Menantu Itu Bukan Anak

Assalamualaikum. Terima kasih siarkan kisah aku. (kalau disiarkan) Aku Bella. Aku sudah berkahwin. Aku berkahwin sudah 8 tahun.

Aku ni tiada pelajaran tinggi seperti orang lain. Namun suami aku Aiman tetap ambik aku jadi bini walaupun aku serba kekurangan.

Bilangan family suami sangat laa ramai. Kebanyakkannya tidak bekerja. Aku sudah anggap mertua aku macam mak bapak aku sendiri.

Namun layanan dorang terhadap aku sangat laa biadap.

Pada mulanya aku happy masa tidur rumah mertua sebab adik beradik aku tidak sebanyak adik beradik suami.

Pada suatu hari tu aku masak. Sepanjang aku masak cara masakan aku berkali kali ditegur. Ini mesti masak macam ni. Yang tu mesti masak macam tu. Aku ikut je laa.

Selesai habis masak aku pun hidangkanlah namun seorang pun tidak menjamah kecuali suami. Sampaikan mak mertua cakap yang anaknya tidak makan ikan cuma makan ayam sahaja. Terasa memang terasa namun aku pendamkan sahaja.

Ada suatu hari tu suami belikan ikan tapi mertua yang masak. Semua makan weh. Mertua kata dorang tak makan ikan tapi bila aku masak sorang pun tak  makan. Aku biarkan benda ini berlalu pergi.

Tiba pula hari raya. Aku dan suami terlambat sedikit nak bersalaman dengan mertua. Mertua aku sangat laa marah ya sehinggakan dia tinggalkan rumah kosong dan terus pergi ke rumah sanak saudara.

Aku hairan selalunya dorang tak pergi rumah saudara raya pertama, namun pada pagi kejadian dorang pergi and nak protes.

Kami pergi ke rumah mak saudara suami untuk jumpa parent dia. Belum sempat kami masuk dia terus sindir dengan kata kata yang amat pedas. Aku nangis lepas je jumpa dengan mertua.

Hari raya pertama sepatutnya gembira namun tangisan yang aku dapat. Tapi bila anak dia lambat pergi bersalaman tak da pulak dia marah. Anak dia bersalam hari kedua raya. Aku yang lambat 1 jam kena sindir macam macam.

Ya Allah bila ingat balik sakitnya masih terasa.

Belum lagi cerita pasal zuriat. Aku lambat dapat zuriat. Aku dapat anak aku yang sekarang ni masa tahun perkahwinan kami yang kedua. Masa tu adik suami baru sahaja mengikat tali pertunangan.

Kami ziarah mertua namun aku kena sindir sebab belum dapat bagi dia cucu. Masa aku ziarah tu aku tengah mengandung. Masa tu suami nak surprise namun bertukar duka.

Adik suami baru je bertunang tapi mertua harapkan cucu dari adik suami. Maruah aku kena pijak pijak.

Namun bila cucu pertama dia keluar dia langsung tak jenguk cucu dia. Sepanjang anak aku hidup dah 6 tahun ni sekali je dia pegang and dukung.

Aku kesian dengan anak aku kurang kasih sayang atok belah suami. Zuriat yang lahir dari anak mereka dijaga dengan baik dan rapi. Yelakan anak dorang bekerja.

Aku ni tak  bekerja sebab tu mertua aku layan aku macam hamba dia.

Tidak habis dengan itu ya. Aku masih belajar masa anak aku masih kecil. Suami aku yang jagakan bila aku ada class. Pak mertua aku sangat laah marah ya sebab suami aku yang jaga.

Dia kata dia hebat as lelaki sebab semua jaga anak bini dia yang uruskan.

Bila suami dengar je terus suami marah and masuk bilik. Bila anak dia ada anak dia tak marah pun anak dia. Malam cucu dia tu tidur dengan mertua. Siang pun mertua yang jaga. Mak bapak dia goyang kaki je. Siang malam tak jaga harap mertua and adik beradik suami.

Kalau aku lambat seminit bukan main berjela sindiran dia. Satu lagi kejadian yang buat aku sampai nak minta cerai dengan suami aku. Aku give up dengan semua permainan.

Satu hari tu mak aku masak untuk bagi sedekah dekat orang. Aku cakap laa bagi dekat mertua gak. Kami bungkus dan bagi kat mertua. Namun masakan parents aku dikritik dan di hina. Dia cakap masakan parents aku tak  sedap. Kuah cair.

Dia bandingkan masakan isteri dia dengan masakan parents aku. Dia cakap masakan bini dia lagi sedap dari parent aku masak.

Kalini aku tak leh sabar dah. Masakan parents aku pun kena kritik. Lalu aku ambil keputusan nak cerai. Namun suami pujuk. Dengan macam macam cara. Alhamdulillah kami tak  jadi cerai.

Banyak benda terjadi dalam perkahwinan kami. Lagi lagi masalah mertua yang tak pernah habis. Motor suami kena jual oleh mertua untuk tampung hutang mertua. Loan mertua suami aku juga kena bayar.

Kadang aku tawar hati tapi aku masih bersabar sebab suami aku tersangat laa baik. Tiada cacat celanya. Suami aku laa yang backup aku dari cacian dan hinaan.

Banyak lagi yang aku belum ceritakan. Sampai sekarang aku dah tekad. Once terjadi lagi aku tak kan toleh ke belakang.

Yang benar,

Menantu bukan anak,

– Bella (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *