Menantu Tak Diundang

Sedikit perkenalan dan latar belakang.. Aku Bunga.. Suami aku Z.. Aku dan dia kenal dari sekolah menengah.. tak bercinta pun.. tapi kami lost contact untuk beberapa tahun sebab aku pindah ke negeri lain.

Selepas SPM. Dia melanjutkan pelajaran di sabah. Tanpa dirancang, aku juga mendapat tawaran untuk belajar di sana.. Kami berjumpa dan dia berhasrat untuk menghalalkan aku.

Dia minta restu ibu ayah aku.. alhamdulillah.. mereka terima dia walaupun masa tu dia tidak punya pekerjaan dan kenderaan.

Kami berniaga bersama2.. bermodalkan kereta buruk yang kami beli cash 2 ribu.. Kami mula kehulu kehilir bersama mencari duit untuk kahwin..

Entah macam mana kami dapat kumpul duit 20k dalam tempoh yang singkat. Maka berkawin kami dalam serba sederhana..

Berbalik pada tajuk.. Ye.. aku bukanlah menantu yang diundang apatah lagi untuk didendang..

Pada awal mula perkenalan sehingga perkahwinan.. semuanya nampak baik. Tapi setelah 5 tahun perkahwinan.. Baru aku tahu yang aku tak diinginkan dalam keluarga dia.

Di depan aku mak dia melayan aku tanpa aku rasa ada kurang seperti seorang ibu melayan anaknya.. Tapi dibelakang aku rupanya aku dikutuk, diburukkan, dijaja cerita yang tak baik. Aku sayang dia seperti ibu aku sendiri.

Aku dengar dari pihak lain. Tapi bukan seorang sahaja yang sampaikan cerita pada aku.. Ramai yang seolah cuba buat aku sedar dari mimpi bahawa aku ni tak diundang.

Kebanyakkan jalan cerita yang aku dengar pun lebih kurang je.. Mak dia mengadu kat semua orang yang dia terkejut bila Z sampaikan hasrat nak kawen dengan aku..

Mak Z menangis sebab konon Dia dah berhabis ribu besarkan anak dia tapi tiba2 habis belajar je Z terus nak kawen..

Mak dia tuduh aku paksa anak dia untuk cepat kawen. Dan paling aku sedih.. Mak dia kata mak dia nak kawen kan Z dengan suku keturunan dia juga. Bukan dengan melayu..

Kalau aku dengar benda2 ni dari awal.. mungkin aku sendiri dah tarik diri untuk tidak berkahwin.. Tapi aku dengar benda2 yang tak best ni bila anak dah 2 orang dan yang sulong nak menginjak ke darjah 1..

Depan aku dia hanya berpura2.. Aku telan je.. bagi aku mungkin orang lain mereka cerita untuk huru hara kan hubungan aku dan mak mertua..

Aku masih diam.. telan semuanya tanpa rasa kesal.. Melayan mak mertua selayaknya..

Tapi yang membuatkan aku kesal bila aku dengar cerita dari ibuku sendiri..

Baru2 ni.. Mak Z mengadu kat ibu aku yang aku terhegeh2 nak kan Z.. dan paksa Z kawen. Mujur ibu aku jenis tak cepat melenting.

Bayangkan lah bertapa malu ibu aku bila besan cerita keburukan anak nya seolah ibu aku tak reti menjaga anak perempuan nya..

Aku malu dengan ibu.. Dia ingat hubungan aku dan mertua baik2 sahaja selama ini.. Rupanya aku dibenci dalam diam. Apa yang dia nak pun aku tak tahu.

Adakah bila aku bercerai baru dia akan puas dan stop menjaja nama aku pada semua orang termasuk saudara mara kaum kerabat dia??

Suami aku tahu perihal mak dia. Dia hanya suruh aku bersabar.. yelah takkan aku nak suruh Z marah mak dia kan?.. Pasti aku juga yang mengalah pada akhirnya..

Benda ni nampak remeh.. Tak ada isu sangat.. Tapi aku kecewa sebab tak sangka ibu mertua aku tak suka kan aku sedangkan aku sayang dia sangat2. Kemana2 sahaja aku pergi aku akan ingat utk belikan dia apa2.. Ambil hati dia..

Selalu jugak aku kene marah dengan mak Z bila apa aku buat tak kene dekat mata dia.. tapi aku tak pernah masukkan ke dalam hati sebab bagi aku seorang mak layak tegur anak dengan cara apa sekali pun..

Tapi entah lah.. Tak tahu apa dosa aku pada dia sampai sanggup menjaja cerita buruk tentang aku.

Bila berkumpul dengan adik beradik Z dan saudara mara dia.. Mereka mula sindir2 aku sebab kawen awal.. Dan jadikan topik ‘kawen awal’ tu bahan lawak untuk mereka ketawa bila berkumpul..

Aku jadi marah.. Kecewa.. Aku tak kacau hidup diorang. Aku tak pernah sebut tentang kehidupan mereka anak beranak.

Aku tak ambil tahu pun tentang anak menantu cucu mereka.. tapi mereka seronok bercerita perihal aku dan Z.. Hanya kerana satu mulut.. iaitu Mertua..

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *