Menantu Bukan Pilihan

Salam semua. Hari ni aku nak meluah menda yang terbuku di hati. Sebab menda ni takleh bercerita dekat orang apatah lagi dengan suami sendiri. Jadi aku tak perlukan kecaman aku just nak yang baik baik je.

Aku di hujung 20 an, Alhamdulillah kerja aku okay bergaji lebih kurang dengan suamiku. Kami merantau ke ibu kota dari pantai timur.

Apa yang aku nak luahkan adalah tentang sesaknya dadaku berkenaan dengan ibu mertua ku seorang ni.

Sebelum tu aku nak tanyalah pendapat korang. Kalau korang ni seorang ibu mertua yang menharapkan anak untuk ke sana ke sini walhal beli barang pun.. korang akan berbuat baik tak dengan menantu atau buat hantu jugak?

Aku cerita dari recent things yang terjadi la dulu ya.

Aku ni seorang yang suka beri hadiah, dan suka beri sedekah. Anak buah pun setiap kali jumpa aku kasi RM50 sorang sebab aku pun takde anak lagi. Dan Alhamdulillah aku amalkan beri sedekah pada keluarga terdekat sebab saudara kan.

Tapi pada hari raya baru ni aku berfikir-fikir nak bagi tak hadiah raya + duit raya ke mak mertua aku ni. Sebab punyalah aku tak suka pada dia.. sampai aku teragak agak nak kasi.

Tapi aku bagi jugaklah sehelai tudung neelofa, baju neelofa dan kasut serta duit raya. Tapi sampai kesudah ya tak pakai.

Bukan apa, aku start fikir fikir ni sebab aku rasa cam eh aku ni bukan jenis kedekut tapi aku teragak agak nak kasi. Sebab apa guyss haa sebab aku ni bukan menantu pilihannya.

Maksud kat sini bukan dia ada pilihan menantu dia, tapi masa aku nak kahwin dengan anak laki dia tu dia tentang habis habisan. Family aku yang datang ke rumah untuk berbincang soal kahwin sebab kitorang dah tunang dah masa tu.

Yang kelakarnya kitorang dah tunang pastu sampai kesudah dia takde cerita apa2 pun pasal planning untuk kahwin. Takde tanya persiapan kahwin, bila nak kahwin, ada set date ke dan semua tu. Ibu mertua ku dengan 1 fam adik beradik bakal suami aku masa tu takde tanya.

Then bila aku dah decide tarikh, tiba2 jadi gunung berapi meletus tak stuju nak tundakan tarikh. Selepas pelbagai kejadian barulah selesai putuskan tarikh.

Aku dah ajak buat gabung majlis sekali. Tapi belah dia tak nak then takpelah. Lepastu aku je tau financial suami macam mana, tapi dia kata kalau dia nak kumpul duit boleh je. Tapi entah lah aku tak rasa nak buat salah satu sebab nya adik beradik dia tak supportive langsung.

Entah la mungkin setiap family lain lain tapi family aku kalau ad ahli keluarga yang kahwin, adik beradik akan sumbangkan semampunya.. ada yang sponsor goodies ada yang sponsor khemah etc.

Masa aku kahwin haritu sebab aku baru habis belajar banyak gila kakak kakak aku sponsor sampai ada sorang sponsor nak dekat 1k untuk kuih saja.

Nak dijadikan cerita baru baru ni.. aku berceritalah pasal kenduri belah lelaki family aku yakni adik lelaki aku bulan 8 nanti. Masa tu kitorang tengah balik dri keluar berjalan, masa tu dalam kereta. Tiba-tiba mak dia cakap ‘kau taknak buat ke A?’

Pastu suami aku balas lah taknak..

Pastu mak dia cakap ke aku ‘dengar sndiri eh A yang tak nak buat.. nanti esok lusa jangan kata ibu yang taknak buat. Nanti buat surat sign sndiri sndiri..tulis A yang tak nak buat bukan ibu.’

Entah lah weh. Aku kan sebenarnya tak kisah pun walaupun yelah jealous la jugak tengok orang lain ada dua kenduri kan tapi sebab kenduri aku haritu pun dah penat nak mampus dah takde kudrat nak handle lagi satu jadi aku kuburkan je..

And suami aku pun nak gantikan dengan menda lain, dia bagi aku gelang emas satu lagi, bulan depan gi oversea, hujung tahun nak gi oversea lagi. Jadi menda tu mengubati aku.

Tapi menda yang buat aku terasa ialah cara MIL aku tu cakap. Terkedu jugak la kitorang laki bini time tu. Sebab keluarga dorang bukannya kekurangan pun.. ayah suami baru dapat duit hasil jual tanah 160k.. pastu mertua baru tukar gelang emas.. entah lah.

Bila ditanya suami memang majlis tak support langsung ke? suami cakap entah la sebab adik beradik dia dulu ada je mak dia gadai emas.. tapi tang kita takde buat pulak. Sebab kenduri tu bukannya kitorang nak sangat.. Lebih pada mak dia sebab mak dia kata segan orang kata tak jemput ke majlis.

Pastu mak dia selalu pesan kalau jalan2 tu jangan pegang tangan sangat nanti ada saudara ke apa nampak kata apa pulak.

Aku ni kalau MIL baik penyayang pada aku.. eh takk takyah baik.. cukup buat aku mcm anak dia sndiri sebagaimana mak aku buat kat aku pun dah bersyukur.

Aku ni kalau ikutkan boleh je bawak MIL aku ke mari ke sana masa husband aku tengah kerja, sebab aku kerja waktu shift lain jadi hari kebiasaan weekday tu aku cuti lah.

Nak gi ke pasar ke ke bandar, dating berdua tu boleh sangat. Belanja shopping ke cafe hopping ke, sebab MIL suka berjalan2 cari makan gak tapi kene mengharap anak dia bawak lah.

Anak dia mostly busy, kami pun balik jarang2 sekali. Entah la aku pernah baca, rugi sebenarnya jadi mertua yang tak disayangi menantu. sebab kalau menantu suka.. dia yang akan ajak balik selalu, jumpa selalu. Mertua pun akan turut happy sebab boleh jumpa anaknya selalu.

Pastu dengan peel dia nya yang macam macam.. kadang aku fikir perlu ke dia berleter dengan menda yang tak perlu?

Ada sekali tu, kitorang keluar makan breakfast. Kedai tu viral, jadi banyak kereta lah. Pastu ada jumpa parking dekat.. so kitorang park lah.

Pastu dia berleter kata ‘bukannya korang ad anak pun nak park dekat2 macam pak ji (abang pada suami, sebab dia selalu datang kedai tu jugak park dekat2 sebab ada anak 4 orang)’

Pastu suami jawab lah, dah ibu dengan ayah kan warga emas boleh je park dekat dekat’ Pastu mertua jawab ‘dah bukannya takleh berjalan’ lepas tu terus berleter sampai aku cakap ‘Alhamdulillah! dah sampai terus turun’

Entah la nak cerita pun banyak lagi cuma rasa kelakar yang manusia camni masih wujud lagi.. aku sampai rasa kalau esok2 dia sakit nanti aku taknak pun jaga.. sebab bila aku sakit dia tak pernah tanya aku okay tak.

Ada sekali tu aku tengah cirit birit sakit perut sangat2. Keluar masuk tandas berkali2 tapi esoknya kitorang ada staycation.. jadi aku kne bungkus makanan.

Aku teringat dulu ada bawak satu sos pedas ni, aku nak bungkus la bawak ke staycation tu. Aku tanyalah mertua aku tu, mana sos tu.. pastu dia tunjuk. Pastu aku tengok la expired date dia, masa tu dia tanya ‘aik kata sakit perut’ sambil senyum sinis.

Sebab masa tu raya jadi aku banyak duduk dalam bilik sebab sakit perut dia rasa aku saja elak taknak duk dapur kot. Masa tu entah la korang rasa marah mendadak gila kitanya sakit perut sangat2 pastu kena tegur camtu berapi la jadi nya. Bukannya nak tanya okay tak perut tapi ditanya menda lain.

Itu je kot luahan setakat ni, huhu..

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Dah kahwin dah pun..mcm ni lah..kalau awk cr kesalahan mertua mmg mcm2 akan timbul.cuba cr kebaikan dia pulak.

    Kurang2kan lah menghukum org agar hati lapang.Diri kita sendiri pun psti banyak salah nya…

    Fokus pd diri bkn pd org lain..
    Iblis ni mmg akan selalu nak manusia saling membenci berpecah belah..muhasabah..banyakkan istigfar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *