Menantu Hitam

Saya Yana, tahun ini genaplah 17 tahun perkahwinan saya dan suami.

Yer kami kahwin atas suka sama suka. Dan kami sangat bahagia, dikurniakan 4 orang anak. Alhamdulillah suami sangat baik dengan saya.

Saya selepas berkahwin bekerja sekejap dan mentua cakap kalau gaji saya yang sikit tak seberapa tu lebih baik saya duduk di rumah menjaga anak2.

Yer saya hanya gaji saya ketika tu dalam RM1.7k.

Okla fine demi puaskan hati MIL saya berhenti kerja. Suami juga memberi duit poket & credit card.

Alhamdulillah suami menjalankan tanggungjawab dengan baik. Mother in law (MIL) saya ni duduk selatan. Saya di Utara, dan terus terang saya bukanlah menantu pilihan.

Kerana MIL merasakan anaknya terlalu segak dan saya tak layak.

Saudara mara adik beradik MIL mengatakan “menantu yang paling tak lawa adalah saya“…. Sebab suami ada 5 orang adik beradik lelaki.

Kesemua menantu2 MIL saya ni orang luar. So memang putih2 cantik2 hidung terletak. Agaknya sepadan la dengan anak MIL saya ni yang boleh kata “ada rupa ada pelajaran“.

Saya ni hanyalah wanita biasa and berkulit hitam manis. Disebabkan tanggapan cacian sebelah keluarga hebat, so MIL saya memandang saya dengan penuh rasa hina.

Mak mertua pernah kata depan saya sendiri. Yer dia hanya berani berkata bila saya dan dia sahaja ada.

Kalau ada suami tak pernah MIL nak memerli saya.

Dia kata kalau dipakaikan tanda hitam di dahi saya, saya seperti orang India dia kata. Disulami dengan ketawa kecilnya. Tergamam terkedu saya. Tak tahu nak husnuzon macam mana.

Saya memang jenis diam. Tak menjawab. Setiap kali berjumpa ada sahaja kata2 perli, cacian hinaan akan dilemparkan.

Hina sangatkah orang berkulit hitam?? Dan saya rasa suami saya tu tak buta lagi.

Dia memilih saya sebagai isteri mesti ada kelebihan keindahan kita tersendiri.

Saya mengadu dengan suami, and suami juga dah pernah slow talk dengan MIL agar menjaga tutur kata. Sebab saya seorang yang sensitif suami cakap.

Suami cakap, alah tak payahlah ambil hati. Biasalah dia kata. Tapi kita ni perempuan kita boleh tahu orang suka atau tidak.

Anak menantu yang lain, yang cantik yang putih tu ada ke menjaga my MIL? Yang hitam ni juga yang menjaganya bila perlu.

Saya tak berkira cuma saya tak faham. Kita bersembahyang, berzikir memohon keampunan. Tapi kenapa dalam masa yang sama kita menyakiti menghina ciptaan Allah.

Boleh kata apa yang saya buat nampak salah di sisi MIL.

Saya tak tahu nak husnuzon macam mana.

Dikatakan macam taik cicak bila saya berada di samping suami. Saya terlalu kurus, lemah lembik. Semuanya dijadikan isu.

Satu hari ni saya demam. Macam2 la kata saya tak pandai jaga diri.

Ya Allah salah ke saya demam. Saya terlalu penat ketika itu melayannya yang datang 6 bulan di rumah saya. Rupanya saya mengandung and akhirnya gugur (mungkin kerana stress).

MIL kalau boleh nak saya di sihat selalu agar dapat menjaga cucu dan anaknya dengan baik.

Saya husnuzon lagi. Mungkin dia nak jadikan saya ibu yang terbaik dan kuat semangat. Itu jela semangat yang selalu saya terapkan pada diri saya.

Saya tak pernah berdendam. Cuma saya sekarang tempoh berkecil hati selepas keguguran tempoh hari. Mungkin kerana saya terlalu stress ketika itu.

Dan ketika MIL ada di rumah tak tau la nak kata macam bibik dah kot saya. Menyediakan makan minum pagi petang malam.

Tapi takpela saya ok je sebab dah tanggungjawab kita sebagai menantu melayan MIL.

Saya menyantuni MIL, saya berusaha.

Namun kadang2 gugur juga air mata bila usaha penat lelah kita orang tak hargai walaupun dah 17 tahun.

Isu hitam tak cantik tak lawa tu pasti timbul kalau berjumpa.

Ya Allah lembutkan hati mereka agar mereka menerima aku seadanya ku.

Doakan saya agar di permudahkan dan saya sentiasa berlapang dada anggap ni ujian bahagian saya. Aamiin.

Saya memohon agar kita semua diberi kesedaran agar jangan menghina menilai seseorang dari fizikal.

Hitam, pendek, gemuk, kurus, bongkok semua tu ciptaan Allah Maha Esa…

– Yana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *