Menanti RM40

Hai semua. Naddy, dah kahwin. Tapi ni bukan kisah rumahtangga. Rumahtangga aku alhamdulillah baik2 saja. 

Tapi ni kisah adik beradik. Mesti ramai kan yang ada pengalaman bagi orang pinjam duit, tapi orangnya liat nak membayar. 

Kalau dengan orang luar tu senanglah sikit aku nak perli bila liat nak bayar hutang. Tapi bila dengan adik beradik ni, susah betul aku rasa nak buat macam tu. 

Aku ada adik beradik yang suka sangat pinjam duit tapi liat sangat nak membayarnya. Bodoh la jugak aku sebab aku bagi kan. 

Tapi dah nama pun adik beradik. Ada jelah tu ayat “adik beradik je apalah salah tolong2”.

Aku bukan anak sulung, bukan bongsu. Aku anak tengah2. Tapi boleh kata, dari zaman aku bujang lagi, kalau aku ada duit sikit je mesti mak aku suruh bagi sikit dekat adik beradik yang lain. 

Masa bujang part time, dapat je gaji.. mak aku mesti, “bagilah sikit dekat A, upah kadang2 hantar pergi keje”.

Time aku study, masuk je duit biasiswa.. pun sama, “bagi lah A dengan B sikit… 100 pun ok”. Tu tak masuk lagi bila tengah2 semester A dengan B wasap nak pinjam duit. 

Tapi bayarnya tidak / lambat. Faham student. Aku pun student juga masatu. Tapi aku buat macam2 part time walaupun biasiswa lumayan. 

Back to cerita sekarang. A dengan B alhamdulillah masing2 ada kerja sendiri. Yang si B alhamdulillah ok. Walaupun pendapatan dia tak banyak, tapi mungkin bujang.. komitmen tak banyak. Jadi jarang sangat dia pinjam duit aku unless betul2 terdesak. 

Tapi dia betul2 tepati janji dia. Macam dia kata lagi 2 hari dia bayar balik, and yes memang betul cukup 2 hari dia bayar. Kalau dia tak dapat bayar, dia akan bagitau dulu minta up tempoh lagi 2-3 hari. Tapi yang pasti, dia memang jenis bayar cepat. 

Bukan sejenis yang buat aku ternanti nanti. So yang B ni alhamdulillah lah. Masalah sekarang si A. 

A suka sangat pinjam duit aku. Bayarnya lambat. Kadang2 tak sama dengan jumlah yang dipinjam. Ada yang dia lupa terus pun ada. 

Masa pkp ada pinjam. Lepas pkp pun ada pinjam. Tahun ni, sebelum puasa ada pinjam. Tapi sampai sekarang aku tak dapat lagi duit aku tu. 

Memang tak banyak. Takdelah pinjam sampai ribu. Tiap kali pinjam tu, kadang 50, kadang 100. Tapi kalau tak bayar, lama2 jadi banyak la jugak kan. Duit tetap duit. Semua benda perlu duit sekarang ni. 

Aku ni pun housewife je. Husb aku jelah sorang kerja. Aku ada anak2 jugak. Tapi aku takdelah duduk rumah saja2. Ada jugak buat affiliate shopee & TikTok. Ada jugak duit daripada duduk saja2. 

Kadang2 bila mak aku tahu A pinjam duit aku, mesti akan cakap “alhamdulillah syukur adik beradik tolong2.. kalau Umi mati nanti takdelah risau pasal korang adik beradik”. 

Yelah. Time adik beradik susah nak pakai duit, semua cari aku. Tapi bila aku susah, semua pakat “takde duit” , “duit ada tapi nak pakai ni”. 

A banyak kali pinjam duit aku. Aku ni pun banyak kali jugaklah dah kena dengan dia. Tapi masih tak serik, sebab fikirkan adik beradik. 

Kadang2 aku ada je duit, tapi kenangkan aku takkan dapat balik duit aku, aku cakap je aku takde duit nak bagi sebab bla bla bla. Walaupun kadang alasan tak logik, tapi lantaklah. 

Sebelum2 ni aku tak terasa sangat. Kalini aku tak tahu kenapa aku terasa sangat2. Mungkin sebab sale affiliate pun kurang and aku pun perlukan duit. 

Latest si A pinjam duit aku. Tak banyak. RM80 je. Dia bayar half. Baki lagi RM40 dia kata hujung minggu nanti dia bayar. Tapi dah masuk minggu ketiga aku tunggu; sepi. 

Aku terasa sebab dekat status ws macam2 gambar makanan sedap dia up. Dekat wasap group family pun tunjuk makanan sedap. Terliur la jugak. Aku nak beli makanan sedap tu pun, kena tunggu dia bayar dulu duit aku yang berbaki RM40 tu. 

RM40 tu cuma baki yang dia pinjam terbaru ni. Yang sebelum2 ni yang masih tak lunas, yang tu aku tak tahu lah nak kata apa dah. Tunggu masa dapat ayat “mintak halal” jelah kot. 

Aku terasa sebab dia buat macam takde apa2. Kadang2 dia wasap nak VC dengan anak2 aku.. aku macam masa dia send wasap tu dia tak perasan ke wasap dia sebelum2 ni kata nak bayar baki RM40 tu hujung minggu nanti ?

Ke dia delete terus ek conversation? Sebab aku tak pernah delete conversation benda penting macam ni walaupun bukan aku yang meminjam. Nampak macam selesa je makan sedap, jalan tempat best. 

Aku yang kat sini, ternanti nantilah duit aku yg takat RM40 tu. RM40 kalau aku bawak anak2 aku masuk ecoshop, situ pun dorang dah happy sangat dah. Atau RM40 tu, lepas jugak lah untuk aku buat beli ayam sekor, ikan murah 2-3 jenis. Boleh buat stok lauk seminggu. 

Aku punya terasa sampai aku malas nak call family sendiri. Rasa malas nak balik kampung sendiri. Sebab orang ingat aku ni macam berduit sangat.

Kalau suami aku yelah berduit, sebab dia keje. Tapi dia pun ada komitmen ; duit dapur, duit jajan untuk aku, saving untuk emergency. Aku pun tak tahu lah kenapa. Aku ni jenis suka privacy. 

Kalau aku, husb & anak2 makan kat restoran ke, pergi tempat best ke, makan sedap / mahal ke.. memang kitorang betul2 jenis yang enjoy the moment macam tu. Kitorang bukan jenis yang busy dengan phone nak ambil2 gambar, nak post2 kat socmed. 

Memang takde. Semua private. Makanan sampai, baca doa.. makan. Pergi tempat best, just enjoy relax anak beranak. Kadang2 phone pun biar dalam kereta / beg je.

Ada la jugak kadang2 ambil gambar, tapi 1-2 keping je, takdelah beriya sampai nak dapat gambar yang cantik.. and setakat simpanan sendiri jelah. 

Nak tunjuk dekat orang tu memang takde termasuk la family aku sendiri. Aku pun jenis low maintenance je. Pakaian / tudung pun beli kat shopee TikTok je. Baju pun banyak brand zucca / PANDAEYES. Kasut pun grimo je haa.

Beg? Beli kat TikTok yang tak sampai RM30. Itupun 5 tahun sekali baru tukar. Selagi boleh pakai, pakai. Barang kemas? Simpan. Pakai time raya je itupun seutas gelang tangan & cincin nikah. Tu je yang aku ada. 

Makan luar ? 90% aku memang masak je kat rumah. Makan kat kedai pun jarang2. Jadi macam tak tahu lah celah mana orang ingat aku ni ada je duit.

Aku kadang2 sedih, orang mintak pinjam 100. Aku bagi 80 bukan sebab aku ada 200, takut nak bagi.. tapi sebab memang 80 tu jelah yang aku ada. 

Tapi bila nak dapatkan balik duit sendiri, rasa macam pengemis pula. Kadang2 bila pergi rumah mak bapak sedara.. mak ayah aku mesti “hulur2 la duit. Bukan orang lain. Mak bapak sedara jugak”. 

Takde pun nak tanya “ada duit tak nak bagi?”. Aku pulak jenis datang bukan datang tangan kosong. Tiap kali datang mesti aku belikan barang asas ; beras, telur, tepung, gula, minyak, susu, kopi, teh, sabun. Bahan asas la bahan kering. 

Aku tahu tak salah pun kalau bagi, kongsi rezeki. Cuma yalah, aku datang pun bawak buah tangan itupun aku dah rasa rezeki. Sebab rezeki tak semestinya terletak pada duit. Kadang2 terasa lah jugak. Kalau ada ayat “ada duit tak?”.. mungkin ok sikit lah. 

Aku pulak jenis kalau aku nak bagi, aku bagi. Ada.. aku bagi. Takde.. aku diam jelah. Jangan suruh2. Aku datang bawak bahan asas pun aku rasa macam cukup sangat sebab aku beli banyak, bukan sikit2. 

Latest, semalam si A up gambar makanan sedap dekat wasap group family. Siap cakap boleh beli lagi. Aku dekat sini, seen jelah semua dalam wasap tu, menantikan RM40 aku. Malas nak masuk campur dalam wasap group. 

Aku cuma harap sementara nak tunggu gaji laki aku masuk, takdelah apa2 hal emergency yang nak kena pakai sampai 7-8 ratus. Kalau 3-4 ratus tu inshaallah bolehlah dengan hasil affiliate yang ada ni. 

Korang kalau meminjam, walaupun RM10.. janganlah lengah2 kan untuk bayar ya. Tak kisah lah dengan member ke adik beradik ke. Kadang2 nilai tu mungkin kecik pada kita, tapi mungkin besar bagi si tukang bagi pinjam. 

Macam aku sekarang ni, RM40 mungkin sikit pada si A… tapi untuk aku, RM40 tu macam2 aku boleh buat, contohnya beli stok lauk untuk anak2 aku, atau boleh belikan alat tulis untuk anak2 aku. Belikan baju tidur RM10 dekat pasar malam.. itupun bahagia dah dorang rasa. 

Doakan si A terbukak hati nak bayar balik duit aku walaupun RM40 je. Amount yang sebelum2 ni aku malas nak kira dah. Dia bayar RM40 ni pun aku bersyukur sangat dah.

Doakan jugak affiliate TikTok & shopee aku berjaya, ramai pembeli supaya dengan komisyen affiliate tu aku tak terdesak menanti RM40 dari si A. 

Terima kasih sudi baca sampai habis. Semoga korang sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dikurniakan rezeki yang tak pernah putus & dipermudahkan urusan dunia akhirat. 

– Naddy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Kalau sy kan sis, selagi tak bayar hutang lepas memang tak akan bagi pinjam dah, setiap kali dia mintak pinjam, mintak dulu hutang lepas. Jangan lembik sis pastu sakit hati sorang2. Lepas ni dia mintak walau 1 sen pun jangan bagi and mintak hutang lepas. Seronok dia takde duit mintak orang pastu tak bayar. Sis yang ajar dia naik lemak macam tu. Lepas ni kalau parent lebih2 kata je sis mana ada duit kan suri rumah, cuba tekankan suri rumah tu. Sis tak pernah cakap mana orang tahu.

  2. paham sgt… bila kita rasa ketat je mesti teringat hutang2 kita yg belum bayar, kan.. even RM10.. sabar tau sis.. sy doakan adik sis akan bayar balik duit RM40 tu.. remind la dia .. kot2 dia lupa sbb sis x pernah ungkit kat dia.. bgtau la da keadaan sis yg perlukan duit tu.. sbb sis tak pernah komplen & dorg senang dpt bila minta, esp mak ayah awak.. dorg rasakan itu tanggungjawab awak.. kenapa mak ayah awak tak hulur sendiri duit dorg ekkk kenapa minta awak hulurkan duit awak ekk… hurm..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *