Kadang kita tak perasan sikap kita yang membuatkan peluang untuk berlaku kerosakan dalam satu hubungan. Hai tiba-tiba masuk aku terus intro macam tu. Panggil aku D.
Aku dah berumah tangga lebih dari 10 tahun dan ofkos banyak lagi ruang yang perlu aku baiki. Anak pun dah makin membesar alhamdulillah. Dapat suami yang sangat supportive itu antara salah satu rezeki buat aku.
Ingin aku kongsikan cerita aku agar kita boleh berkongsi rasa supaya kita tak merasa sendiri dalam menghadapi masalah. Aku antara disayangi dikeluarga mertua. Kerana sikapku yang peramah pemurah.
Rajin masak rajin pg bercuti bawa mertua. Bukan nak angkat bakul sendiri tapi ini adalah ilmu yang ibu aku turunkan. Aku treat keluarga mertua persis suami aku memperlakukan keluarga aku.
Layanan suami aku terhadap keluarga aku skor dia A+. Dunia memang terasa sangat indah. Tapi suami aku kerap ingatkan aku supaya jangan berlebihan dalam memberi ruang kepada keluarganya.
Dia lebih mengenali mereka lebih dari aku. Sampai satu saat Allah bagi aku cukup tempoh waktu untuk bersama keluarga mertua. Aku dilanda ujian.
Difitnah dan dilemparkan segala tohmahan oleh keluarga mertua. Tidak kusangka ibu mertua yang baik rupanya dah makan dibelakang aku. Pemikiran aku sentiasa husnuzon.
Kalau orang tua itu bercerita aku anggap jela namapun orang tua. Jadilah pendengar terbaik tatkala dia bercerita. Kerana itu la sifat ibu ayah kita kan.
Saat aku sedang menghadapi titik terbawah dalam hidupku. Alhamdulillah Allah beri aku suami yang baik suami yang sentiasa ada disisi. Suami yang tatkala aku beri dia pilihan pergilah kepada ibu dan keluarganya, dia tetap teguh bersamaku.
Katanya orang yang memilih untuk diam bukan berarti dia kalah. Tapi biarkan Allah sahaja yang mengadili. Memang rasa dunia dah terbalik.
Sakit sangat bila kita yang pernah disayangi dalam tempoh singkat semuanya berubah. Aku ada 2 orang maid. Aku cuba tanya kepada maid ku.
Apa salah aku. Dimana kekurangan aku dalam melayan mertua ku. Makan pakai semua cukup.
Rupanya maid ku bercerita yang ibu mertua sering memburukkan aku. Setiap masa. MashaAllah.
Aku panggil bibik aku untuk bersemuka dengan suamiku agar mereka cerita sendiri apa yang mereka alami. Biar suami tidak berkata aku membuat cerita. Suamiku adalah suami yang baik mempunyai pekerjaan yang baik.
Mendidik keluarga dan anak-anak juga tiptop. Semestinya suamiku lahir dari didikan yang baik. Tapi kenapa mertua ku bersikap sebegitu terhadap isteri kepada anaknya?
Allahrobbi. Hilang akal aku pada masa itu. Dengan sikap mertua begitu ditambah dengan ipar duai aku yang menuduh tanpa bukti.
Menghina dan melemparkan kata- kata nista membuat dunia aku gelap. Aku bertahan. Aku bertahan kerana ada suami yang mendakap aku erat.
Aku dari menjadi menantu yang disayangi menjadi menantu yang dibenci hanya kerana rekaan cerita dari iparku. Sungguh dikala itu hanya Allah tempat aku adukan segala hal. Hanya Allah tempat aku lemparkan segala tangisan.
Hanya Allah tempat aku letakkan segala harapan. Aku ingatkan diri aku. Terjadinya perkara ini kerana Allah ingin kita sentiasa dekat dengannya.
Benda takkan terjadi tanpa izin Allah. Dan apabila Allah uji pasti ada jalan keluar. Setahun hidupku berlinang airmata.
Setahun hidupku mengenang apa kesalahanku sampai begini pengakhiran. Hatiku semakin pulih dan semakin kuat. Ditahap awal tidak ku maafkan mereka dunia dan akhirat.
Tapiii. Hidupku masih tiada ketenangan. Sampai akhirnya aku ubah mindset aku.
Sampai saat ini tiada kata maaf dari pihak sana. Jauh sekali aku datang menghulurkan kata maaf. Kerana sedikit demi sedikit Allah menutup ruang mereka didalam hatiku (seperti yang aku minta dalam doa)
Selepas itu aku mula memaafkan perbuatan mereka terhadapku. Dan dari situ ketenangan dan kedamaian hati datang. Indah rasanya.
Seperti satu beban atas dada yang menyesakkan, tapi beban tu dah takde. Lancar semuanya. Memaafkan perbuatan yang memberi impak positif kepada diri kita dan tindakan kita.
Setiap ujian yang Allah turunkan mematangkan kita dalam menghadapi situasi getir. Untuk waktu sekarang. Apa sahaja yang diperkatakan seperti air yang dicurah kedaun.
Aku maafkan tapi untuk aku bersama kembali sudah tiada ruang. Ruang dihatiku cukup buat suami dan keluargaku selain orang yang sentiasa menghargaiku. Circle ku semakin mengecil tapi inshaAllah lebih mudah untuk dijaga.
Walau aku tidak lagi menjengah kesana sentiasa aku ingatkan suami ku agar sentiasa “Pulang” dan jangan putus memberikan duit. Kerana tanggungjawabnya sehingga keakhir hayat. Alhamdulillah aku dah bangkit dari kejatuhan dan hati semakin tenang.
-menantu yang dibuang-
– D (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Allah pasti bersama dengan hamba2 Nya yang benar