Menantu Scammer

Assalamu’alaikum. Perkenalkan nama aku Hikari. Aku menulis di sini sekadar ingin meluahkan rasa tidak puas hati dan ingin mendengar pendapat daripada pembaca.

Tanpa membuang masa, kita pergi kepada pengenalan. Aku bekerja di sektor swasta dan mempunyai teman sekerja yang kugelarkan F. F ini sudah pun berkahwin dengan adik sepupuku. Jadi secara tak langsung, dia telah menjadi saudaraku.

Sebelum F berkahwin dengan adik sepupuku, yang kugelarkan A, F sangat rajin bertandang ke rumah makcikku dan menolong makcikku. Boleh dikatakan bakal menantu mithali. Hubungan F dengan adik beradik A pun menjadi sangat akrab.

Kebetulan pada masa itu, adik A yang bernama H akan melangsungkan perkahwinan dengan seorang perempuan bernama D.

Dipendekkan cerita, H pun berkahwin dengan D. Selang 3 bulan kemudian F pula berkahwin dengan A. Selepas berkahwin kedua-dua pasangan ini tinggal di rumah yang disewa oleh ibu bapa A serta dua orang adik perempuan A.

Rumah taklah besar mana. Bilik ada tiga. Bilik utama yang sebelum ni diduduki oleh ibu bapa A terpaksa dikongsi bersama dengan dua adik perempuan A. Manakala bilik kedua dan bilik kecil didiami oleh dua pasangan ini.

Kemuncak yang menyebabkan aku ingin menulis luahan ini, adalah disebabkan aku baru sahaja mendengar cerita daripada emakku. Emakku baru sahaja dari balik melawat adiknya merangkap mak A.

Mak A mungkin sudah tidak tahan memendam rasa. Mak A meluahkan segala yang telah terbuku di dalam hati dan jiwanya kepada emakku terhadap dua perangai menantunya, si F dan D.

Selama hampir setahun F Dan D tinggal di rumah itu, mereka tidak pernah lagi rajin untuk menolong Mak A. Mungkin kerana terlalu penat bekerja dan si D tu tengah mengandung pula. Tapi masalahnya sebelum mengandung pun memang tak rajin nak menolong.

Apa Yang paling buat aku menyirap lepas dengar, sampai baju pun Mak A tolong basuh dan lipatkan. Tiada pernah usaha nak basuh sendiri atau hantar dobi. Termasuklah anak-anak baju. Aku tak boleh ‘brain’ dengan perangai diorang ni.

Bukan itu sahaja, rumah yang diorang duduk tu pun, tiada usaha untuk berkongsi bayar sewa dengan ayah A. Beli barang basah pun tidak dihulurkan duit.

Kedua-dua pasangan ye tiada ‘common sense’. Baik anak, baik menantu. Tahu- tahu Mak A masak, lepas tu boleh makan sampai kenyang. Dua pasangan ini hanya bayar RM150 setiap pasangan untuk bil eletrik/bulan sahaja.

Aku paling bengang dengan F sebab dia kawan aku. Jadi aku akan fokus kisah F sekarang. Sanggup dia ‘hambakan’ makcik aku.

Rutin harian F lepas balik sekolah terus tidur, pukul 6 baru bangun cari makanan. F boleh kata dekat adik A, dia perlu tidir, kalau tak dia akan tidur kat tempat kerja esoknya.

Aku pun memang akui, dia kuat tidur. Asal ada waktu lapang je, dia kan tidur kat tempat kerja.

Aku sebagai kawan, kadang menyesal perkenalkan F ke makcik ku, mak A. Mak A ingat menantu boleh bantu rupanya ‘scammer’ je. Apa taknya sebelum kahwin rajin, lepas kahwin hilang rajinnya.

Bila balik kerja, langsung tak keluar bilik. Bila nak makan, baru keluar bilik. Makcik aku hanya harap menantu scammer ni boleh tolong mana yang mampu je. Atau sekadar berborak dengannya sekejap bila dah balik kerja.

Si A suami F pula, siap mesej adik perempuan dia supaya tak suruh F tolongbuat kerja rumah. Mungkin alasan tu, yang digunakan oleh si F tak tolong mak A. Alasan taat suami. Suami tak benarkan. Betul ke macam ni?

Mak aku, adala nasihatkan Mak A, supaya jangan bagi muka dekat anaknya, A dan H. Ayah A pun cakap dah mula nak catu makanan dan belikan bakul asing. Lepas ni baju, boleh basuh dan lipat sendiri ye.

Tapi aku kenal mak dan ayah A. Depan orang lain bolehlah cakap. Tapi bila berdepan dengan anaknya, tak sanggup nak buat. Tapi aku harap mak A dan ayah A bulatkan tekad dengan tindakan mereka.

Aku nak minta pendapat pembaca :

1. Perlukah aku ‘confront’ je dengan F, memandangkan dia kawan aku? Kalau ya, cara yang macam mana sesuai?

2. Bapak F pun kerja dekat tempat yang sama dengan aku dan F, adakah aku perlu bagitahu bapak F perangai F ni?

3. Adakah aku perlu biarkan sahaja perkara ini, jangan masuk campur kerana aku orang luar? Tapi aku kesian dengan mak A, sebab masa dia muda-muda dulu pun dah banyak ujian makan hati ini dia lalui.

Cukup sampai di sini. Aku harap cerita aku mudah difahami. Aku baru pertama kali menulis di sini. Penulisanku agak berterabur.

Terima kasih semua.

– Hikari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Ni menantu paling x guna. Ada ker duduk rumah mertua, sampai makayah mertua kena duduk sebilik dgn 2 org anak perempuan yg dah besar panjang. Mana common sense? Kesian mertua tu. Ko bersemuka je dgn F kawan ko tu. Bagi sepatah dua kata supaya kembali ke alam kesedaran. Dah la pemalas, makan minum pun menumpang makayah mertua tanpa menyumbang. Eehhh geram eh baca. Yg penting makcik ko kena tegas la. Masalahnya skrg makayah mertua kawan ko tu( makcik ko) tak tegas. Suruh jer la anak menantu cari rumah sewa sendiri.

    • Upsss..Tiberr ada balik dari sekolah..Adakah dia seorang guru??? Klau seorang guru mmg moral rendah lah bagi aku, sbb setakat ni aku jumpa cikgu kebanyakannya ada common sense, dah pemalas tambah menyusah. Better menyewa rumah lain lah, Gaji cukup punya nak sewa lain.

  2. Sepatutnya, ibu & bapa F bertegas supaya ank2 mnyewa rumah lain setelah mereka berkahwin.., cuba hidup berdikari & tidak mnyusahkan mak dan ayah.. sewa rumah pon xnak tolong byr, senang n sabe bnyak cuma byr rm150 setiap pasangan, nk beli brg pasar utk seminggu pon x cukup.. semua pon bekerja kan, so faham2 la msalah kewangan mk & ayah tu, at least tlg kerja2 rumah or tlg masak ke.., mse belom dpt ank diorang, pandai lak nk amk hati bakal mertua.. minta maaf cakap ye, di opis sya pon ada jugak yg dduk dgn mk ayah, balik rumah xyah masak, suma dah siap terhidang atas meja, ank2 yg kecil pon mk n ayah yg jaga.. mngkin juga mrk bagi duit kpd ibu bapa tu, dan mrk pon ‘willing’ nk jaga cucu mrk.., tp dari segi agama, sama spt ‘menghambakan’ mak dan ayah.. dlm umur sebegini, mrk dah sepatutnya ‘berehat’ dari buat krja2 rumah dan tumpu kpd ibadat, sebaliknya ank2 yg patut menjaga mereka, klau bekerja, tempatkan seorang pembantu rumah utk menolong kerja2 di rumah.. dlm hal puan Hikari td, ibu dan bapa F & H tula yg patut bersuara kpd ank2 mrk, dan mrl pulak perlu ‘didik’ pasangan msg2.. perkara ini perlu dibendung, sbelom keadaan menjadi semakin ‘parah’, tambah pulak bla dah ada ank2, sampai bla nk dduk d rumah sewa mrk.. n jgn nt sampai ‘bermasam muka’ atau bergaduh pulak dgn ibu bapa atau mertua.. fahamilah kebajikan utk mrk & adik2.. wallahu a’lam

  3. Ni bukan menantu boleh bantu, tapi menantu hantu! Hahah.

    Aku pun dalam kategori menantu hantu jugak, tapi aku dengan laki pandai2 la cari rumah sendiri lepas kahwin. Keluar rumah mak ayah pandai2 berdikari sendiri. Nak bermalas-malasan laki bini takde siapa kesah.
    Tup tup ehhh duduk sendiri makin bertambah rajin aku ni. Yela duduk rumah sendiri syok kot dpt hias2 rumah ikut citarasa sendiri, kemas2 rumah sampaikan ada habuk secoet pun aku kutip dgn tangan.

    Kunci dia mak pak A kena suruh anak2 yg dah kahwin duduk rumah asing. Takyah nak fikir kesian sangat. Fikir diri sendiri takkan nak biar laki sendiri tinggal sebilik dengan anak2 dara yg lain tu. Apa Islam gini.

    Rumah kalau besar siap terlebih2 bilik pakej ada maid boleh la jugak nak ajak anak menantu dok sekali.

  4. Tahlah. Mak ayah A tu tak tegas…. Kena la tegas sikit. Mak aku dulu awal2 lagi sebelum aku kahwin dah warning siap2 lepas kahwin duduk asing.

    Sekarang alhamdulillah, duduk asing, dan bahagia takde drama2.

  5. better takyah masuk campur la sis. patutnya makcik you tu pesan kat anak dia, dah kahwin dgn anak orang kenapa nak duduk rumah parents lagi. pergi la cari bilik ke rumah sewa.

  6. Bangang mana ni yang berkawin tapi takde plan nak duduk rumah/ bilik sewa sendiri lepas kawin? Harap tak membiak la geng2 bodoh ni. Kalau hidup masih bergantung mak ayah, jangan la kahwin dulu. Belajar berdikari dulu, menyewa sendiri dulu, belajar kenal dunia dulu baru kahwin. Musibat betul. Makan pakai pon mak ayah tanggung lagi, spentot pon mak basuhkan lagi dah gatal telur nak berkahwin. Pastu ajar bini jadi musibat pulak. Elok dimaki atas muka. 150 sebulan bayar sewa nak layanan VVIP pulak. Rumah PPRT pon RM250 sebulan la musibat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *