Salam semua. Kes samun dobi dah settle. Suspek ambil dadah. Wife dalam kereta pun tengah high dengan dadah. Mak suspek pun direct je sound anak dia yang lalok. Kes rogol butik di terengganu pun sebab high dadah. Kalau ada kes yang dahsyat je, 99% sebab bawah pengaruh dadah.
Cerita pasal dadah ni, aku teringat kisah masa aku sekolah rendah dulu. Parents dua-dua kerja dan pusat transit sekolah tu tak berapa wujud lagi zaman hujung 90an jadi aku transit rumah pak sedara. Pak sedara aku imam masjid, dan rumah dia buat pusat mengaji dan berubat islam. Banyak kisah dia ubat orang tapi tu cerita di hari lain. Harini aku nak cerita pasal anak dia. Anak dia nama Rina (nama samaran) dan kak Rina ni memang muslimah ayu. Masa aku sekolah rendah, kak Rina tengah kolej dan memang aku anggap macam kakak sendiri. Baik dan selalu tolong aku buat homework. Dari darjah satu aku lepak dalam bilik Kak Rina. Alim – alim kak Rina pun, rambut karat, tudung on off. Telefon kawan gelak2 sambil smoke. Tapi semayang tak tinggal. 90an kan. Zaman berbeza.
Kak Rina ni ramai orang berkenan tapi takut nak minang. Anak imam kan, ada degree dan ada rupa model sikit. Tapi akhirnya ada seorang anak dato ni meminang. Kerja arkitek di firm sendiri, aku rasa dia yang kak Rina selalu call. Mungkin Kak Rina pernah tunjuk gambar laki tu kat aku masa tu, tapi sebab aku sayang kak Rina dan jeles, mungkin aku cakap dia botak dan tak hensem. Mungkinlah.
Jadi kak Rina pun kawin. Laki dia kita panggil Abang Man lah dalam cerita ni. Mula2 memang bahagia. Sweet selalu travel sama2. Kak rina pun dah pindah duduk dgn Abang Man dekat condo besar. Sebijik cam drama tv3. Aku masa tu cam biasa, masuk darjah 5 dan masih transit di rumah pak sedara. Yang peliknya, 2-3 tahun lepas kawin, kak Rina selalu datang rumah pak sedara dan stay berhari2. Laki dia tak ikut sekali. Masa ni kak Rina dah pregnant. Ada masa dia datang, mata merah2 sembam macam menangis. Muka dia macam sembunyikan sesuatu. Pernah sekali tu aku terserempak dia berkemban pakai tuala nak masuk bilik dia and bahu dia ada kesan hitam macam lebam. Gambar tu terpahat dalam memori sampai sekarang.
Makcik aku suspek sumthing wrong. Dia rasa mungkin sihir. Pakcik aku yakni imam kawasan kata dia tak dapat rasa apa2 pun. Plus kawasan rumah tu dia dah dinding bagai. Aku dengar2 convo tu sambil baring tengok oggy and the cockroach. Pakcik aku panggil Abang Man mintak datang rumah. Call masuk mailbox je. Hari2 diorang cuba contact.
3 hari kemudian, pukul 7 petang lebih. Aku baru balik dari main dekat padang and nak tunggu mak aku amek dari rumah pak sedara, tetiba bunyi kete Abang Man berderum laju, park depan rumah. Abang man tak terurus, keluar kereta, jerit:
“Mana bini aku!”
Pakcik aku baru ready nak g masjid terkejut Abang Man dekat luar rumah. Mata bang Man merah. Memang nampak muka dia macam nak bunuh orang lah. Jiran2 semua rileks je, sebab rumah pakcik aku kan rumah orang berubat, jadi diorang ingat exorcism sedang berjalan.
“Rina! Keluar sekarang!”
Abang Man jerit lagi. Pakcik aku suruh dia masuk dalam rumah dulu, ambil wuduk dan ikut dia g masjid. Pakcik aku cakap “biasalah rumahtangga, benda boleh bincang”. Tapi abang Man memang tak rasional abis dah. Masa tu lak Kak Rina keluar. Nampak riak muka dia takut2. Aku masa ni fikir nak mandi je tapi pintu masuk kena block lak. Adeh.
“Sini kau! Balik!”
Mata abang man terjegil. Kak rina menyorok belakang jubah putih pakcik aku. Pakcik aku yang berapa banyak orang dia ubat pun nampak muka dah cuak. Dia tau, setan, jin, dia boleh bincang, tapi orang bawah dadah ni next level. Umpama bercakap dengan dinding.
Aku tak sure apa jadi lepas tu sebab member aku bgtau basikal aku tertinggal kat padang so aku g amek, tapi dengar cerita abang man tarik rambut kak rina sampai terseret dan akhirnya polis datang. Apa boleh buat, mak aku garang kot.
Abang man positif heroin dan dia sebenarnya dikehendaki sebab dia bukan menagih je, tapi edar dadah dekat kelab malam jugak. Nak dijadikan cerita, kelab tu kena serbu dan ada artis jugak malam tu. Artis tu kantoi dan bagitau nama Abang Man. Artis tu dah janda sekarang jadi tekalah sapa heh. Kenapa polis tak tangkap bang man dekat ofis arkitek dia? Jawapan dia sebab firm dia dah setahun bungkus. Dia makan duit company beli meth, heroin, ice, ecstasy. Dia duduk rumah je, tanam anggur, packing dadah, pukul Kak Rina. Ulang hari2.
Kak Rina diamkan je. Sorang pun dia tak bagitau hatta ibu bapa dia sendiri. Dia simpan ‘aib’ suami dia walaupun hari hari makan penumbuk berulamkan penerajang dengan harapan laki dia berubah. Lepas kena tahan polis petang tu, Abang Man ditahan reman dan bermula la proses naik turun mahkamah. Tapi sebab dia dah waras balik, dia ceraikan kak rina sebab rasa bersalah seksa kak rina selama ni. Dia pun rasa umur dia tak panjang dah. Anak kak rina selamat dilahirkan, cukup sifat dan comel. Tapi kesian, baru lahir dah takde ayah di sisi. 2-3 tahun lepas tu, Abang Man kena penjara 20 tahun. Sikit lagi nak kena gantung tapi bukti tak cukup. Artis yang kena cekup tu tak kena apa pun. Dunia oh dunia.
Kak Rina trauma dan jadi kurus kering. Makan tak mahu dan kena depresi. Yang jaga anak dia pakcik and makcik aku sbab mental state kak rina teruk sangat. Aku suspek kak rina pun ketagih dengan dadah yang abang man paksa dia ambil masa bersenggama untuk lagi feel. Cukup anak kak Rina 6 tahun, pakcik and makcik aku hantar masuk tahfiz sebab kak rina memang dah broken habis. Makan bersuap etc. Mak aku tak kasi aku transit situ lagi sebab aku dah form 1, tapi aku rasa mungkin sebab takut aku terdedah dengan isu sosial ni. Tak lama lepas tu aku masuk asrama dan sedar-sedar dah 14 tahun lebih aku lost contact dengan pakcik and makcik sedara aku ni.
Baru2 ni mak aku jumpa mak sedara aku dan rupanya abang man dah keluar dari penjara sebab kelakuan baik. Benda first abang man buat adalah datang ke rumah pak sedara aku untuk mohon maaf dengan makcik aku atas segala dosa dan perilaku dia. Dia menyesal dia buat camtu kat anak orang. Dia lagi sesal sebab dia tak sempat mintak maap kat pakcik aku yang meninggal masa abang man kat dalam. Abang man ambil balik anak dia yang dia tak pernah jumpa dan sedang belajar agama dari anak dia yang juga tahfiz. Kerja upah hari dekat kampung je, sedangkan dulu arkitek muda yang berjaya. Semua sebab dadah yang dia mula cuba cuba masa design rumah artis dan dato’ dato’ dulu. Pelik bila kita start rasa kesian dekat orang yang kita sangat benci dulu, tapi itu yang aku rasa masa mak aku cerita. Syukur abang man diberi peluang untuk bertaubat.
Peristiwa ni meninggalkan kesan mendalam pada diri aku. Masa remaja, aku takut gila dengan substance abuse sampai rokok pun aku tak berani sentuh. Sebab kalau orang offer sebatang, aku akan teringat scene aku borak dengan kak rina yang tengah hembus asap keluar tingkap sambil tersenyum dekat aku. Sadis beb.
Aku yakin ramai je yg macam kak rina yang cuba bertahan dengan pasangan/ahli keluarga yang amek bahan. Tips aku adalah, orang yang sedang high, dia bukan manusia yang kau kenal lagi. Dia sedang hidup di alam yang lain. Kalau awak benar2 sayang, awak akan cari bantuan supaya dia masuk pusat serenti dan berhenti bergantung dengan bahan tu. Fahamilah, di sebalik muka bengis si penagih, ada diri dia yang sebenar tengah terperangkap meronta minta dibebaskan dari ketagihan ini. Buang ego anda, biarlah orang kata apa pun, kalau awak betul kasih dan sayang, awak akan serahkan dia ke pihak berkuasa.
Jangan harap awak boleh ubah dia, sebab ketagihan bahan tu merosakkan otak. Dadah tu dah jadi keutamaan dalam hidup. Pusat serenti ada bagi ubat yang dia kena ambil supaya dia perlahan lahan hilang keinginan tu. Dadah tu umpama oksigen bagi si penagih, bila awak lock pintu si dia, sorok duit dan barang kemas, masa tu dia naik hantu umpama orang kelemasan dan jadi ganas. Tu yang sampai kena tetak, merompak etc. Jgn cuba nasihat atau appeal to rationality, mereka ni tak ingat apa dah. Bak kata pakcik aku “sejahat2 hantu dan syaitan, mereka masih takutkan Allah, tetapi orang di bawah pengaruh? Betapa dasyatnya hantu buatan manusia”
Ingat, semua benda boleh ubat, kecuali mati. Jangan sampai orang awam lain yang tak tahu menahu pun terkesan sama akibat keengganan awak untuk berusaha sehabis baik. Semoga kita semua dirahmati Allah. Amin.
– Cocaine is a hell of a drug
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit