Menanti Balasan

Aku dari keluarga yang boleh aku cakap, tidak terlalu alim tapi pentingkan solat, menutup aurat, ada curfew, biasa-biasa tapi cukup laksana rukun iman alhamdulillah.

Aku ada sebuah kepercayaan dari kecil, Tuhan akan membalas semua benda yang kita buat. Tak kira apapun benda tu, bagi aku semua akan ada balasan.

Jadi ada satu perkara yang buat aku bimbang akan masa depan aku selepas berkahwin.

Aku belum berkahwin, masih dalam pengajian. Mahu berkahwin tapi, pasangan juga masih dalam pengajian.

Ya aku akui, masa depan aku luas, aku budak bijak dan kalau ikut tak kahwin pun aku tetap boleh survive sendiri.

Tapi, cinta buat aku melawan Tuhan. Tapi aku tahu putus bukan jalan yang baik untuk aku, sebab aku juga ada masalah mental. Aku sentiasa ingatkan pada bf aku, couple ni haram. Dia pun maklum.

Tapi nak dijadikan cerita, satu hari tak dijangka kami terlanjur. Kami berdua pertama kali melakukan hubungan sebegitu.

Tapi kami tidak sampai ke tahap hubungan suami isteri tapi tetap di bawah kategori zina. Kami menyesal atas apa yang kami buat, dan kami bertaubat. Tak jumpa beberapa minggu.

Tapi aku tak sangka yang aku akan jadi gila bayang pada dia. Begitu juga dia pada aku. Sehingga tahap, kami masih teruskan mestipun kami berdua sentiasa akan menyesal selepas melaksanakannya.

Tapi jujur aku cakap, susah untuk melawan nafsu, aku hampir tiapkali tahajud berdoa supaya Tuhan tarik nafsu aku asal aku tak perlu bust lagi dosa.

Aku dan dia merancang ingin melangsungkan pernikahan sebab kami berdua hidup dalam dihantui dosa, namun berlaku halangan dari dua pihak keluarga. Atas sebab kami masih muda dan harus sambung pengajian.

Aku tahu, ada yang akan cakap kami gatal. Tapi aku kian membenci diri sendiri sebab tak mampu nak halang diri. Lama-lama aku takut benda ini mengubah kami.

Tuhan Maha Membalas. Yang menjadi ketakutan terbesar aku sekarang adalah bagaimana kalau selepas kahwin akan ada malapetaka yang jadi hasil dari ulah zina kami.

Adakah lebih baik aku mengelak perkahwinan daripada menghadap balasan tersebut lepas kahwin atau terima dan redha akan pembalasan atas dosa yang diri sendiri lakukan. Aku buntu. Dan aku sangat takut.

Aku takut dengan balasan Tuhan, sebab zina adalah salah satu dosa besar yang azabnya di dunia dan akhirat.

Aku cuba nak sedapkan hati, tapi aku benar-benar rasa berdosa sampai tahap datang semula pemikiran bunuh diri.

Adalah lebih baik mati daripada terus bergelumang dalam dosa yang jujur, aku sendiri tak tahu cara untuk hindarkan sebab dan gila bayang.

– Tuhan, Aku Berdosa. (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *