Assalamualaikum, terima kasih sekiranya luahan aku disiarkan. Aku lelaki yang sudah berkahwin, berumur 32 tahun. Kisah yang ingin aku kongsikan ini adalah mengenai perkahwinanku sendiri.
Aku telah berkahwin dengan wanita pilihanku sendiri. Kami berkenalan di facebook, dan pertemuan kami adalah untuk mendirikan rumahtangga yang mana tidak dating, tidak bercinta sebelum diijabkabul. Wanita yang menjadi isteriku namanya Sarah.
Sarah seorang wanita yang berdikari. Namun begitu, dia juga seorang yang sangat degil dan berpewatakan kasar. Katanya, mungkin perangainya jadi begitu sebab dia dah lama berdikari, kena kentalkan hati untuk menghadapi hari-hari mendatang.
Selama kami berkenalan sebelum berkahwin, dia tidak menuntut apa-apa. Tidak minta dibelikan apa pun. Aku memang senang dengan sikapnya. Cuma satu yang aku curiga.
Pernah aku bergaduh dengannya seminggu sebelum hari bahagia kami. Puncanya, dia tak dapat menjawab soalanku samada sanggup ke untuk hidup susah denganku. Oleh kerana dia gagal menjawab persoalanku, aku ugut untuk membatalkan perkahwinanku. Sekarang bila fikir semula, aku rasa menyesal sebab melalui ahli keluarganya, Sarah pengsan sejurus selepas menerima SMS ugutan aku tu. Maafkan abang Sarah. Perkahwinanku tetap berlangsung pada hari yang ditetapkan.
Itu cerita tahun lepas. Sekarang hampir setahun kami berkahwin. Belum dikurniakan anak. Aku dan Sarah tinggal berasingan atas faktor kerja dan kewangan. Aku tak mampu menyewa rumah untuk kami tinggal dan tak mampu menyara isteriku sekiranya dia tak bekerja. Jadi kami tinggal di rumah keluarga masing2.
Ada juga aku bagi duit belanja dan rumah walaupun tidak banyak. Aku tak pernah tanya samada duit itu cukup atau tidak. Kadangkala isteriku itu merungut duit tak cukup, tapi apa boleh buat, aku pun tak dapat bagi sebab duit yang aku ada cukup makan. Isteriku seorang pekerja swasta yang gaji minimum saja. Dia pun menanggung hutang ptptn dan bermacam lagi bil.
Setahu aku, Sarah banyak buat kerja parttime bagi menampung hidupnya sendiri dan dia tak merungut dengan aku penat lelah kerja siang malam. Kadang bila aku kurang duit, dia bagi duit dia. Ini pengorbanan isteri aku yang kasar tu tapi aku tak nampak. Walaupun aku kerja bergaji yang 2,3 kali ganda banyak daripada dia, aku masih kurang duit dan tak mampu sara dia. Maafkan abang Sarah.
Selama hidup berumahtangga, satunya perkara yang selalu dia soalkan padaku,
“Bila kita dapat hidup bersama abang?”, dan tak pernah aku beri jawapan yang membahagiakan.
Mungkin hal ini jadi tekanan pada dia. Siapa yang nak hidup asing? Tapi dengan ekonomi sekarang, aku tak mampu. Sikap Sarah ketika itu makin tidak memuaskan hati aku. Dia makin kasar, biadap, cepat marah dan suka provok aku dengan perli dan sindiran.
Sampai satu masa, kami bergaduh dan bercerai talak 1. Masa tu aku betul marah dan nekad untuk menceraikan wanita yang kasar, biadap, dan tidak hormat pada ku suaminya. Sarah ketika itu, dia tak dapat terima dirinya diceraikan, merayu dan pujuk aku supaya rujuk semula. Tapi aku lelaki, aku tak termakan pujuknya walaupun jauh dalam hatiku, aku sayangkan Sarah. Dari berhari jadi berminggu. Sarah kerap menghubungi ibuku tanpa pengetahuanku. Dan aku? Terperap dalam bilik seharian sampailah suatu hari…
Pintu bilikku diketuk oleh ibu. Bila aku buka pintu, wanita yang aku ceraikan tu berdiri didepan. Ya Allah, aku benar rindu pada dia. Mata dia berkaca dan mulutnya tak jemu mengatakan maaf. Bermacam janji Sarah taburkan untuk lembutkan hatiku. Dia janji tidak akan degil, keras kepala dan tidak akan menyusahkan aku. Akhirnya, pada hari itu kami berbaik semula.
Alhamdulillah, setelah kami rujuk semula Sarah banyak berubah. Dia jadi lembut, tidak kasar or marah2. Dia tidak melawan kata aku dan perubahan terbesarnya, aku nampak Sarah banyak habiskan masa di tikar sembahyang. Tidak kira waktu.
Hidup aku jadi makin mudah, rezeki aku bertambah sejak berbaik dengan isteriku. Isteriku pun makin kuat bekerja siang dan malam agar tidak menyusahkan aku. Ketika itu aku rasa senang hati tapi sekarang aku rasa macam aku suami yang tak bertanggungjawab. Maafkan abang Sarah.
Perkahwinan aku diduga lagi. Isteriku berhenti kerja. Bila Sarah maklumkan padaku, ada rasa kecewa dalam hati ini. Aku jadi susah hati, adakah aku mampu sara hidup dia.? Macam2 aku fikir. Tanpa aku sedar, ketika itu aku banyak melukakan hati Sarah. Tiap kali dia call aku, aku marah, tengking dan jerkah jadi kebiasaan. Aku pun bingung kenapa aku berubah jadi macam tu. Sarah cuma diam. Menangis ke dia? Aku tak peduli. Berkali dia whatsapp aku, pujuk aku agar jangan susah hati, dia akan cari duit untuk bayar komitmen dia sendiri.
Sebulan lepas, dia balik ke rumah keluargaku, untuk berjumpa aku setelah hampir sebulan tidak berjumpa. Nampak aku, Sarah tersenyum tapi senyumannya tak seindah dulu. Apa yang sdia sembunyikan dariku? Tapi peduli apa aku. Seperti biasa, aku menuntut dia menjalankan tugasnya. Pada mulanya, Sarah agak keberatan kerana letih memandu 3 jam sebelum tu. Tapi aku tetap ego dan tak nak mengalah. Akhirnya isteriku akur. Kejamnya aku Ya Allah!
Setelah tiga hari di rumahku, dia pulang ke rumah keluarganya semula, lepas tu kami ada bergaduh. Dari pergaduhan itu, aku block dia di whatsapp, phone dan msg. Aku panas hati. Aku rasa dia buat salah padaku. Bagiku kesalahannya besar. Dan aku biar tak berhubung selama berhari. Sarah pada mula pujuk aku agar tidak besarkan hal ni. Tapi aku ego. Aku diam selama aku mau. Apa jadi pada dia lantaklah.
Ulangtahun perkahwinanku tinggal lagi sebulan ketika itu. Kami masih tidak berhubung. Dulu pernah dia menyuarakan hasrat untuk menyambutnya tapi aku bantah. Aku tak nak sambut. Buang duit. Membazir. Mendengar kataku, dia diam. Apa perasaan isteriku ketika itu…? Aku tak pernah ambil tau.
3 hari lepas, aku ambil keputusan untuk pulang ke rumah mertuaku untuk menjenguk Sarah. Bila dah tak berhubung, perasaan rindu ni menggila tapi kerana ego, aku tetap block Sarah. Sampainya aku di rumah mertuaku. Kelihatan kereta isteriku tak ada di garaj. Aku tak rasa hairan sebab Sarah selalu juga keluar ambil angin. Tambah2 time dia stress dia akan pergi termenung di pantai atau di tasik tak jauh dari rumah. Aku masuk ke rumah. Parent Sarah sambut aku dengan baik. Aku menapak ke bilik Sarah, bilik kami.
Pintu aku buka. Bilik Sarah kelihatan sangat kemas dan rapi. Macam tak ada orang duduk. Ada kain yang menutup katilnya, pakaiannya tak ada. Aku perasan tu sebab sarah tak banyak pakaian, kalau dia kemana-mana memang nampak lah pakaian tak ada dalam almari. Hati aku cuak. Mana pergi isteriku..?
Aku keluar dari bilik. Di ruang tamu ada mertuaku. Malu aku nak tanya, nanti apa kata mereka suami tak tau isteri kemana?..tapi aku kena tanya juga.
“Sarah dah tak duk sini, dia dah dapat kerja luar negeri.. Sarah tak bagitahu kamu ke?” Ini jawapan parent Sarah.
Ya Allah aku malu. Aku malu jadi suami yang terlalu lama membiarkan isteri bersendirian.
Sarahku kembali berdikari. Kerja apa, dimana dan tempat tinggal dia pun aku tak tahu. Mungkin sekarang dia bahagia bersendirian dan lupa padaku suaminya yang tak bertanggungjawab ni. Aku malu, aku menyesal. Sekarang aku betul rindukan dia. Pujuk rayu Sarah padaku dulu sudah tiada. Aku menyesal sia-siakan hidup dia. Kalau lah aku beri perhatian, tak berkira beri makan pakai dan menyara hidup dia, tak buat dia rasa aku terbeban, tak marahkan dia.. Tentu Sarah masih ada untukku. Adakah dia dah lupa tentangku. Mana dirimu sarah, isteriku……
Pada reader, aku mohon beri aku nasihat agar aku dapat selamatkan hubungan ini kali yang ketiga. Aku tak sanggup kehilangan Sarah. Kalau nak kecam, aku tak kisah. Aku tahu aku salah.
Sarah.. Abang tahu sarah suka baca IIUM confession ni. Sarah tolonglah hubungi abang semula. Sarah minta semua orang sorokkan sarah dari abang. Abang menyesal. Maafkan abang. Abang tunggu Sarah. Maafkan abang Sarah. Tolong hubungi abang semula. Maafkan abang.
– Suamimu, Mr H.
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit