Assalamualaikum admin, aku ifa. Datang lagi dengan confession kedua. Aku takde niat pun nak buat confession tu tergantung and tak terfikir nak sambung sebenarnya. Tapi sebab ramai yang tertanya apa kesudahan kakak ipar aku tu.
First sekali, kes ni dah settle. And semalam sesi last rawatan dengan ustaz untuk buang segala sihir yang ada. Masa aku tulis confession pertama, aku tak cerita part sihir tu lebih-lebih sebab aku tulis confession tu pukul 1 lebih. So aku takut hehe..
Okey, macam mana aku bagitahu parents aku. Actually memang parents dah tahu yang diorang dah terkena buatan orang. Cuma ustaz hanya cakap yang buat tu orang terdekat. Tapi tak bagitahu siapa orangnya.
Parents aku rasa lain, diorang cakap ada mimpi bukan-bukan and ada laa tanda-tanda lain yang menyebabkan diorang pergi check kat ustaz. Dan ternyata, betul yang diorang kena buatan. Dalam sesi berubat memang ustaz bagitahu yang parents aku dah kena sihir penunduk kalau tak silap aku.
Parents aku memang dari first abang aku kahwin memang diorang layan menantu dengan baik. Bukan sebab dijampi dek kakak ipar aku. Ustaz tu cakap, benda ni dihantar dah 3 bulan. Maknanya, lepas abang aku meninggal. Lepas abang aku takde tu yang dia makin menyetan.
Minggu lepas, selepas aku kumpul semua bukti. Aku bagitahu semua adik beradik aku, aku cakap ni aku jumpa kat bilik kakF. Diorang pun apa lagi, memasing buat muka terperanjat beruk laa. Esoknya aku cakap dengan parents, nak semua berkumpul kecuali kakF. Sebab nak tunjuk sesuatu.
So malam tu semua dah ada, aku longgokkan barang-barang tu atas meja. Aku cakap ini yang aku jumpa dekat bilik kakF masa kemas-kemas haritu. Resit ni yang sama jumlah dengan duit yang ditransfer kat akaun misteri haritu. And ni 2 3 barang berkain kuning.
Maka, ayah aku dengan muka terkejutnya. Tanya aku, betul ke ni dari bilik kakF ? Aku cakap betul yah, takkan nak tipu benda macam ni. Lama jugak ibu aku tenung benda tu. Sampai 1 perkataan pun tak keluar dari mulut ibu, ayah aku dengan mata merahnya. Sambil tahan nangis, ayah minta maaf kat abang aku no 3 tu.
Ye lah, ayah aku marah teruk kat abang aku tu. Seumur hidup, tak permah tengok ayah aku marah sampai macam tu sekali. Sebab ayah aku bukan jenis pemarah, tapi disebabkan sihir tu yang buatkan ayah aku jadi baran sikit.
So dah settle bagitahu, aku tanya ayah. Nak buat macam mana dengan benda ni semua ? Ayah aku cakap. Benda kain kuning tu biar ayah simpan, sebab nak tunjuk kat ustaz. And resit tu aku simpan.
Esoknya, semua 1 family pergi jumpa ustaz, and ayah aku tunjuk barang tu kat ustaz. Depan kakak ipar aku tu, ayah hulur barang tu. Sambil tanya, “Ni dia ustaz, anak sy jumpa ni. Tu yang nak tanya, ni barang apa ye?” Masa ni memang kakak ipar aku dah start tak keruan. Lepastu ustaz pun cakap “Ni laa barang yang tundukkan pakji”. Ustaz tanya, nak pulangkan ke tuan dia atau ke tempat dia ? Haa masa ni kakak ipar aku dah tak berkelip mata. Ayah pun aku cakap laa, pulangkan ke tempat dia.
Dah selesai jumpa ustaz, ustaz pun dah kosongkan benda tu. Balik rumah, ayah aku tanya pulak pasa resit tu kat dia. Kau bayangkanlah 7 orang ngadap kau, mau tak tergagap mulut tu nak jawab. Tapi masa ni, kesian pun ada. Sebab aku rapat dengan dia, dah jadi macam ni. Tapi tu laa, silap dia jugak.
Ayah aku tanya “Ni, adik terjumpa resit ni. Banyak duit sampai beli barang kemas RM2k. Banyak sangat ke gaji tu ?” KakF diam, lepas dah 2 3 minit. Dia tetibe nangis minta maaf suruh maafkan dia, dia cakap terpaksa buat. Dia dah lama teringin nak benda tu semua. Pastu dia sendiri mengaku dia yang ‘Buat’ parents aku.
So parents aku pun marah laa, diorang tanya tak cukup ke makan pakai yang abang aku bagi, yang parents aku bagi. Sampai sanggup buat benda bukan-bukan. Selama ni ibu ayah percaya kat F, apa lagi yang tak cukup ?
Kakak ipar aku masa tu hanya mampu nangis je. Last sekali, ayah aku cakap “Ayah bagi masa 3 hari untuk cari rumah sewa lain. Kalau lepas 3 hari tak pindah dari sini, ayah terpaksa call zul (abang kakak ipar) and ceritakan semuanya. Pasal duit yang dah ambil tu, takpe. Ayah halalkan”
And hari jumaat haritu, dia dah keluar dari rumah. And sebelum keluar rumah, ayah aku hulur RM500 untuk duit makan. Ayah cakap “kalau F tak buat benda ni, ayah takkan halau. Tapi nak buat macam mana, nasi dah jadi bubur”.
Kakak ipar aku ni sebenarnya baik, tapi entah macam mana boleh terjebak dengan benda mengarut ni. Pada yang bertanya abang aku takde tu kenapa. Ye, abang aku meninggal sebab demam panas. Dan segala tanggungjawab semasa iddah, adalah dibawah keluarga suami.
Parents aku memang tak bagi dia balik kampung (tinggal sana terus) tapi tak pernah kawal dia untuk balik kampung (jenguk). And abang-abang dia pun suruh tinggal dengan kitorang buat sementara waktu, sementara dia nak cari kerja kat kedah.
Yang pasal suap tu, bukan sebab kakF tak reti makan sendiri. Tapi sebab memang ibu and ayah akan suapkan anak dia. Contoh, aku minta ayah suapkan. Haa nanti ayah akan offer “F nak suap tak ?” Haa centu lah.
Sekarang aku dah block dia dari semua socmed and semua apps yang membolehkan aku berhubung dengan dia.
Korang yang ada MIL and FIL yang baik tu janganlah ambil kesempatan. Bukan senang nak jumpa yang baik tau, kadang MIL jadi tegas sebab ni laa. Dia taknak menantu pijak kepala dia. Tapi aku tak boleh nak cakap lebih laa, sebab aku pun tak kahwin lagi kan. And umur pun baru 19 masih muda nak menggatal, apatah lagi nak cakap pasal rumahtangga ni kan.
Tapi jangan laa bila dah dapat MIL yang baik, korang pergi buat macam kakak ipar aku ni. Tak kemana pun, mula-mula happy-happy senang hati. Tapi bila dah kantoi, mana nak sorok muka. So itu saja pesanan aku. Assalamualaikum.
– Haifa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit