Menantu Sunyi

Banyak perihal menantu vs mertua membuatkan saya terpanggil untuk menulis juga.

Biasalah menantu bila ada rasa sedih or kurang senang dengan perilaku mertua, takkan nak bercerita dengan suami (anaknya) pulak kan. Jadi, saya tulis kat sini ajela.

Usia perkahwinan dah cecah 12 tahun. Awal perkahwinan kami hidup PJJ hampir 4 tahun (atas tuntutan kerja). Baru sebulan kahwin, mertua dah tanya tentang kehadiran cucu.

Sedihnya rasa masa tu. Sebulan pun jumpa 3/4 kali je di hujung minggu (belum kira masa jumpa tu time period pulak). Rasa tak patut sangat soalan tu ditanya. Bukannya nak ambil tahu susah senang kehidupan kami selepas berkahwin.

Lepas setahun Alhamdulillah dikurniakan anak pertama. Selang 3 tahun, anak kedua pula hadir dalam hidup kami.

Saya sebagai anak sulung dalam keluarga dibesarkan dalam keluarga yang sangat tinggi disiplin. Bab kebersihan rumah, menepati masa sangat dititikberatkan dalam keluarga kami.

Tapi dalam keluarga mertua tak sebegitu. Saya cuba berdamai dengan takdir, tapi fitrah manusia rasa tak selesa datang juga.

Suami ada 5 orang adik beradik. 2 orang kakak, seorang abang, suami anak ke 4 dan ada seorang adik lelaki. Kalau dilihat keadaan rumah kakak-kakak ipar masyaAllah, tak pernah berkemas.

Selama kami berkahwin, tak pernah sekali nampak kakak-kakak ipar pegang penyapu mengemas rumah.

Setiap kali datang rumah, lantai berhabuk, barang berterabur. Sarung bantal penuh dengan air liur basi. Bau tak payah cakapla. Sedapkan hati, takpela datang pun kejap-kejap je.

Sedangkan kat rumah kami sentiasa kemas, itupun masih dapat komplen dari mertua. Itu tak kena, ini tak kena. Susun atur tak cantik. Warna cat tak sesuai.

Allahu, saya masih bersabar. Mungkin saya seorang menantu yang tak banyak cakap dan tak pandai nak membodek membuatkan terima sahaja apa yang dirungutkan oleh mertua.

Mertua pun jenis bangga dengan kerjaya anak-anak. Takpela rezeki diorang dapat mendidik dan membesarkan anak-anak sehingga berjaya. Tapi anak-anaknya seakan mengabaikan tanggungjawab.

Mertua suka berjalan, tapi anak-anak yang lain susah sangat nak bawa. Keluarga kami saja yang selalu bawa mereka ke sana ke mari.

Bukan saya tak suka, cumanya setiap kali jalan-jalan setiap perbelanjaan dikongsi kami suami isteri. Setiap kali cuti sekolah, dah tanya kemana kita kali ni?

Saya jadi serba salah sebab saya pun masih ada ibu bapa. Saya pun nak santuni keluarga saya sendiri.

Setiap kali bawa keluarga sendiri berjalan, ayah akan hulur duit pada kami (ayah merasakan saya sebagai anak perempuan masih di bawah tanggungjawabnya).

Hanya perlu tolong bawa mereka sahaja sebab ayah dah tak boleh bawa kenderaan dalam jangka masa yang lama dan perjalanan yang jauh.

Serba salah kami dibuatnya bila perbelanjaan yang kami keluarkan boleh dikatakan untuk suami sahaja.

Yang lain (saya, anak-anak, ibu bapa) telah ditanggung sepenuhnya oleh ayah. Tetapi untuk keluarga mertua yang ada anak-anak yang ramai dan bergaji besar, masih membebani menantu perempuan.

Sekali sekala mungkin takde masalah. Ni dah dekat 12 tahun, dah mula rasa tak ikhlas dan rasa tak adil buat ibu bapa saya juga.

Layanan kepada cucu-cucu (anak-anak kami) juga sering dipandang sebelah mata. Punya cucu-cucu yang lebih kurang sebaya, saya boleh perasan yang anak-anak kami sering diabaikan.

Kalau cucu-cucu dari KL, macam-macam dibelinya (baju raya, baju sekolah, baju tidur, birthday cake dll). Sedangkan atas rezeki anak-anak kami la yang dapat bawa nenek dan atuk jalan-jalan, makan sedap-sedap.

Datang ke rumah kami pun sebab nak bawa jalan-jalan je. Kalau takde plan untuk jalan-jalan, tak pernah nak datang. Lebih seronok pergi ke rumah anak di KL.

Yela rumah kami di kampung, jauh dari mall, takde shopping complex yang besar dan hebat, kedai makan pun boleh kira dengan jari.

Kehendak mertua pun melebihi kemampuan sebenar. Mak mertua sering berbunyi pada suami yang dia teringin nak naik kereta velfire/aplhard seangkatan dengan itu.

Bukan kami tak mampu, tapi kami masih punya urusan yang lebih penting untuk besarkan anak-anak daripada mengikut kehendak yang tidak-tidak oleh mertua.

Ayah mertua pesara kerajaan, di umur 75 tahun masih berkeinginan untuk membeli kereta baru dengan menggunakan nama suami untuk membuat pinjaman.

Sedangkan selepas pencen, pernah beberapa kali terlibat dengan kemalangan semasa memandu kereta dan juga motosikal (sudah tidak berkemampuan untuk memandu).

Setiap tahun minta barang-barang berjenama daripada anak-anak (kasut kulit, cermin mata ribuan ringgit, pakaian berjenama dll).

Saya ok hal ini, kerana dah memang tanggungjawab anak-anak untuk sediakan semuanya buat ibu ayah mereka asalkan jangan membebani menantu.

Setahun dua masih boleh bersabar, lama-lama ada rasa terkilan dalam hati. Saya masih cuba berdamai dengan keadaan. Bila dah makin berusia, perlahan- lahan buang rasa-rasa yang tak best ni.

Cuba untuk jadi diri sendiri tanpa perlu try hard untuk senangkan hati orang lain. Buat aje yang termampu yang menggembirakan hati suami dan juga anak-anak. Hopefully rasa tak best tu boleh hilang perlahan-lahan.

-Masih bertahan demi suami dan anak-anak-

– Yoni (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *