Assalamualaikum buat semua warga IIUMC. Thanks admin kalau cerita aku ni disiarkan.
Aku Adila. Okay straight to the point. Bukan mudah sebenarnya hendak menjadi menantu kesayangan mertua. Macam-macam dugaan yang kena dihadapi untuk menjadi menantu terbaik buat keluarga mertua. Begitu juga kisahku. Kisah hendak pulang ke kampung raya nanti. Usia perkahwinan ku sudah hampir ke 3 tahun. Sejak 2 tahun lepas setiap tahun aku akan beraya di rumah ayah mertua dulu kerana ayah mertua tinggal seorang setelah berpisah dengan mak mertua. Owh lupa aku tinggal bersama suami dan ayah mertua serta adik ipar di ibu kota. Suami ku yang menjaga ayahnya sejak ayah dan mak mertua ku berpisah. So aku memang tak kisah pun soal ni, sebab lepas je sembahyang raya aku akan pulang ke kampung ku pula.
Tapi pada tahun ni, kakak ipar dan mak mertua ku seolah-olah menyuruh suamiku pulang ke kampung menyambut hari raya bersama mereka. Kampung mereka terletak di Negeri Sembilan. Akak ipar dan mak mertua memang ngam abis. So korang boleh bayangkan lah kot macam mana situasi aku as “bukan menantu pilihan” disitu. Padahal akak iparku sudah pun mengetahui yang aku dan suami akan pulang berhari raya di kampung ku pada raya pertama nanti. Aku stress dengan semua ni, apa-apa yang aku buat mesti tak disukai oleh mereka lebih-lebih lagi kakak iparku. Padanya aku la yang telah menghasut suami supaya tak pulang berhari raya bersama mereka tetapi suamiku sungguh adil dan buat keputusan yang tepat. Suami ku akan lebihkan ayah nya dahulu kerana sejak mak dan ayah dia berpisah suamiku banyak bersusah senang dengan ayahnya sahaja. Mak mertuaku sudah pun berkahwin lain dan tinggal di selatan tanah air.
Setiap tahun juga mak mertua dan akak ipar ku akan beraya di Negeri Sembilan kerana itu adalah kampung mak kepada mak mertuaku. Aku dan suami pun akan pulang ke Negeri Sembilan tetapi bukan pada raya pertama or kedua. Selalunya raya ketiga or keempat. Aku juga punya family yang perlukan aku dihari raya, lagipun sudah 2 tahun aku tak balik beraya di rumah mak ayahku. Aku akan pulang ke rumah mak ayah ku selalu nya pada raya ketiga dan seterusnya. Bukan mudah untuk aku melalui semua ini, aku hadap segala cerita-cerita buruk pasalku, aku pendamkan sampaikan aku menangis sendiri mengenangkan nasib ku apabila keluarga mertua sendiri tidak meyukai aku. Aku tahu syurga aku pada suamiku, tetapi aku taknak suami ku menjadi anak derhaka. Even mak dan ayah mertua dah berpisah tetapi aku tak pernah menghalang suamiku dari berjumpa dengan mak nya.
Aku kadang-kadang tak paham apa yang ada dalam pikiran akak iparku. Apa saja perkara baik yang aku buat tak disenangi olehnya malah aku lah yang dianggap menghabiskan duit suami sendiri dan suami lebihkan aku dari dia dan family mertua. Kakak iparku sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Aku diam bukan bererti aku tewas tapi aku ingin melihat permainan dia. Aku tahu tanggungjawab aku as wife dan macam mana hendak menjaga rumahtangga aku. Aku juga tahu akak ipar dan mak mertua berpakat hendak menyingkirkan aku dari hidup suami ku tapi alhamdulillah suami banyak menyokong dan memberikan kata-kata semangat. Suami seorang yang adil dan tahu tanggungjawab dia sebagai seorang suami. Terima kasih sayang.
Padaku aku akan cuba untuk menjaga hati semua orang walaupun hati aku sendiri tak terjaga. Aku bukan la sempurna mana tetapi aku akan cuba memberikan yang terbaik buat kedua-dua keluarga. Keluarga sendiri dan keluarga mertua. Semoga aku terus kuat untuk menghadapi dugaan sebagai menantu ni. Sesungguhnya ALLAH takkan menguji seseorang diluar kemampuan dia.
Sekian
Adila
– Adila
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit