Menantu Tak Suka Mentua

Hi semua. Aku F,31. Tadi aku scroll FB & ada ternampak discussion pasal menantu tak suka mentua & I’m one of it.

Confession aku ni of course dapat kecaman dari readers & tak sure if admin approve ke tak.

Aku berkawan & kawin dengan husband aku masa Covid so tak sempat nak datang rumah mentua nak tengok culture family diorang time sebelum kawin.

Aku ada tanya few questions pada husband aku pasal family diorang tapi macam biasa nak kawin kan of course jawapan husband aku yang indah-indah sahaja. Aku first time datang rumah mentua pun lepas dah kawin.

Sedikit info, husband aku anak tengah. Sorg abang dah kawin & sorg adik perempuan dah kawin. Kakak ipar aku namakan dia Lola & adik ipar aku Nona.

Raya puasa tahun pertama belah aku so raya haji balik rumah mentua. Time raya haji kira aku & husband still pengantin baru so MIL aku bawak aku pergi beraya rumah kawan dia, just ktorg berdua je.

While MIL & kawan tengah berborak, tibe kawan MIL tanya, “eh Lola tu bersenang lenang lagi ke balik rumah ko?”.

Imagine aku yang baru fews months jadi menantu lepas tu dengar pulak conversation macam tu. MIL aku mengadu dekat kawan dia yang kakak ipar aku tu balik rumah dia just bersenang lenang.

Pada aku, perlu ke MIL tu share perangai menantu perempuan dia dekat orang lain? Lepas kawan dia tanya soalan macam tu, terus berubah air muka MIL & cepat2 tukar topic.

Lola tu surirumah. Aku ni menantu perempuan & Lola tu menantu perempuan. MIL aku without rasa bersalah, cerita pasal Lola dekat aku.

Conv 1 : “Lola tu kalau abang dapat gaji, cepat2 je listkan barang2 rumah nak suruh abang beli. Banyak pulak tu suruh beli. Mak kesian dekat abang”.

Conv 2 : “Lola hari tu nak handbag baru yang anak kawan mak buat, mahal dalam RM200++ tapi mak tak pernah nampak pun Lola pakai. Mintak handbag mahal tapi tak pernah pakai, kesian abang.”

Biaq pi lah Lola tu nak mintak apa pun dekat laki dia, dah tu laki dia. Dah laki dia mampu lagipun Lola tu jaga sendiri 4 orang anak dia so biaq pi lah nak mintak apa pun, takkan nak mintak dekat laki orang pulak.

MIL aku boleh critic Lola macam tu pada aku. Aku taknak buat assumption, tapi pasal aku? Takkan lah takde sikit pun nak di critic kan.

Suami Nona kerja bahagian fastfood while Nona technician kilang oversea base in Malaysia which gaji Nona lagi tinggi dari gaji husband dia.

MIL cerita dekat aku “gaji laki Nona tu RM1500 je kerja dekat XX” lepas tu MIL termenung then cakap “tapi okay lah dari tak kerja langsung”.

Memang menantu MIL aku ni takde yang kena dekat mata dia. Ada je yang nak di critic nya. Padahal Nona anak dia tu tak pernah buat kerja rumah. Memasak, basuh baju, jemur baju semua husband Nona buatkan lepas balik dari kerja. Nona balik dari kerja, terus tidur.

Mana aku tahu cerita ni? Of course MIL yang cerita. Tapi takde pulak di critic anak perempuan dia tu, yang nampak salah menantu jugak.

MIL aku ni suka meminta dengan menantu. MIL cakap dekat aku “Mona, mak takde lah baju nak pergi jalan2. Cuba Mona tengok2 blouse, mak size XX”. Ni okay lagi sebab aku still kerja time tu & tak kisah pun nak belikan baju sehelai dua untuk MIL.

Baru ni aku resign, balik rumah mentua, dekat dapur MIL aku cerita lah yang kawan dia ada XX. MIL aku tanya lah yang aku ni ada saving ke tak lepas resign, KWSP pernah keluarkan ke tak. Aku ni lurus bendul, jujur je lah.

Guess what, MIL aku cakap “Mona, cuba Mona tengok XX macam Makcik Semah tu”. MIL aku mintak aku belikan XX macam kawan dia jugak padahal aku ni dah resign & of course aku nak simpan saving aku. Dengan anak dia tak mintak pulak.

Husband aku ni pakai kereta manual secondhand, sebelum aku resign hari tu pergi jalan2 tempat tinggi. Sebab kan kereta manual, time nak naik bukit tu husband aku ter-reverse kereta pastu MIL aku terkejut sebab belakang kereta husband ada kereta lain.

MIL aku terus cakap, “Mona bila nak beli kereta?”. Padahal aku dengan husband dah decided nak guna satu kereta je sebab nak jimat.

MIL ni aku memang spesis back up anak, merajakan anak lelaki & memanjakan anak perempuan tapi menantu semua benda tak kena.

To MIL out there, kalau rasa tak boleh lepaskan anak2, risau dapat menantu macam itu ini, then tak payah bagi anak tu kawin. Aku seriously tak berkenan dengan perangai MIL aku sekarang.

Honestly, aku tak boleh nak get along dengan MIL aku. Aku tak nak rapat dengan MIL sebab aku tak tahu cerita apa pasal aku & apa yang dia nak critic pasal aku kalau aku rapat dengan dia.

Aku dengan MIL aku memang totally macam orang luar. Takde nak gurau2 ke apa. Memang ada boundary antara kami.

– Mona (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *