Menantu Ke Yang Salah?

Assalamualaikum wbt. Terbaca viral pasal menantu balik kampung pemalas tak buat kerja. Terpanggil untuk kongsi cerita saya.

Saya dan suami dah berkahwin 5 tahun. Ada dua orang anak. Suami saya dibesarkan oleh orang lain. Hanya selepas habis belajar suami saya duduk dengan mil.

Mil saya ada satu hobi, bela kucing dan ayam dalam rumah. Manakala saya pula penghidap asma & eczema teruk. Saya sangat alah dengan bulu kucing, sabun dan habuk.

Alhamdulillah suami saya seorang yang sangat baik. Dialah yang banyak bantu buat kerja rumah. Saya dan suami dua2 bekerja jadi kami saling kongsi kerja rumah.

Yang jadi masalah adalah bila balik rumah mertua. Kucing2 yang mil bela bukanlah kucing gebu yang bersih dan dipotty train.

Tapi ada yang berkurap, ada yang sakit mata, ada yang ada kutu babi. Dan semua kucing dibela didalam rumah. Tahi kucing dan kencing kucing sentiasa ada di pelosok2 hujung dinding.

Masuk saja rumah mil terus bau membuak2 sampai kadang rasa nak muntah. Tapi demi rasa hormat, tahan saja.

Anak2 mil pun dah tegur. tapi mil cakap kucing tu ibarat nyawa dia. Pernah juga dia merajuk dan menangis bila orang tegur pasal kucing dia. Jadi tiada siapa berani tegur lagi lepastu.

Nak berjalan dalam rumah mil pun kena hati2 risau terpijak tahi or kencing kucing. Even atas sofa pun ada tahi. Bulu kucing melekat merata2 hingga ketilam tidur pun.

Rumah mil besar, kalau mil seorang yang pembersih rumahnya mesti lawa.

Tapi disebabkan dia seorang yang tak jaga kebersihan dan bela binatang dalam rumah, rumahnya bersepah dan berbau. Di dapur sentiasa ada makanan lama yang disimpan hingga berulat.

Dah banyak kali ulat sampah bersepah2 atas lantai kat dapur sampai nak masuk dapur pun saya geli.

Pernah sekali tengah basuh pinggan saya rasa something merayap keatas kaki. Ulat rupanya. Saya pernah major cleaning rumah mil.

Ya saya seorang. Tunggang terbalik dari ruang tamu ke dapur saya bersihkan segalanya. Makan masa berjam2 untuk siap. Tapi bila siap kemas, terima kasih pun takde. Tak sampai dua tiga hari rumah kembali bersepah dan kotor. Sedih.

Saya fedup dan giveup untuk kemas. Saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Tapi ibu saya seorang yang pembersih. Ibu saya selalu pesan supaya anggap mil macam ibu saya sendiri. Saya selalu beli macam2 untuk mil, tapi tak dihargai.

Saya selalu dilabel menantu pemalas. Tapi saya ignore sahaja. Saya buat macam biasa. Kalau kerumah mil, berbondong2 buah tangan saya bawa. Duit bulanan untuk mil pun suami saya bagi.

Duit sepatutnya sangat cukup untuk mil makan2 dan jalan2 tapi mil banyak spend duit untuk makanan kucing2 dan hantar kucing ke klinik bila kucing sakit. Lepas tu mengadu duit tak cukup makan ala kadar saja. Duit habis untuk kucing.

Anak saya kerap selesema dan batuk bila kerumah mil sebab bulu kucing. Bila dirumah mil juga kena sentiasa tengok anak takut2 anak pergi pegang or terpijak tahi kucing. Mil juga pilih kasih.

Anak2 dia sendiri tak buat kerja rumah tak apa. Bila menantu tak buat kerja, disindir dan diperli. Even suami saya sendiri pun dia tak bagi buat kerja.

Orang cakap bila kita kahwin, kita kahwin dengan familynya sekali. Tapi maaf, saya tak boleh sacrifice diri saya terlalu banyak.

Saya tak boleh deal dengan tahi or kencing kucing. Baunya saja cukup buat rasa nak muntah. Ulat2 sampah yang bertebaran kat lantai atau dikabinet dapur.

Geli geleman. Kadang saya rasa bersalah dan berdosa. Sebab saya tak banyak tolong mil buat kerja rumah, tapi apakan daya. Suami saya sendiri pun tak bagi saya buat kerja rumah dalam rumah mil.

Menantu ke yang salah ?

– MrsN (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *