Menantu dan Mertua

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Aku harap korang dapat share pendapat atau cadangan atas dilema yang aku dah hadap bertahun-tahun ni. Seriously tahun ni hati aku betul2 remuk dan kecewa dek ego seorang lelaki bernama suami.

Aku seorang isteri yang dah 9 tahun mengalah dan menahan rasa hati hanya kerana ibu mentua. Setiap 2 tahun, kami suami isteri akan beraya asing sebab suami tak nak ikut giliran. Maksudnya, masa turn belah dia.. aku mengalah ikut beraya dengan dia. Bila turn belah aku, dia tetap akan beraya dengan ibu dan family dia.

Alasannya, ibu dia beraya sorang2.. tapi hakikatnya ada je adik2 ipar aku beraya dengan mentua, dia cakap keluarga aku merimaskan. Rumah mak ayah aku panas sebab tak ada aircond macam rumah ibu dia.

Pendek kata sejak kahwin, dia selalu bersangka buruk dan pandang rendah pada family aku. Dia sentiasa meletakkan ibu dia, adik beradik dia yang pertama dalam semua benda. Aku ni rasa macam dimadukan dengan ibu mentua dan family suami. Sebab aku selalu jadi yg kedua dan ketiga dalam semua hal.

Tahun ni aku beraya berdua je dengan anak. Aku dan suami dah janji kami akan balik semula ke rumah kami pada raya ketiga. Tapi bila aku mesej suami, dia kata dia nak bermalam lagi semalam di melaka dengan ibu dan adik beradik dia. Semalam dah bermalam di KL. Siap tidur hotel bagai.

Suami aku ni meniaga. Raya je dia akan cuti selama seminggu. Selebihnya meniaga dan kerja. Kami langsung tak berpeluang nak bermalam atau ke mana2. Aku dah beberapa kali pujuk dia untuk bawak aku dan anak ke mana2 hotel untuk bermalam masa raya ni sebab dia cuti seminggu. Dekat pun tak kisah asalkan anak happy.

Tapi dia langsung tak pedulikan kami. Tau-tau jer spend sehari lagi dengan family dia kat melaka malam ni. Kalau korang kat tempat aku, apa korang rasa?? dah la dia langsung tak mesej, call atau update selama 3 hari ni.. yang dia tak jadi balik hari ni pun sebab aku yang mesej tanya.

Aku dengan anak yang seharian terperuk kat rumah ni dia langsung tak ambik kisah. Aku siap menangis bila pandang muka anak yang tengah tidur tadi. Kesian dia.. kalau orang buat kat aku, aku boleh tahan lagi. Tapi tahun ni sebab anak, aku jadi rasa sedih sangat-sangat.

Hati jahat aku dok terfikir, takkan la ipar2 aku, mentua aku langsung tak ingatkan suami pasal kami ni. Diorang tak rasa ke diorang macam ambil kesempatan atas sikap mengalah aku selama ni. Ye, aku tahu syurga dia pada mak dia. Sebab tu aku mengalah beraya asing2 macam ni.

Tapi aku terkilan sebab seolah2 family suami aku ni macam langsung tak fikirkan pasal kami yang ditinggalkan ni. patutnya diorg suruh la laki aku balik awal untuk jenguk kami kan.. dah la jiran2 ramai yang masih belum balik dari kampung. Sunyi je kawasan taman rumah aku ni haa..

Aku sebenarnya dulu tinggal dengan mentua. Masa tu aku cuba jadi menantu yang terbaik walaupun banyak dugaan. Tapi bila lama2 suami terus menerus abaikan dan tak hormat pada family aku. Aku jadi keras hati dan berdendam. Aku jarang-jarang jenguk mak mentua aku.

Tapi tu la, macam mana keras hati aku pun, aku tetap pergi jenguk dan bantu mak mentua aku bila dia perlukan pertolongan. Sebab aku dah anggap dia macam family sendiri kan.. dalam dok marah tu, aku still lagi masih sedar mak dia adalah syurga bagi dia.. suami aku pulak setahun sekali je datang rumah aku sebab raya.

Walaupun rumah mak ayah aku belakang rumah mak dia jer. Dia langsung tak nak berbaik dengan family aku. Even adik aku kawen pun dia tak datang. Aku tak tau la sebenarnya aku ni isteri dan menantu yg teruk ke macam mana. Tapi aku memang rasa makin tawar hati dengan semua ni. Bagi aku, family aku lebih penting sebab bila aku susah selama ni, diorang la yang ada dengan aku, bantu aku macam2..

Suami aku asyik busy 24/7 dengan family dan bisnes dia.. memang selama ni mak ayah dan adik2 aku yang banyak bantu aku dalam banyak hal. Aku kadang2 terfikir nak bercerai jer. Sebab tak tahu la sampai bila aku nak mengalah dan biarkan orang sakitkan hati aku macam ni. Ada laki pun macam tak ada je.. semua benda aku kena berdikari dan tanggung sorang2. Baik tak payah ada laki kan.. entah laa..

– Isteri kecewa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *