Oh menantuku alim2 kucing!
Aku ni seorang ibu yang sedang bersedih dengan keadaan rumahtangga anak menantu aku yang tengah berantakan sekarang. Umur aku 56 tahun seorang surirumahtangga sepenuh masa.
Anak sulung aku Izyan 33, (bukan nama sebenar) berkawin dengan duda anak satu, aku namakan menantu alim aku tu sebagai Fazil 45 (bukan nama sebenar).
Fazil seorang yang agak islamik, berkerjaya bagus, bertanggung jawab, sangat menyantuni kedua orang tuanya.
Usia perkahwinan Izyan sudah masuk tahun kelima, punya satu anak perempuan hasil perkawinan dengan Fazil.
Izyan seorang pensyarah, manakala Fazil kerja di jabatan swasta bergaji puluhan ribu ringgit.
Nafkah dan segala kebajikan Izyan 100% ditanggung oleh Fazil. Kiranya hidup mereka tiada masalah dari segi kewangan.
Diringkaskan cerita, pada satu hari Izyan terbaca satu wasap di handfon Fazil. Lupa nak delete kot!
Wasap tersebut adalah perbualan Fazil bersama seorang wanita berkenaan perkhidmatan mengurut.
Ekoran dari terbacanya wasap tersebut, Izyan dan Fazil bergaduh besar hingga ke hari ini, sudah satu bulan lebih berlalu.
Dahulu, Izyan seorang isteri yang sangat baik, periang, penyayang dan hormat suami.
Tapi selepas hal itu, Izyan sudah berubah perangai bagaikan langit dengan bumi.
Tiada lagi gurau sendanya, tiada lagi hiburan terkini dan berita sensasinya.. yang ada hanya tangisan…
Fazil mengaku pernah pergi ke tempat itu beberapa kali dengan alasan, ibunya juga pernah berurut dengan lelaki.
Baginya tidak salah bila dia juga berurut dengan wanita. Itu perkara biasa katanya.
Izyan tidak dapat terima kenyataan… Fazil seorang yg berketerampilan agak alim, setiap minggu menghadiri kelas agama, belajar mengaji walau bacaannya sudah bagus, tapi dia boleh berkelakuan seperti itu.
Setiap hari Izyan mengamuk minta cerai dan memaki hamun Fazil. Aku sebagai ibunya ikut sama terkesan.
Kadangkala aku terfikir sampai bila keadaan ini akan berlarutan. Adakah anak menantu aku akan bercerai jua akhirnya?
Aku sendiri pun bagaikan satu kejutan menerima berita itu. Menantu harapan aku adalah seorang menantu yang rela badannya disentuh oleh wanita lain.
Adakah bila seseorang lelaki itu sudah terbiasa melanggan tukang urut wanita, dia boleh diberi peluang lagi untuk berubah?
Bagi aku, kalau Fazil tu suami yang baik, mana mungkin dia memilih wanita untuk mengurut tubuhnya.
Sungguh aku sudah tidak ada rasa hormat kepada menantuku lagi.
Berperwatakan baik di depan tapi di belakang, melanggan tukang urut wanita.
Aku pernah call menantu aku dan marah2 dia. Aku minta dia ceraikan anak aku jika dia tidak bahagia hidup bersama anak aku tapi katanya dia tak akan menceraikan anak aku.
Bila anak aku dalam keadaan sedih, aku pun turut sama bersedih. Aku tengok keadaan anak aku sekarang sangat luka parah.
Aku sebenarnya tidak menyokong perceraian tapi jika itu yang anak aku pilih, aku terpaksa redha.
Aku tengok menantu aku hanya mengalah, tidak pernah melawan amukan Izyan. Jika dia melawan, mungkin keadaan akan jadi tidak terkawal.
Jadi… aku sebagai ibu, apa yang harus aku buat?
Adakah melanggan tukang urut wanita itu adalah perkara biasa @ satu kesalahan besar?
Bagi pandangan aku, perkara tu adalah satu perbuatan yang sangat jijik.
Begitu juga bagi anak aku. Jijik sangat! Sebab tu anak aku tidak dapat terima suaminya sebegitu.
Buat pengetahuan pembaca, ini bukan tukang urut macam pergi berurut di kampung ye. Ini tukang urut 200/per jam. Gambar profile wasap wanita seksi.
Bantu aku!
– Ibu Sedih (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Mungkin Puan blh nasihatkn anak & menantu pergi kaunseling. Apa pun hasil slps tu Puan & keluarga harus terima dgn redha. Harap anak Puan mendapat kebahagiaan nya semula & menantu Puan berubah menjadi lebih baik tak kira la samada mereka masih bersama atau tidak slps ni.
banyak gak kes2 alim2 tapi perangai cam setan ni, depan baik nk mampos, belakang buat mcm2 benda2 kotor, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik