Assalamualaikum. Aku merupakan ibu tunggal yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun.
Berpisah dengan suami atas sebab tiada persefahaman. Terlalu banyak perbalahan berpanjangan. Masalah komunikasi yang serius.
5 tahun usia perkahwinan sebelum berpisah.
Awal perkenalan kami diperkenalkan oleh mutual friend. Aku tak pernah bercouple. Manakala ex suami pernah couple 6 kali sebelum kenal dengan aku.
Aku tak ambil tahu sangat sejarah couple 6 kali dia tu sebab bagi aku past is past. Kami kenal sekejap je ex suami terus ajak kahwin. Aku pun setuju sebab masa tu memang tengah mencari.
Tak sampai 6 bulan perkenalan kami terus bernikah. Lepas nikah aku terus pregnant. Saat pernikahan kami, ex suami not financially stable sebab dia kena buang kerja dua bulan sebelum nikah.
Masa pregnant, aku masih boleh tolerate ketidakstabilan kewangan dia. Masa tu aku bekerja shift. Kadang tak balik malam-malam. Dia pergi buat aktiviti dia sebab dia sangat aktif physically dan banyak circle.
Sebelum ada anak, aku okay je dia takde kat rumah selalu.
Lepas bersalin, hormon seorang ibu mungkin, aku cepat sangat terasa.
3 hari lepas aku melahirkan anak dia pergi aktiviti persatuan.
Aku faham kalau dia perlu pergi kerja saat aku tengah emotionally dan physically not ok lepas bersalin. Tapi aktiviti persatuan ni optional.
Dari saat tu aku selalu terasa hati dengan dia. Tapi jenis aku ni tak luah. Sebab taknak keruhkan keadaan.
Perkara ni berlanjutan sampai anak besar.
Kadang aku rasa dia lebih mementingkan kawan atau colleague daripada anak. Dari situlah selalu tercetus perbalahan yang besar. End up kami berpisah.
Selepas berpisah pun dia serahkan hak jagaan anak kat aku.
Bila nak berbincang selepas penceraian pun keadaan selalu jadi tegang. Aku tak tau mana silapnya. Sebab kerja aku ni umpama customer service.
Selama ni apa yang aku explain kat customer, customer faham je. Tapi bila aku explain kat dia, mesti jadi tegang.
Betul lah dia cakap, kami ni not meant to be. Kenal kejap je terus nikah. Kenal perangai masing-masing pun lepas nikah. Nak tak nak kena teruskan demi anak. Tapi lama-lama mental masing-masing affected.
Dia dah ada pengganti. Which ex dia yang terakhir sebelum dia kenal aku. Dia cakap dah kenal dengan ex tu setahun. Dan dia nak kahwin dengan ex tu. Aku tak pernah tahu pun pasal ex ni sepanjang perkahwinan kami.
Aku pun nak keluarga yang bahagia. Anak aku perlukan seorang ayah di samping dia. Lagi-lagi anak lelaki. Aku takde kenalan lelaki langsung. Sebab aku memang seorang yang menjaga ikhtilat.
Sebelum berkahwin, tak pernah ada mana-mana lelaki sentuh aku. Sepanjang perkahwinan pun aku setia dengan suami aku je, walaupun kami selalu bergaduh.
Sekarang di usia 32, di saat ramai sibuk dengan kerjaya dan keluarga, mana lah aku nak cari pengganti yang sama-sama menjaga ikhtilat dan setia serta ada pegangan agama.
Aku harap warga IIUM Confession boleh berikan cadangan berdasarkan pengalaman masing-masing. Aku pun nak pasangan yang sekufu dan sama-sama ke syurga serta mampu menyayangi anak aku.
– Melur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dgn izin Allah, Allah akan gantikan org yg tepat untuk akak bila tiba masanya Aamiin.. apa2 pun semoga dipermudah segalanya ye😉
Ini lah lelaki .. Tak move on , tapi sibuk nk kahwin ..
Last2 stuck dgn EX jugak ..
tak move on , buat cara tak move on .. Bukan mainkan hati dan perasaan org ..