Untuk part I, (https://iiumc.com/menantu-favourite-walaupun-bekas-janda-seksi/).
Assalammualaikum.. Wah tak sangka mendapat perhatian ramai confessionku kali ini.
Biasa hanya membaca confession-confession lain yang lebih kontroversi tak sangka tulisan tipsku untuk memenangi hati mertua mendapat reaksi positif juga negatif dari orang ramai.
Rata-rata yang komen negatif kecam dengan imej Bekas Janda Seksi yang pernah aku tampilkan dulu sebelum berkahwin baru.
Bukankah aku katakan itu imejku dulu masa bertemu suami tetapi selepas kahwin aku tampil sopan dan mengikut kesesuaian majlis walau belum bertudung sepenuhnya.
Yang komen positif dan berfikiran terbuka untuk menerima perkongsian kecil dariku aku ucapkan tahniah kerana anda telah selangkah mendekatkan diri ke arah perkara positif.
“Positif” ini magnet tau.
Berfikiran positif, bercakap perkataan positif, berkawan dengan orang positif akan membawa kita pada perkara-perkara positif. Percayalah!
Jangan buruk sangka dengan orang bila orang berkongsi perkara-perkara baik kerana ia mencerminkan hati kita yang tak bersih.
Berdoalah. Ucap yang baik-baik.
Mana yang baik kita follow dan mana yang tak baik kita jangan ikut. Kalau ada yang katakan “awak bernasib baik sebab menantu favourite buat apa pun mertua suka” anda silap.
Untuk jadi kesayangan kita kena usaha dulu. Ibarat nak memenangi pertandingan, score kertas ujian, atau masuk perlumbaan, kita kena mengenali, belajar, strategi, merancang dan mendekati sasaran kita sebelum dapat memenangi hati mereka.
Begitulah juga apa aku lakukan sejak pertama kali bertemu suami dan mertua. Mertua bukan instantly sukakan aku semudah petik jari.
Macam aku katakan “suami adalah anak emak” dan “umur 30 tahun baru berkahwin”, of coz sebelum aku beberapa wanita telah diperkenalkan kepada ibu beliau sebagai calon tapi tak ada seorang pun yang lulus piawaian.
Jadi boleh bayangkan tak betapa cerewetnya mereka demi anak lelaki kesayangan mereka.
Lupa pula aku ingin beritahu yang suamiku berduit, berkerjaya yang bagus, sudah ada rumah dan kereta sendiri semasa mengenali aku. Jadi biasalah ibu bapaku takut suami terpikat dengan perempuan pisau cukur.
Kalau aku di tempat ibu bapa mertua pun aku akan fikir perkara yang sama.
Ada salah seorang calon masih muda belia, 23 tahun, berhijab, bawa beberapa kali pulang bertemu ibu bapa mertua, adik beradik ipar dan orang-orang kampung.
Tetapi sebelah keluarga suami tak berkenan kerana wanita itu berat mulut dan lebih gemar main telefon daripada bergaul dengan mereka.
Malah wanita itu lebih gemar bermain Game di Telefon daripada masuk dapur.
Sampai suami sendiri sebelum bertemu aku dah rasa tawar hati dah nak kahwin, fikir nak fokus kerja dan cari duit banyak-banyak sebelum kami kebetulan bertemu 6 bulan sebelum beliau menginjak usia 30 tahun.
Setelah kami bercinta,seawal 2 minggu suamiku dah kenalkan aku pada keluarga beliau, ibu bapa mertua dan adik beradik.
Sebab dah beberapa kali hubungan gagal di tengah jalan dan tak ada calon yang ibu bapa mertua berkenan, jadi bila suami suarakan ingin perkenalkan aku, mereka agak skeptikal.
Namun, Aku percaya “first impression” itu sangat penting dan sedari awal aku sudah memainkan peranan untuk mempelajari sikap, bahasa tubuh, karakter ibu bapa mertua serta adik beradik suami.
Aku bertanyakan pada suamiku mereka bagaimana, apa yang mereka suka dan tak suka dan kaji latar belakang mereka sebelum diperkenalkan.
Memang jujur sesiapa saja di awal perkenalan pasti kekok tak tahu nak borak apa, tapi disinilah psikologi memainkan peranan.
Pertama kali aku sampai ke rumah ibu bapa mertua aku lihat banyak betul tanaman di halaman dan belakang rumah. Jadi aku mulakan dengan bertanyakan tentang tanaman-tanaman tersebut yang kelihatan sungguh segar bugar.
Terpancar ceria di wajah ibu bapa mertuaku apabila aku bertanyakan tentang tanaman mereka dan dengan rancaknya mereka bercerita tentang minat mereka berkebun sebelum ke topik-topik yang lain.
Malah mereka membawa aku ke kebun dan taman mereka bagi melihat sendiri bunga-bunga ros yang ditanam menjadi.
Apabila bertemu kakak ipar suami pula aku melihat dan mengkaji yang beliau sukakan mekap jadi topik yang aku buka dengan beliau adalah tentang di mana kakak iparku beli lipstik yang dipakai kerana nampak serasi sekali dengan tudungnya.
Terus beliau bercerita tentang beliau juga memang part time stokis kosmetik selain penjawat awam dan suka mempelajari tentang teknik mekap di internet.
Daripada nampak pendiam terus peramah habis kakak iparku bercerita tentang minatnya yang satu sehingga berkongsi beberapa makeup artist tempatan yang menjadi kesukaannya.
Itu antara sikit teknik psikologi yang aku gunakan di awal perkenalan bagi memenangi hati ibu bapa mertua dan adik beradik ipar. Nampak tak? Tak kenal maka tak cinta. Jadi kena kenal siapakah ibu bapa mertua kalian terlebih dulu.
Mustahil menjadi “Menantu Favourite” sekelip mata tanpa usaha gigih.
Kenapa aku berusaha gigih?
Ini kerana aku cintakan suamiku.
Sedalam mana usahaku memenangi hati ibu bapa mertua, sedalam itulah cintaku pada suamiku.
Suamiku juga menyayangiku tetapi dia juga sangat menyayangi keluarganya dan ada hubungan yang akrab dengan mereka.
Jadi kalau aku nak bersama suamiku aku juga kena belajar menyayangi apa yang disayanginya.
Ibarat kalau kita nak suami,kita bukan nak dia je, kita kena tambat hati keluarganya sekali.
Ini bukan pilihan ya wahai isteri-isteri sekalian.
Ini adalah kewajipan.
Malah mustahil sepanjang 3 tahun perkahwinan kami tak ada selisih faham. Pasti ada berlainan pendapat. Tapi aku dengar
nasihat ibu bapaku sendiri, walau berlainan pendapat just say sorry. Minta maaf dan salam cium tangan dengan merendah diri, insyaallah hati mereka pasti akan lembut dan hubungan akan kembali jernih.
Bukan bermasam muka lama-lama siap hasut suami jangan balik jumpa ibu bapa mertua atau adik beradik ipar. Cuba belajar menjadi orang yang pemaaf, buang yang keruh ambil yang jernih hubungan pasti akan baik.
Kalau kita bermasam muka lama-lama pun dapat apa? Hati suami tak tenang, tak bahagia tengok dua insan kesayangannya (isteri dan ibu) bergaduh bukan?
Jadi kalau kita kata sayangkan suami, janganlah buat dia risau kerana hubungan dingin kita dengan ibunya.
Apa yang aku cuba sampaikan pada pembaca sekalian. Apa pun yang kita lakukan dalam hidup ini kita kena ingat bila kita dah pilih untuk menjadi isteri, kita juga sekaligus ambil tanggungjawab sebagai menantu.
Ia adalah part and parcel being a wife. Nak atau tak nak kita kena cuba juga jadi menantu yang terbaik, isteri yang terbaik, anak yang terbaik, ibu yang terbaik.
Bukan beri alasan kalau mereka suka, sukalah. Tak suka sudah. Itu bukan jalan penyelesaian. Itu adalah ego. Lama-lama suami kalian juga akan tawar hati dengan sikap ego kalian.
Kalau nak berkahwin, buang ego.
Jangan kerana imej aku yang belum cukup sempurna di mata kalian, kalian rasa aku tak layak memberikan nasihat dan berkongsi pengalaman mengambil hati mertua. Terimalah nasihat yang baik walau dari sesiapa pun.
“Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil.
Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada taqwa.
Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al-Māidah)
Termasuk keadilan yang sangat utama adalah mengatakan kebenaran sebagai kebenaran dan menerimanya. Dari manapun datangnya.
Sekalipun dari musuh dan orang yang dibenci. Serta mengatakan kesalahan sebagai kesalahan dan menolaknya. Dari manapun datangnya. Sekalipun dari sahabat dan orang yang dicintai. Demikianlah manhaj dan sunnah Nabi beserta para Sahabat.
Aku kongsikan kisahku ini demi kebaikan untuk kalian yang ada masalah dengan mertua boleh pelajari.
Tak kira dari mana asal usul anda, sentiasa hormat orang lain, berfikiran positif, berani meminta maaf, mengalah untuk menang, ikhlas menyayangi orang lain,buang ego, terima ahli keluarga suami seperti keluarga sendiri, insyaallah orang boleh rasa apa dalam hati kalian.
Jangan rasa sudah kahwin lama 5-10 tahun kalian dah cukup bagus tentang perkahwinan dan tak layar ditegur. Lupakah kalian ramai pasangan akhirnya bercerai di usia tua sebab poligami, campur tangan mertua, ipar duai dan sebagainya.
Mana yang baik kita ambil, yang tak baik tak perlu ikut.
Harap confession ku ini menjadi panduan pada para wanita yang bakal berkahwin atau sudah berkahwin untuk mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa mertua dan adik beradik ipar.
– Sheila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit