Menanti Waktu Itu

Assalamualaikum.. Kalian, minggu depan, saya dan suami akan ke mahkamah untuk lafaz cerai.

Ya, dia akan ceraikan saya walaupun saya tak mahu dan tak rela. Dia sudah meninggalkan rumah selama 4 bulan lebih, dan duduk dengan ibunya.

Punca perceraian, saya tak tahu kenapa suami begitu nekad.

Saya tak ada bergaduh besar dengan dia, tapi last sekali saya ada minta ibunya tegur dia sebab dia sangat sibuk dengan urusan di luar dan membiarkan saya seorang diri menguruskan anak.

Lain yang saya harapkan, lain yang terjadi.. Sebulan dia diam membisu dan akhirnya katanya mahu bercerai.

Sejarah perkahwinan kami, saya ada depression.. banyak tekanan yang saya hadapi kerana dia sibuk dengan urusannya..

Ya dia ke masjid tiap malam tapi balik lewat.. bila ada masalah, dia tak selesaikan tapi mendiamkan diri.. dia banyak ceritakan masalah kami ke ibunya..

Bila tekanan tinggi saya sering mengamuk kerana berasa tidak dipedulikan dan tidak didengari dengan dua anak kecik.

Tapi saya akan meminta maaf kembali dan semua kembali normal..saya tahu saya pun banyak kesilapan, tapi depression saya tahap mendengar suara untuk membunuh diri,

Saya dah ceritakan pada suami dan mahu diubati, tapi tiada usaha dia untuk tolong saya dan yang saya tahu, mak dia kata saya ni gila.

Jika ditanya pada saya, saya akan katakan kami ada masalah komunikasi. Saya pernah ajak dia pergi kaunseling tapi tak diendahkan.. Saya hanya suri rumah waktu itu jadi tak banyak saya boleh lakukan.

Sekarang semuanya terbalik.. Saya mendapat kerja dan dia pula kehilangan pekerjaan. Dan sekarang dia nekad pula mahu bercerai..

Depression saya semakin pulih secara sendiri, kerana saya positifkan diri dan berusaha melawannya.. Dia sendiri kata saya banyak berubah tapi kenapa dia pula mahu pergi tinggalkan saya?

Kami dah berpindah dekat ibunya.. Rumah asing tapi cuma 10 minit perjalanan. Ayah mertua sudah tidak ada, tapi ibunya tinggal bersama adik dan kakaknya..

Tapi dia semakin banyak habiskan masa dengan ibunya. Apa2 masalah rumahtangga dia ceritakan pada ibunya, namun tak pula berbincang dengan saya. Memang saya tertekan.

Saya tahu, saya ok saja kalau kami bercerai. Saya ada kerja dan saya dah biasa menguruskan anak sendiri.. Dia dah keluar rumah 4 bulan lebih..

Tapi hati saya mengatakan dia sekarang dalam keadaan tertekan kerana tiada pekerjaan dan pengaruh ibunya.. Dan ibunya dah tak mahu menerima saya mungkin kerana sejarah depression saya.

Kata orang, dia dah tak sayang saya, kalau dia sayang dia akan usahakan jugak untuk berbaik dengan saya. Tapi kata hati saya, dia pun tak mahu ini berlaku tapi mungkin tekanan dari ibunya..

Tapi mungkin juga dia betul tak sayang saya, saya tak tahu dan saya keliru kerana dia tak pernah terang2 mengatakan dia dah tak sayang atau tawar hati dengan saya.. Dia cuma mendiamkan diri sepanjang masa.

Sepanjang 4 bulan dia selalu datang bertemu anak, tapi tak ada perbincangan antara kami.. Saya sering luahkan perasaan dalam mesej tapi tak pernah dibalas..

Bila berdepan, saya jadi sedih dan tak mampu nak berkata2.. Saya masih sangat sayangkan dia, saya pujuk dia fikirlah anak2 tapi dia mahu teruskan juga.

Jadi, saya nak minta pendapat semua.. Jika di dalam mahkamah saya katakan yang saya tidak setuju dengan perceraian ini, apa yang akan berlaku?

Saya ada juga rasa, biarlah lepaskan dia tapi memang betul hati saya tak rela.. Demi anak2 kecik kami dan saya sendiri yang masih sayang, saya sangat sedih mahu bercerai.

Dan, jika berlaku perceraian antara kami, saya mahu sedikit nasihat macam mana nak move on atau terima hakikat ni. Kami dah berkahwin lebih 7 tahun dan ada 3 orang anak.. Yang kecil baru setahun.

Saya memang amat sayangkan dia, dia ayah yang baik, dia juga suami yang baik cuma dia agak sibuk dengan urusannya dan banyak mengabaikan saya, serta masalah komunikasi yang teruk.. Dan juga masalah dengan ibunya.

Kalian, nasihatkan saya.. Saya cuma mahu sedikit semangat untuk berhadapan dengan dia yang saya sayang. Doakan kami.

– Haura’ (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *