Terima kasih kerana sudi siarkan artikel aku ini. Aku Adik (bukan nama sebenar) telah 3 tahun berkahwin dengan jejaka pilihan ku yang kami kenali selama belasan tahun.
Alhamdulillah ibu bapa suamiku juga merestui hubungan kami dari zaman kami belajar. Tetapi itu semua sebelum berkahwin. Nampak indah. Tetapi benarlah kata orang, semasa bercinta dan berkahwin penerimaan mertua itu berbeza.
Pada awal perkahwinan semuanya ok. Aku tiada masalah dengan arwah abah mertua (kini telah meninggal). Arwah sangat supportive dan penyayang. Tetapi perubahan ini berlaku pada emak mertua ku.
Memasuki 5 bulan berkahwin dan ketika Ramadhan hampir menjelma, semuanya berubah especially emak mertua.
Ada sesuatu berlaku pada keluarga mertua di mana hal tersebut berkaitan adik ipar ku dan kekasihnya (kini berkahwin dengan orang lain). Hal itu adalah berkaitan mungkin ada yang tidak suka mereka bercinta berdua.
Dan hal itu terpalit pada ku sekali. Di mana orang yang tidak dikenali itu menghantar surat bukan-bukan ke rumah ku. Dan aku juga merasa jelik kerana melibatkan orang lain pula.
Apa yang membuatkan aku dan mak mertua renggang (aku dapat tahu dari kakak iparku) ialah aku telah menekankan suara ku ketika berborak dengan dia hal adik ipar ku iaitu anak kesayangannya.
Macam mana tak tertinggikan suara, aku sedang menggosok baju dan mak mertua ku sibuk berbincang dengan ku hal ipar dan bakal menantu kesayangan tak jadinya. Dari situlah mak mertua ku menjauh.
Tiap kali aku dan suami balik kampung, mak tidak melayani ku lagi. Sepatah aku tanya, sepatah dia jawab. Kadang kala aku di ruang tamu, dia duduk di bilik atau dapur.
Situasi itu berlaku selama 3 bulan. Dan hampir 3 bulan itulah aku tidak dapat menahan sabar ku dek perlakuan mak mertua ku.
Semasa di kampung, aku dapat tahu dari kekasih iparku yang mak mertua ku bercerita mengenaiku.
Dia mengatakan aku ini baru jadi menantu sudah berani tinggikan suara padanya walhal anak-anaknya tak pernah tinggikan suara pada dia (padahal anak kesayangannya selalu saja aku dengar bila bercakap dengan mak dan abah dalam nada menekan dan marah).
Selain itu paling aku terkejut mak membuka aib dan bercerita tentang sifatku. Katanya aku ini bajet bagus, selalu saja betul dan garang.
Dan tambahnya pula aku ini ialah “orang luar” walaupun sudah 5 bulan menjadi isteri kepada anaknya. Kekasih anaknya itu belum jadi menantu tetapi sudah diceritakan tentang hal menantu.
Dan kerana istilah ‘orang luar’ itulah aku tak pernah anggap aku adalah menantunya. Hanya dengan arwah abah saje aku merasa jadi menantu.
Apabila aku tahu mak menceritakan hal aku kepada bakal menantu kesayangannya, aku segera ajak suamiku pulang ke rumah.
Masa tu abah terkejut kerana begitu awal kami pulang. Sampai di kampung malam tadi. Mahu pulang tengahari esoknya. Ketika di pintu rumah, aku mengatakan pada mak apa yang aku tahu dan perlakuannya pada ku selama 3 bulan ini.
Ketika di rumahku dan selepas sahur, kakak iparku menghubungi ku menjelaskan apa yang mak berkecil hati denganku. Kakak ipar menceritakan hal menggosok baju.
Selain itu aku terkejut apabila mak mengatakan yang aku tidak kemas rumah, memasak (aku tak pandai masak tapi aku membantu kopek bawang segala), tidak basuh pinggan.
Dan semua itu adalah fitnah atau semasa aku membasuh, mengemas rumah kemungkinan mak mertua ku tidak nampak. Padahal bajunya yang berlonggok, akulah yang lipatkan.
Paling sedih part suami. Sudahnya disalahkan aku pula. Sedangkan emaknya melalut sampai ke fb ku. Paling kelakar katanya aku selalu update pasal ahli politik kesayangannya. Sedangkan aku hanya share tentang ahli politik tu sebab kelakar. Tapi dia tak boleh terima.
Aku ambil pendekatan lantak kau. Tu fb aku. Tiada langsung aku di pihak suami sedangkan aib isteri terlondeh disebabkan mulut emaknya.
Ok part lain pula.. Setel hal terasa hati dan bermaafan ketika raya, kami menjalani kehidupan seperti biasa. Aku berhati-hati dengan mak mertua untuk setiap perilaku dan kata-kata.
Aku layankan sahaja rutin tiap hujung minggu balik ke kampung suami. Masa tu aku boleh terima sebab nak jaga arwah abah yang sedang sakit. Sampaikan ibu bapa ku sendiri berkecil hati. Tapi aku sudah pahamkan mereka dan mereka ok.
Emak mertua aku ni sejenis yang segala benda nak ditentukan. Punyalah fikir agaknya aku ni tak bagus jadi isteri sehinggakan baju raya aku suami isteri pun nak dibelikannya.
Katanya pada suamiku tidak apa pakai sedondon setema dengan emak dan adik beradik yang bujang selagi kami tiada anak. Wah, masa bercinta jarang kami pakai sedondon, jadi bila berkahwin ni la aku fefeeling nak merasa sedondon dengan suami dan pilihkan baju raya kami.
Aku pesan pada suami supaya sampaikan pada emak yang kami beli sendiri nanti. Tapi aku dengar emaknya berkata “kau kalau nak beli baju, beli baju jenis kain sekian2. Macam ni tak panas”. Aku rasa loser betul jadi wife. Rasanya taste aku lagi elok dari dia.
Tahun kedua raya, sebelum 2 minggu raya, abah pergi selamanya. Sepatutnya giliran aku tahun ni beraya dengan ibu bapa. Tapi sebab ada kematian, kita hormat dan ke belah suami. Rupanya tak habis lagi isu baju raya.
Mak request pada suami untuk pakai baju arwah abah. Lagi pelik, bila sampai sahaja di kampung pada petang raya, dalam bilikku ada baju kurung sama tema dengan mak mertua. Untuk aku kata birasku kerana salah beli size.
Oh, boleh pula beli size aku dan warna tema sama dengan mertua. Seperti disuruh oleh seseorang dan dirancang. So aku malas nak gaduh dengan suami, aku layan lagi drama tahun kedua ni. Itu belum aku story rutin raya mereka yang bersalaman dan berphotoshoot ala retis.
Tahun yang sama lepas kejadian raya. Berlaku drama lagi di hujung tahun. Ipar duai dan biras nak bawa mak mertua holiday selepas habis edah. Malam sebelum bercuti, emak mertua ku mengeluarkan drama skrip di wasap group family mereka setelah aku bergurau bersama suami dalam wasap group.
Peliknya bila part anak menantu lain bergurau tak kiralah di komen fb atau group wasap, boleh pula mak mertua ku ini bergelak tawa sekali dan membalas dengan gurauan.
Tapi part aku, dia akan keluarkan hadith, hukum Allah dan skrip2 drama. Aku bosan dan left group family mereka. Dan sehingga sekarang aku tak pernah masuk semula group tu.
Sebabkan bengang dengan skrip mak mertua, aku beritahu suami tidak akan join holiday mereka. Suami sangka aku bergurau.
Tapi bila tiba hari kejadian ternyata benar aku tetap tak nak pergi dan mengatakan maknya cari pasal. Aku bosan nak hadap. Suami ku mengamuk dan itulah first time aku lihat dia marah.
Dia cuba kawal emosi dari membaling aku dengan remote control. Aku mengatakan yang dia tak pernah ada di pihak aku jika aku mengadu pasal maknya. Puas gaduh, suamiku pergi juga bersama familynya. Suamiku ini memang akan utamakan family dari isteri. Ok, aku melayan kecewa sendirian.
Hari kedua holiday juga, suami lebih rela join familynya makan malam instead of nak berdamai dan berbincang denganku. Paling aku geram, kakaknya siap call tanya suami ku nak join makan malam tak.
Bukannya nak jauhkan diri sementara bila kau tahu adik kau sedang ada masalah. So aku decide nak cerai sebab aku memang da boleh nampak apa akan jadi jika aku teruskan dengan suamiku lebih-lebih lagi dia berpihak pada familynya.
Keesokan paginya, aku bersiap hendak ke MAIJ untuk kaunseling dan bawa ke tengah tapi suamiku halang dan akan selesaikan dengan emaknya apa yang aku tak puas hati.
Jujurnya, jika di rumah kami berdua, aku happy orangnya. Kami bergurau, bermanja walaupun belum ada rezeki anak.
Dan itulah yang disampaikan kepada emaknya. Dan mengatakan yang aku minta supaya emaknya jangan terlalu campur urusan rumahtanggaku sperti urusan baju raya, burukkan aku pada orang lain.
Ok aku puas hati. Dan emaknya behave untuk 3 4 bulan je. Lepas tu buat lagi di tahun ketiga.
Tiap kali masuk tahun baru, hanya awal tahun saje yang tenang. Yelakan da hujung tahun berdrama. Raya dan hujung tahun paling mendebarkan kerana kerap ada drama.
Drama tiap-tiap minggu seperti kerap balik kampung, kerap call suami tanya balik tak minggu ni, disuruh balik kampung untuk pergi kenduri tahlil, kahwin. Bak kata confessor sebelum ni, hanya belah suami saje yang ada kenduri.
Pernah ya aku suami isteri balik kampung Jumaat malam. Hari Sabtu tengahari mak arahkan kami balik ke JB supaya dapat hadirkan diri ke jemputan. Ntah tak ingat aku saudara atau kawan. Sebab kerap sangat kenduri kena attend.
Jadi aku bengang dan minta suami cakap elok-elok pada emak tak bolehkah suruh adiknya yang di JB attend ke kenduri tersebut. Kita balik nak jaga dia. Dia plak halau suruh pergi jemputan. Slow je suami aku tanya. Itulah sifat suamiku yang terlalu jaga hati ibunya.
Lalu maknya menjawab “si polan tu kerja, dia penat, dia tu tidur je. Tak boleh disuruh. Kesian dia”.. Allah sakit hati aku dengar jawapannya.
Prinsip mak mertua aku ni tiap kali dapat jemputan tak kisahlah jemputan apa pun mesti kena datang. Katanya nanti kita buat majlis orang tak datang. Masalahnya yang kena datang ke jemputan tu aku dan suami. Fuhh..
Masuk tahun ketiga ni, musim PKP 1.0. Tersekat di kampung dan tak boleh rentas negeri dan daerah. Lagi double sedih aku. Raya tahun kedua tak dapat raya bersama family kandung.
Tahun ketiga qada tahun kedua pun tak dapat sebab PKP. So beraya lagi di kampungnya. Alhamdulillah tiada drama sebab mak n ipar da ambil pengajaran daripada apa suami tegur walaupun kadang tersasul asyik nak sedondon dengan suami.
Tapi bulan july 2020, terjadi salah paham antara aku dan suami saje tapi mak dan kak ipar masuk campur pula. Gayanya nak meleraikan dan menasihatkan.
Tapi maknya palitkan benda lain pula. Siap cakap family aku sombong, mak aku sombong (padahal mak aku baru sembuh stroke), cakap pasal media social aku.
Wah bertambah bengang aku.. Terus aku ambil pendekatan unfriend emak, kakak dan ipar ku yang lain. Semak aku rasa. Kau update n share takpe. Aku share tak boleh. Katanya saudara mara lain tengok. Padahal aku share yang kelakar kadang pasal ilmu agama.
Pernah aku share pasal hukum bilik kelamin dan ada la sedikit caption. Aku cakap “dulu aku pun tumpang tidur di bilik kak ipar semata nak aircond. Rupanya tak boleh dalam islam. So bilik aku pun janganlah ada orang tidur lepas ni”.
Eh jadi topik mak dia jugak. Kita ni kan family dari latar belakang berbeza. Cara pun tak sama. Macam belah suami suka tidur berjemaah, meriah di ruang tamu beramai-ramai campur mahram tak mahram. Aku pula pakai tudung kalau ipar dan biras lelaki ada di rumah mak.
Jadi agak tak selesa aku nak tidur berlonggok kat depan dengan bertudung bagai. Rambut aku pun nak bernafas. Asyiklah seharian berkepam je. Dan family mereka open je kalau nak tumpang tidur bilik sesiapa walaupun bilik kelamin. Aku jela pantang tak nak camtu lagi.
Bila da unfriend kat fb ni rasa tenang nak share pape. So bila dia cakap hal family aku sombong segala, aku memang marah. Padahal da elok family aku layan cuma takde karpet merah je. Takkan nak borak sambil belai plak. Family aku pun pening dengan mertua aku ni.
So dijadikan cite, kemuncaknya ialah hujung tahun lepas. Paling terkesan dalam hidup aku. Sebabkan mak dia baru dapat menantu perempuan, aku mulalah rasa trauma dan over thinking pasal mak mertua aku ni cakap hal aku.
And yes ternyata betul. Suatu hari aku ambil phone mak dia dari anak buah (ya aku tahu salah sebab spotcheck phone mertua). Aku laju scroll wasap di antara mak dan menantu barunya dan search nama aku. Ternyata telahan aku benar belaka.
First, mak mengatakan kepada menantunya yang aku ni sensitif soal zuriat sedangkan aku ok saje dan happy walaupun belum ada rezeki soal itu. Dikatanya jangan ditanya soal zuriat kepadaku, tak boleh.
Kedua, emak mengatakan aku menyibuk dan kepoh hal menantunya mengandung. Untuk pengetahuan, aku pun tak tahu kenapa hal mengandung hendak dirahsiakan dan aku pun takdelah kisah sangat. Sedangkan aku tak tahu menahu yang biras ku itu sedang mengandung.
Pernah aku tanya di ig tapi aku padam kerana takut dia tidak mahu berkongsi dengan ku dan hanya mahu berkongsi dengan mak dan yang lain. Tapi aku tahu dia mengandung pun dari mulut mak. Mak yang announce di rumah anaknya tapi dikatanya aku lah yang menyibuk.
Aku tak sanggup baca banyak lalu aku sabarkan hati. Dan aku terasa bila kehadiran ku di rumah mertua rupanya menyukarkan mereka untuk berborak dan bergembira. Aku ambil keputusan untuk wasap adik ipar lelaki (suami kepada birasku yang emak bercerita dengannya).
Aku hanya meminta nasihatkan emak supaya tidak perlulah mengata aku sedemikian rupa, itu ini dan sebagainya.
Tapi ntah kat mana silap, bila aku cakap yang aku tahu kerana baca wasap maknya, terus dia maki aku dengan pukimak, celaka, perempuan sundal, betina sial dan banyak lagi makiannya sehingga ingin membunuhku.
Mujurlah kejadian itu berlaku melalui telefon. Kalau mahu bunuh pun aku persilakan. Yang tak dapat azankan anak ialah kau.
Paling sedih semasa dimaki, suami ku hanya terpaku mendengar makian itu. Dan banyak lebihkan familynya. Da la semasa aku dimaki, aku sedang berpantang tanpa baby. Perit rasa. Kejadian ini menyebabkan aku nekad ingin bercerai dengan suamiku.
Seminggu aku tak balik rumah dan mencari bilik sewa untuk pindah keluar dari rumahku. Paling kelakar, adik beradik suami siap bermesyuarat kononnya ingin menyelesaikan masalah padahal menambahkan keruh keadaannya.
Mestilah di sebalik perbincangan, aku yang disalahkan dan emaknya seperti biasa play victim. Kata mereka, aku yang buat emaknya. Ok aku layankan saje.
Selama aku berkahwin dengan suami, jarang untuk suami mendengar luahan ku tentang familynya. Sebab itulah bila aku takde tempat meluah, aku buat status wasap secara private dan tujukan pada mereka.
Dan itu sajelah bukti yang mereka simpan jika aku bawa ketengah. Sedangkan bukti aku tentang mereka juga terkemas rapi.
Dipendekkan cerita, aku dan suami tidak bercerai. Kami ambil kata sepakat. Aku dengar nasihat kawan2 yang lebih tua dari aku dan berkahwin lebih 10 tahun memberi ku nasihat.
Oh ya, kejadian terakhir inilah baru family ku sendiri masuk campur tapi tidaklah sampai bermesyuarat macam mereka sehinggakan anak di overseas pun balik untuk menyelesaikan masalah ini. Sepatutnya mereka diam saje.
Dan apa kata sepakat dari kami berdua ialah, aku takkan jejakkan kaki ke kampungnya lagi waimah ada kematian, kenduri kahwin sekalipun.
Yelakan da kena maki kaw2 macam tu takkan aku kena tunjuk muka lagi. Lagi pun mak mertua aku cakap “semoga aku mendapat hidayah, bersihkan hati dan cermin diri”.
So aku sedarlah betina sial sepertiku ini tempatnya di mana. Aku pun da nekad tidak mahu terlalu buat baik. Dulu, aku ada jugak nak tambat hati mertua. Aku surprisekan birthdaynya, belikan kasut yang selesa untuknya.
Tapi takpelah ini hasilnya untuk aku. Dan paling berkesan aku merasa sangat tenang bila aku ambil pendekatan untuk block segala call dan wasap family mertua, unsaved no mereka, block segala media sosial. Tenang aku nak share pasal ahmad maslan lepas ni.
Dan untuk elakkan mereka mengatakan aku stalk hal family mereka, aku juga leftkan suami dari group wasap familynya, aku block adik dia yang maki aku tu dari wasap suamiku dan aku juga blockkan fb family mereka dari suamiku. Dan alhamdulillah tenang.
Aku tak mahu seinci pun tentang kami berdua mereka dapat tahu.
Dah beberapa bulan aku ambil pendekatan sedemikian rupa, aku dan suami bahagia. Paling bahagia kami menantikan zuriat yang dinanti. Mungkin ada hikmah sebelum ni kenapa tak hamil lagi.
Mungkin stress dengan family mertua. Jika aku ini dianggap orang luar maka anak-anakku juga adalah orang luar. Jangan pula nanti anak lahir, drama lain pula. Dan-dan nak anggap anak aku tu darah daging. Yang orang dalam hanya suamiku je. Ambillah..
Jadi pesananku pada mereka yang alami masalah yang sama iaitu mertua, ingatlah. Kita ini tetap orang luar. Jangan cuba nak masuk dalam family mereka. Tak perlu terlalu nak buat baik jika kita tak diperlukan.
Pentingkan diri dan emosi sendiri. Kita berhak bahagia. Pada yang punyai mak mertua yang baik dan disayangi, bersyukurlah.
Yang senasib dengan aku, kita doakan saje supaya emak mertua kita boleh beri sedikit kasih sayang mereka. Kita menantulah yang perlu gap kan diri dari toxic ini semua. Semoga kita semua mendapat kebahagiaan.
– Adik (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit