Menantu Perempuan

Assalamualaikum dan hai semua pembaca confession.

Saya Nur, seorang anak, menantu, kakak, ipar, isteri dan ibu.

Saya tulis ni malam sebelum satu-satunya adik lelaki bongsu saya kahwin. Tak tahu la bila disiarkan.

Apa pun saya saja saja nak coretkan pengalaman persediaan menerima satu-satunya ipar perempuan dalam keluarga. Alias satu-satunya menantu perempuan ibu saya.

Saya sebenarnya berfikir macam manalah penerimaan ibu saya terhadap menantu dia.

Saya harap bakal adik ipar tak takut. Tak mau juga dia stress.

Tapi, besarrrrrrrrrrr sungguh impian yang kami nak letak pada dia ni.

Keluarga saya besar. Saya rasa kebanyakan orang pantai timur ada extended family macam saya. Ke tak eh?

Kebetulan pula, ayah saya dibesarkan oleh neneknya. Keluarga sebelah mak saya pula adalah orang merantau. Jadi, kami kenal rapat dengan sepupu, dua pupuุŒ 3 pupu, kupu2.

Kebetulan juga, mak dan ayah saya keduanya anak sulung. Bertambah la sebab kami menjadi pusat tumpuan ahli keluarga lain.

Figura kepimpinan kedua-dua ibu bapa ni membuatkan orang-orang kampung suka dan bagi amanah jadi pemimpin masyarakat pula. Bertambah-tambah-tambah-tambah besar ikatan keluarga.

Bukan mudah menjadi tumpuan semua orang. Semua yang kita buat, percakapan, tingkah laku, semua dinilai.

Saya harap adik ipar saya tak stress dengan penilaian orang.

Apa bahasa yang mudah untuk saya terjemahkan? Bukan kami berpura-pura baik, tetapi, hanya adik beradik sahaja yang tahu rahsia dan perangai masing-masing.

Saya harap adik ipar saya tak stress dengan dunia baru dia nanti.

Dengan tekanan dari kiri kanan, ibu saya pun terkesan. Jantung menjadi laju, BP tinggi, sehingga mendapat serangan jantung. Dengan penyakit zahir dan batin, ibu kadang-kadang letih.

Kadang-kadang dia akan bercakap banyak, meluahkan segala isi. Kadang-kadang bicaranya disusuli dengan amarah. Kadang-kadang ada air mata.

Saya harap adik ipar saya tak stress melayani ibu.

Ayah dan ibu saya tak sempat menggenggam ijazah. Jadi, impian diwariskan kepada anak-anak. Malangnya semua anak-anaknya perempuan, yang bongsu baru lelaki.

Yang perempuan, setelah berkerja dan berkahwin, separuh sayapnya umpama tersangkut di sangkar.

Saya harap adik ipar saya tak stress bila nanti dia yang paling banyak perlu berkorban pada keluarga mertua.

Sebenarnya saya tak tahu pun siapa namanya bakal adik ipar saya tu. Sebab kami tak pernah jumpa pun.

Esok, lepas akad nikah baru pertama kali bertemu.

Saya harap, saya boleh sayang dia macam mana ibu saya sayang adik-adik iparnya.

Saya harap, dia pun sayang kami, walaupun keluarga kami tak perfect macam dia bayangkan.

Banyakkan harapan saya? Kesian adik ipar.

Saya terfikir apalah harapan ibu dan ayah saya?

Sebab dari sebulan lepas ibu ayah nampak kalut. Tak tahu lah kalut apa.

Ok, tu saja lah pengalaman perasaan saya. Saya pulak yang nervous.

Apa perasaan korang masa terima adik ipar?

– Kakak Ipar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->ย https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *