang aku tolong bayar separuh tiap2 bulan.

Gaji aku lagi besar dari dia tapi aku tetap bantu dia supaya tiada isu gap gaji. Aku memang tidak pernah berkira dari segi duit lebih2 lagi dengan suami sendiri. Kereta baru itu pun aku bagi dia guna, merasa dia pakai kereta baru & aku setia dengan kereta lama.

Walaupun kami kelihatan bahagia, hati aku masih lagi rasa tak tenang. Seperi lelaki ini ada sembunyikan dosa dia kat belakang aku.

Bagi elakkan tekanan perasaan lepas bersalin, aku abaikan instinct itu. Bagiku at least aku kini da berumahtangga & dikurniakan cahaya mata seperti rakan2 aku yang lain.

Tahun 2018, anak kami berumur setahun. Tapi rumahtangga kami mula bergoyah seakan tak ada kesefahaman antara kami. Aku letih kerja menguruskan branch, pulang ke rumah menguruskan rumah & anak.

Kami hanya tinggal bertiga dengan baby yang masih kecil tapi rumah kami seperti dihuni 5 orang. Aku tak larat uruskan rumah 100% kerana lahirkan anak secara czer. Dia pula langsung tak bantu kemas rumah sebab kerja dia lebih meletihkan.

Dia kerap pulang lewat atas alasan OT sebab da ada anak so banyak pakai duit. Meskipun begitu, dia masih bantu aku uruskan anak tapi lepaskan tanggungjawab urus rumah seperti basuh, lipat & iron baju, masak, sapu & mop lantai atas bahu aku.

Pada saat ini aku banyak makan hati dengan dia. Kami tak banyak cakap. Pulang kerja buat hal masing2 & main telefon, tidurkan anak & tidur. Aku harap dia tegur & dengar luahan hati aku tapi aku da letih. Nak start conversation pun tak larat.

Aku pilih untuk tak fikir & fokus pada anak. Aku juga masih check phone dia bila dia mandi tapi masih tak jumpa apa2. Hanya mesej biasa dengan kawan lelaki & rakan sekerja.

Sehingga la satu malam aku tergerak nak buka apps email dia. Bergetar tangan aku bila terlihat receipt pembelian tiket wayang secara online, untuk seat couple. Bukan hanya 1 receipt tapi banyak yang telah dibeli sebelum ini.

Email ini sudah di padam tapi masih ada dalam recycle bin yang belum dikosongkan. Showtime semua pada waktu malam. Aku hampir nak pengsan.

Receipt terbaru juga telah dipadam tapi showtime nya pada hari esok 9 malam. Aku tahu dia memang sengaja padam agar aku tak jumpa tapi dikekalkan dalam recycle bin for future reference.

Aku letak phone dia kat tempat asal & terus baring. Aku tak boleh lihat wajah dia. Aku benci dia. Air mata aku berderu keluar. Bila dia da mandi & datang ke katil, dia terkejut tengok aku menangis. Setelah berminggu baru dia tanya kenapa dengan aku.

Aku hanya minta maaf kerana kurang melayan dia sejak akhir2 ini. Dia peluk aku & tenangkan aku. Akhirnya aku tertidur akibat letih menangis.

Esoknya aku memang tak boleh fokus kerja. Lebih2 lagi bila dia bagitahu yang dia akan OT. Aku tahu dia menipu. Aku terpaksa menipu pengasuh anak aku yang aku akan pulang sangat lewat atas sebab kecemasan. Sebenarnya aku nk intip sendiri suami aku kat tempat kerja.

Petang itu aku dengan kawan baik & tempat aku meluah masalah terus gerak ke tempat kerja dia. Kami stuck dalam traffic jam yang sgt lama sebab ada kemalangan hingga masuknya maghrib. Aku agak sedih & kecewa kerana maybe aku terlepas peluang ini.

Suami aku agak nya da pun keluar pejabat dengan perempuan itu. Rakan aku minta aku sabar. Solat dahulu & terus pergi ke mall seperti dalam tiket. Kami singgah solat di stesyen minyak & semahu nya aku berdoa ditunjukkan kebenaran. Pilu sungguh keadaan aku waktu itu.

Sekitar 8 malam kami da sampai & mula meronda di parking lot pusat membeli belah tersebut. Dari basement ke rooftop. Mata aku melilau mcm orang gila.

Kereta tak banyak kerana bukan hari minggu jadi tak susah kami nk cari. Banyak kali kami pusing, akhirnya kereta yang aku & dia beli bersama aku temui di suatu sudut hujung yang sangat gelap.

Geletar hati aku doa kat Tuhan agar kereta itu kosong. Aku minta rakan aku park kereta dia betul2 kat depan kereta tersebut, biar dia tak boleh lari.

Saat aku turun kereta, aku dengar enjin kereta itu masih hidup. Melalui cermin hadapan yang tak tinted penuh, jelas aku nampak mereka sedang berz*n*. Wanita tersebut berada di atas suami aku, tidak berpakaian.

Satu2 nya lelaki yang aku muliakan. Luluh hati aku. Hancur. Aku meraung hingga terduduk. Dada aku sesak & ditenang kan oleh kawan aku.

Aku naik gila & ketuk cermin kereta banyak kali bagai dirasuk. Suami aku keluar tengking aku minta aku senyap & tak buat kecoh. Lebih luluh hati aku bila aku lihat wanita tersebut adalah rakan sekerja suami. Tergamaknya kamu wahai perempuan.

Selama ni kami pernah berjumpa time Family Day company suami aku. Muka nya suci selalu senyum & berbual dengan aku. Rupanya ini yang kau buat kat belakang aku.

Dah la dia tunang orang & kau tahu kan anak kami masih kecil, belum putus susu pun. Kau sanggup buat perkara terkutuk macam ni. Lelaki & perempuan sama2 tak guna.

Malam itu suami aku tak pulang ke rumah. Manakala esoknya aku buat permohonan cerai di mahkamah dengan kawan aku. Kami sah bercerai talak satu sebulan kemudian dengan hak penjagaan anak ke atas aku sepenuhnya. Dia keluar dari rumah & menyewa bujang.

Kereta family kami aku minta dia bayar seorang, bukan lagi harta sepencarian. Tak jadi beban aku lagi, biar la aku guna kereta lama asalkan da habis bayar.

Hanya keluarga & rakan terdekat yang tahu status kami. Aku malu, aku takut. Saudara mara masih belum tahu aku da jadi janda. Aku tak kuat. Gambar kami di sosial media aku tak padam. Aku tak nak orang sekeliling syak apa2.

Dia seperti orang gila talak. Hampir setiap hari minta maaf. Nak rujuk. Time nak cerai dia kata aku dah tak cantik & tak layan dia dengan baik. Itu lah penyebab dia curang.

Lepas 3 bulan cerai dia tak boleh hidup tanpa aku. Rindu anak. Sepanjang kenal, baru pertama kali dia hadiahkan aku rantai emas itu pun lepas bercerai.

Waktu kahwin, dia asyik tak ada duit sampai aku yang tanggung dia. Dia juga bagitahu wanita haritu da resign & lost contact. Hati aku keras membatu.

Tahun 2019, tahun di mana genap setahun aku hidup tanpa seorang suami. Tapi dia selalu disisi. Cuma kami tak tinggal serumah lagi.

Dia banyak berubah & bantu aku urus anak dari segi check up doctor, belanja barang dapur & nafkah anak tak pernah culas.

Kami juga masih ke mana2 bersama, pulang ke kampung halaman bersama sebagai suami isteri, even keluarga kami tahu kami dah bercerai tapi aku masih tak ada kekuatan hebah kan berita ini ke saudara mara.

Aku malu kalau orang lihat aku sebagai janda sebab perkahwinan aku masih baru. Apatah lagi jika mereka tahu sebab kami bercerai. Aku tersangat malu, biar kami berdua saje yang tahu.

Oleh kerana kami sentiasa bersama, dia juga ada bergurau nak kembali ke pangkuan aku. Bernikah kembali. Dia kata dia masih belum move on & takkan dapat jumpa pengganti aku.

Dia rindu aku & keluarga kecil kami. Aku maybe dah memaafkan tapi belum melupakan apa yang terjadi walaupun dia jadi semakin romantik. Selalu kirim bunga di pejabat & hadiah kan aku macam2 ketika hari lahir & anniversary. Dia juga makin rajin bawa aku & anak berjalan sana sini.

Aku akui, setelah setahun, aku sepi. Emosi aku di tahap kritikal. Dunia aku hanya anak, keluarga & kerja. Tidur aku tiap malam tiada peneman. Aku letih uruskan rumah & anak seorang diri.

Umur aku juga sudah 30 lebih. Badan aku da berisi kerana telah melahirkan anak, luka czer juga kadang2 buat aku sakit. Aku penat & tak kuat.

Hampir tiap hari aku menangis. Susah untuk aku bangkit. Aku juga sangat2 takut kalau orang dapat tahu yang aku janda. Kalau ada event dengan rakan2, aku pasti bawa dia & pretend as a happy family.

Tapi kalau orang dapat tahu juga suatu hari nanti, aku dunia aku pasti gelap, ini ibarat aib aku. Macam2 di fikiran.

Dari situ, aku terfikir untuk terima dia kembali dengan alasan anak aku tengah membesar & perlukan kasih sayang seorang bapa. Aku juga kadang2 rindukan dia, dahaga kasih sayang seorang suami.

Berminggu aku fikir. Melihat kembali perubahan & kesungguhan dia, aku buka hati aku lagi. Dia sangat gembira, terus bawa aku & anak makan kat hotel.

Perasaan aku masih berbaur & pilu. Tapi demi anak & demi ingin menjaga nama aku yang takut dengan title janda, aku setuju bernikah kembali. Perancangan kami ingin bernikah pada Ogos 2019, namun atas kesibukan dia kami bernikah hujung tahun 2019.

Dia sibuk uruskan tender & tak sempat untuk sempurnakan proses & prosedur nikah. Disember 2019, anak kecil aku disatukan dengan ayah kandungnya kembali. Kami tinggal sebumbung dengan azam yang baru. Keluarga kami juga bersyukur kerana kami bersatu.

Kata mereka, kalau dah jodoh tidak kemana. Aku masih ingat kami tak tidur malam, berbual seperti pasangan baru kahwin. Lepas rindu & merancang untuk beli rumah. Kami masukkan Dream House kami dalam wish list Tahun 2020 kami.

Segalanya sempurna kembali. Hidup aku cukup bahagia kerana aku dikurniakan kembali support system yang aku sangka da 100% berubah demi mendapatkan kepercayaan aku.

Tapi siapa sangka aku dikhianati lagi buat sekian kalinya. Aku masih paranoid. Bukan kerana instinct tapi sukar untuk aku percayakan dia lagi. Oleh itu, aku masih nak sgt2 check phone dia.

February 2020, aku check phone dia senyap2 untuk puaskan hati aku. Aku takut juga kalau2 dia nampak perbuatan aku, timbul isu lain pula sedangkan kami baru berbaik. Jadi aku check sekali imbas. Tiada apa2 yang pelik dalam gallery & whatsapp.

Tapi sebaik saje aku check messenger fb, ada mesej baru masuk dari seorang wanita tak aku kenali bertanyakan soalan simple kepada suami aku berbunyi “Kenapa unfriend?”.

Aku tak sempat tengok profile itu kerana suami aku datang. Hatiku gementar kembali. Aku doa banyak2 pada Tuhan dijauhkan daripada musibah lagi. Hati aku baru ingin pulih & mekar.

Tiap hari bermain di fikiran, kawan baik aku cuba positif kan aku. Kata dia mungkin suami aku dah jadi laki orang balik semula, jadi dia unfriend wanita yang tak perlu. At least ada logik nya.

MARCH 2020. Detik kebangkitan aku yang akan aku ingat sampai bila2. Sewaktu PKP dikuatkuasakan pada 18 March, tengahari itu aku terus ambil anak di pengasuh & pulang ke rumah.

Aku menanti suami aku dengan penuh kerisauan. Kami maybe jobless & tiada pendapatan untuk beberapa bulan ni memandangkan kami sama2 kerja dalam sektor swasta yang tak terjamin lagi kerjaya nya.

Nampaknya duit saving kami untuk beli rumah terpaksa digunakan dulu demi melengkapi satu2 nya cahaya mata kami.

Petang itu suami aku call, beritahu dia mungkin tak dapat pulang ke rumah kerana stuck di daerah lain kerana menghadiri kursus & perlu tunggu surat dari company untuk rentas daerah at least seminggu.

Dia akan bermalam di tempat kursus yang disediakan pihak organizer. Aku agak pelik kerana aku tak tahu menahu dia ada kursus, tapi aku lebih risaukan keselamatan dia & minta dia jaga diri. Dia juga minta aku jaga anak dengan baik.

Aku amat sedih berpisah dengan suami aku. Atas consideration pihak HQ, mereka benarkan aku work from home disebabkan anak aku tiada pengasuh manakala suami aku pula masih stuck di daerah lain.

3 hari pertama PKP, kerja aku hanya mengemas rumah, betul2 aku fokus cantik kan rumah. Anak aku juga da 3 tahun, bukan lagi baby yang perlukan perhatian sentiasa.

Cuma kadang2 anak aku merengek rindukan papa dia. Sesekali aku melihat gelagat manusia di facebook ketika PKP. Pelbagai gurauan & term yang muncul seperti “Anak PKP” buatkan aku rindu nk ada suami aku di sisi.

Hari2 kami video call tapi tak lama kerana dia berkongsi bilik dengan peserta kursus yang sama2 stuck dengan dia, jadi dia tidak mahu buat bising.

Hari ke 4 PKP, suami aku bagitahu yang surat dari company mungkin akan dapat dalam masa terdekat. Tapi dia tak ada duit minyak untuk pulang ke rumah.

Tanpa fikir panjang aku terus online transfer RM500, aku tahu jumlah itu terlebih cukup tapi sengaja aku lebihkan jika ada emergency pada waktu2 begini. Aku hanya mahu dia pulang ke rumah dengan selamat. Aku sambung membuat kerja2 rumah sampai malam.

Harapan aku rumah kami makin cantik berkilat bila dia balik nanti. Akibat asyik mengemas, aku terjumpa bag laptop suami aku yang dia simpan dalam almari baju.

Bukan saje aku pelik kenapa laptop tu disimpan kat situ tapi aku juga pelik kerana dia tak bawa bersama dia pergi kursus. Aku mula fikir yang bukan2.

Aku buka laptop dia tanpa fikir panjang. Dia memang seorang yang tak letak password, konon2 dia takde rahsia walhal sebenarnya dia jenis yang padam semua penipuan dia.

Aku buka whatsapp web dia yang dah tersedia login. Chat paling atas ialah conversation dia bersama seorang perempuan. Saat itu, aku da tak rasa apa2. Aku dah pernah & masih rasa betapa kecewa nya dikhianati, sekarang ia terjadi lagi depan mata & aku diam, tak menangis.

Hanya rasa diperbodohkan, dianiaya, diperkecilkan & dihina.

7 bulan lepas aku buka kembali pintu hati aku untuk satu2 nya lelaki yang dari dulu aku setia sebab dia kata dia masih cintakan aku, tak boleh move on dari aku, tapi harini aku dapat tahu dia tinggal serumah dengan kekasih dia dari hari pertama PKP.

Aku tiap malam doakan keselamatan dia, dia tinggal serumah dengan bukan mahram. Gambar di gallery phone dia sudah padam tapi history whatsapp masih ada.

Chat aku tak aku jumpa dalam whatsapp dia, rupanya dia sembunyi kan dalam archive, maybe sebab dia bersama perempuan itu & aku percaya dia juga simpan chat wanita itu dalam archive ketika aku bersama nya.

Nampak nya lepas 6 bulan bercerai dengan aku, dia mula berkenalan dengan perempuan itu. Sungguh aku tak sangka dia boleh luahkan betapa dia masih cintakan aku setelah meniduri perempuan itu hampir setahun & masih meniduri nya hingga kini.

Perempuan ini juga adalah sebab dia lewat berkahwin dengan aku buat kali kedua, bukan kerana sibuk uruskan tender tapi sebab ingin cover line. Jauh beza kekasih baru dia dengan aku. Kekasih dia cantik, muda & slim tapi kenapa aku yang hodoh ni kau cari?

Terlalu banyak gambar mesra antara mereka & ini yang dikatakan dia takkan boleh jumpa pengganti aku? You lied to my face.

Macam2 lagi aku jumpa dalam laptop dia. Kat situ rupa nya dia sorok kan semua. Bukan itu saje, nampak nya kawan2 dia pun da tahu yang dia ada new lover!

Rupa nya selama ni bukan kau yang menagih kasih sayang daripada aku & anak. Kau dah ada pun pengganti kami yang boleh bahagiakan kau. Tapi ternyata aku lah yang menagih kasih kau, jantan durjana. Kaki perempuan.

Pemain kayu tiga! Kalau dulu aku malu dengan title ‘Janda’, sekarang aku lebih rela jadi janda sebab aku lagi malu bersuamikan penipu, kaki z*n* & biawak hidup !!!

Aku printscreen semuanya. Dia tersentak. Saat ini aku da tak kuasa nk naik hantu even dia cuba explain yang dia buat begitu sebab tak boleh kawal nafsu as a duda. Nonsense!

Aku tidak kuasa juga nak contact the other woman yang dia peluk cium dalam gambar. Aku bangkit. Aku kuat. Benci, fed up mengatasi segalanya, aku tak lembut lagi.

Aku bukan wanita yang meraung mencari kekuatan lagi. Aku kuat demi anak. Aku kuat demi maruah & harga diri aku yang selama ini dia pijak. Aku tak bagi dia pulang ke rumah. Pintu ini tertutup buatmu sampai bila2.

Aku minta settle di mahkamah bila PKP selesai. Aku tahu dia layoff. No wonder minta duit dengan aku. I’m no longer your banker bila kau running out of money. Aku juga da tak malu came out as a single mother. Balik kampung raya haji berdua saje dengan anak aku.

Bahkan banyak support aku terima dari keluarga & kawan serta bercadang untuk pindah branch jauh dari dia. Itu bukan jodoh, itu b*d*h.

Kalau aku tahu, aku dengar kata kawan baik aku untuk tak kahwin semula. Buang masa & duit. Fake hopes. Aku maybe gila boleh maafkan & terima kembali lelaki macam itu. Apa silap nya aku?

Jadikan pengajaran kisah hidup aku yang sentiasa memaafkan orang. Aku naif, menagih kasih pemain kayu tiga yang pernah aku tangkap berz*n* depan mata aku sendiri.

Oleh itu wahai wanita, jangan jadi seperti aku. Kalau jenis tak bersyukur, bidadari jatuh pun dia takkan bersyukur. Once a cheater, always a cheater!

– Lin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *