Menantu Kesayangan

Assalamualaikum. Mak ayah, saya maafkan mak ayah. Saya minta maaf, saya cuba ikhlas.

Sedikit intro, saya seorang isteri, pengurus rumah tangga, seorang ibu kepada 3 orang anak soleh solehah, insyaAllah aamiin.

Alhamdulillah dikurniakan seorang suami yang sangat, baik, bertanggungjawab, memahami. Luahan lebih berkisar pada ibu bapa mentua.

Kelahiran anak sulung sangatlah membahagiakan. Alhamdulillah, anak sulung berumur 8 bulan, saya disahkan hamil lagi. We both were very excited. Si abang akan ada kawan.

Tapi mak mertua agak tidak senang, diperli dimarah sebab tidak merancang. Kami senyum. Suami banyak tenangkan saya. Kami pekakkan telinga, tabahkan hati.

Sepanjang kehamilan langsung tidak bertanya khabar. Bila lahir pon endah tak endah. Its okay. Alhamdulillah abang dan adik jadi best friend. Macam kembar.

Pendekkan cerita, bila anak kedua dah masuk usia 2 tahun, saya hamil lagi. Suami cakap tak payah bagitahu mak. Saya kurang setuju.

Macamana pun tetap kena hormat, kena bagitahu. Sampai bila nak sorok? Akhirnya, masuk usia kandungan 4 bulan suami telefon mak untuk beritahu berita kehamilan. On loudspeaker.

Mak bagitahu suami dia nak carikan ubat akar kayu bagi saya minum, lepas ni dah tak boleh hamil lagi dah. Kiranya mandul terus laa.

Kami terkejut, tak sangka keluar kata-kata tu dari seorang ibu, guru quran, hajjah! Saya nangis, istighfar.

Suami bagitahu mak, bagi je ubat tu kat anak perempuan mak, jangan rosakkan anak perempuan orang. Off panggilan. Hmmmm.

Alasannya takut anak lelakinya susah, saya tak bekerja. Sedangkan suami saya mampu, suami saya berniaga.

Kami hidup sederhana walaupun mampu untuk bermewah. Suami bukan jenis show off. Sekali lagi kami pekakkan telinga, sabarrr. Rezeki Allah dah tetapkan. Yakin!

Di mata anak2 menantu lain, saya adalah menantu kesayangan sebab selalu dipuji mak. Suami adalah anak kesayangan. Patuh, taat.

Setiap kali balik kampung suami tak pernah tinggalkan saya bersendirian dengan mentua, bimbang diperli, dikata macam2.

Di depan suami, memang mak tak pernah mengata, tapi bila suami tak ada, macam2 disoalnya. Tak pernah miss suruh makan perancang. Senyum lagi…peace mak!

Alhamdulillah, anak2 kami sekarang dah besar, sihat, cerdik, paling menghormati orang tua. Yang bongsu dah masuk 3 tahun.

Alhamdulillah, guru2 semua puji sebab tak banyak peel, bijak. saya tunaikan janji pada diri sendiri untuk didik anak sebaik mungkin.

Seawal 3 tahun anak2 pandai membaca. Usia 7 tahun si abang dah khatam al-Quran. Insya’Allah adik2 bakal menyusul.

Semasa pkp, keluarga saya diuji. kami terpaksa balik kampung, sebab perniagaan kami tak mampu survive dengan kos hidup bandar. Kami pindah ke kampung, tinggal menyewa.

Mak ayah tinggal di daerah lain. Untuk pengetahuan, kami asal dari kampung sama. Rumah ibu ayah kandung saya jarak satu kampung dengan rumah kami sekarang.

Semasa awal pkp 1, ibu kandung saya diuji sakit jantung. Mak ayah pulak terkandas di kampung, tak boleh rentas daerah untuk balik ke rumahnya di daerah M.

Sepanjang ibu di hospital saya yang menjaga ibu, suami yang sangat baik ni lah yang hantar dan ambil saya di hospital.

Berkali- kali saya minta izin redha suami untuk saya jaga mak yang lansung xmampu uruskan diri. Suami redha, dan izinkan.

Rupa-rupanya mak ayah tak berkenan. Diperlinya saya. Hari-hari ke hospital kata mereka. Saya senyum. Padahal saya tak pernah abaikan tugas saya di rumah.

Sebelum ke hospital, saya siapkan sarapan, tinggalkan mak ayah dengan perut dah terisi. Anak2 pula ditinggalkan di rumah bersama tokbaba (ayah saya). Langsung tidak mahu membebankan mak ayah.

Bila tengahari, saya balik rumah dan memasak untuk makan tengahari mereka. Kadang-kadang suami beli lauk siap, saya hanya masak nasi. Keperluan mereka tiptop saya dan suami jaga.

Pada suatu hari selepas balik dari hospital, saya dimarah sebab seharian di hospital. Saya penat, stress. Mak ayah seolah olah cemburu saya jaga ibu.

Saya mengamuk pada suami, saya stress. inilah masanya saya nk berbakti pada ibu, jika ini saja peluang yang Allah bagi, saya nak buat sehabis baik.

Suami tenangkan saya. Saya sumpah, bila mak ayah sakit, mereka akan rasa apa yang saya rasa. Saya pasti mak ayah dengar luahan saya pada suami.

Berlalu zaman pkp. Sekarang mak ayah diuji dengan covid. Ayah tinggal di rumah abang ipar. Mak pulak terpaksa warded sebab covid, jangkitan kuman. Menangis-nangis mintak temankan dia di hospital.

Saya cakap kat suami, saya tak mampu, saya takut tak ikhlas. Biarlah anak2 mereka yang berkorban. Anak2 perempuan saling menolak dengan alasan kerja. Minta saya yang suri rumah ni jagakan mak di hospital.

Maaf.. Saya tak nak seharian di hospital, mak ayah kan marah…. Maaf mak, ayah. Saya tak mampu.

Hari ni saya sujud pohon ampun dari Allah atas khilaf saya, saya minta Allah ikhlaskan hati saya. Dalam sujud, saya cakap, “mak, ayah. saya dah maafkan mak ayah”.

Dan hari ni saya sedia ke hospital, untuk bersihkan badan mak, jaga mak sepertimana saya jaga, belai ibu kandung saya semasa ibu tak mampu bergerak…

Terima kasih Allah untuk ujian dan pengalaman.

– Menantu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *