Assalamualaikum semua warga IIUM Confession. Namaku Nana (bukan nama sebenar). Pertama kali ku menulis di sini hanyalah untuk meminta pendapat dan pandangan anda semua tanpa mengetahui pasal ku dan kisah yang aku bakal ceritakan.
Sebelum itu aku ingin meminta maaf jika kisah ini panjang kerana aku tidak tahu macam mana nak pendekkan dan tidak begitu pandai mengarang.
Sebenarnya kisah menantu vs mentua ini bukanlah pasal diriku tapi terjadi pada ibuku dan kakak iparku. Ya, mentua itu adalah ibuku manakala menantu pula adalah kakak iparku.
Abangku baru sahaja berkahwin dengan kakak iparku selama 2 tahun dan dikurniakan seorang anak lelaki. Aku namakan iparku ini Lela (bukan nama sebenar).
Selepas berkahwin, abangku dan Lela tinggal di rumah ibu bapaku. Ibu bapaku hanya tinggal berdua. Anak-anak yang lain termasuk aku bekerja di luar bandar dan tidak duduk sekali. Ayahku pula seorang penjawat awam dan bakal pencen tidak lama lagi.
Sedikit latar belakang tentang Lela: dia tidak pernah bekerja kerana ayahnya tidak benarkan dan tidak mempunyai pelajaran yang tinggi, hanya SPM dan mempunyai sijil kulinari sahaja kalau tak salah aku.
Jadi sepanjang dia membesar, dia bukanlah jenis yang keluar rumah atau melepak dengan kawan kerana dia tak pernah bekerja dan tidak juga bergaul. Kalau mahu keluar pun hanya dengan abangnya dan ahli keluarganya sahaja.
Cerita bermula selepas mereka berkahwin dan sebaik mereka tinggal di rumah ibu ayahku. Lela mula cemburu dengan hubungan ibu dan abangku di mana pada suatu hari mereka bertiga (ibu, abang dan Lela) keluar ke pasar raya membeli barang.
Di sana abangku ‘offer’ ibuku untuk menolak troli dan sering kali bertanya ibuku tentang apa lagi yang mahu dibeli. Tapi ibu perasan Lela nampak menjauh dan berjalan seorang diri di belakang.
Semasa mahu bayar, abangku pula ‘offer’ untuk membayar barang-barang yang dibeli tetapi ibu perasan muka Lela seakan marah dan menjauhkan diri. Ibuku bertanya kepada Lela ada apa-apa yang tidak kena kah? Tetapi Lela hanya menjawab tiada apa.
Selepas pulang ke rumah, Lela terus WhatsApp ibuku berkaitan hal ini. Katanya dia ‘jealous’ akan ibu terlalu rapat dengan abangku (suaminya) which is anak ibuku sendiri.
Pelik bukan? Seorang menantu jeles akan hubungan ibu dan anak ini. Katanya maknya tak pernah rapat dengan abangnya sendiri apatah lagi untuk keluar sekali.
Ibuku hanya menjawab tidak salah kan ibu rapat dengan anak ibu sendiri tapi ibuku tidaklah menyalahkannya kerana faham ‘culture’ keluarganya begitu. Lama-lama dia semakin faham dan boleh terima.
Masalah yang seterusnya jadi bila dia dah mengandung dan bersalin. Sepanjang dia mengandung, banyak kali juga ibuku temankan dia check-up ke KK. Abangku jarang menemaninya kerana sibuk bekerja keluar pagi balik petang.
Walaupun KK tidaklah jauh mana tapi ibuku banyak menemaninya kerana dia tidak pandai membawa kereta atau motor sendiri.
Lepas bersalin, hal yang lain pula jadi di mana Lela tidak suka orang-orang sekeliling rapat dan mendekati anaknya. Perkara ini terjadi kepada ku dan ibuku.
Untuk pengetahuan semua, abangku orang yang pertama kahwin dalam kami 4 beradik jadi anaknya itu adalah anak saudara dan cucu pertama dalam keluarga kami.
Betapa gembiranya kami menyambut kelahiran pertama ini dalam keluarga tapi lain pula dengan Lela. Dia menganggap kami anak-beranak mahu ambil anaknya.
Pernah sekali terjadi dia WhatsApp ibuku tentang ini. Dia katakan aku ingin rapat-rapat dan mengambil anaknya kerana aku mendukung dan ‘baby talk’ dengan anaknya. Pelik tapi benar.
Aku excited kerana baby itu adalah anak saudara pertamaku. Tiada niat nak ambil anaknya dari ibunya. Katanya dia tak suka orang rapat-rapat dengan anaknya.
Pelik juga aku, salah ke mak saudara excited dengan anak saudara pertamanya? Aku pula duduk jauh jadi bila jarang-jarang aku balik memang aku excited nak tengok anak saudaraku tapi lain pula pemikiran ibunya.
Setelah ibuku memberitahu hal tersebut kepadaku, aku jadi sedih dan geram dan terus menjauhi anak saudaraku itu. Aku tidak lagi memegangnya apatah lagi mendukungnya.
Lupa aku ingin ceritakan, aku juga telah berkahwin tahun yang sama seperti abangku tapi sampai sekarang aku belum dikurniakan zuriat setelah 2 tahun. Doakan aku ya kawan-kawan.
Ibuku banyak membantu Lela semasa dalam pantangnya. Ibuku sediakan makanan, mandikan baby dan siapkan baby. Bulan 8 ini baby itu telah mencapai umur 9 bulan. Sudah sedikit besar dan bijak. Lain pula yang jadi selepas baby semakin membesar.
Oh, sebelum itu lupa aku nak ceritakan. Semasa 2 tahun duduk di rumah ibu bapaku, dia sama sekali tidak pernah memasak, menolong ibuku masak atau menolong untuk mengemas rumah.
Dia hanya keluar dari bilik untuk mandi pagi, sarapan, tengok TV, cuci baju dia dan suaminya dan masuk ke bilik semula. Tugas memasak, mengemas rumah semua ibuku yang buat dan ibuku tak pernah sekali pun merungut atau menyuruhnya masak.
Kadang-kadang ibuku sampai ketuk pintu bilik untuk panggilnya makan kalau-kalau pukul 10 pagi ke atas dia tak keluar bilik lagi. Kadang-kadang ada juga ayahku ketuk pintu bilik ajak makan tapi dia hanya buat tak tahu dan hanya menjawab dia tidur.
Jadi tugasnya di rumah hanyalah basuh baju dia dan suaminya, sidai dan lipat baju mereka sahaja. Tugas-tugas lain semua ibuku yang buat.
Selepas baby membesar, ibuku banyak juga mendukung baby dan menjaganya. Tapi Lela banyak mengelak dan selalu duduk dalam bilik bersama anaknya.
Kadang-kadang seharian Lela dan anaknya tak keluar bilik, hanya keluar pagi untuk mandi dan makan. Jadi ibuku bertanyalah, “Baby dah bangun ke?”, “Tidur pukul berapa semalam?” dan “Tidur berapa lama?”.
Korang bayangkan eh, seharian, kadang-kadang dua hari ibuku tak jumpa dengan cucu sendiri walaupun duduk dalam rumah yang sama.
Semuanya kerana ibunya banyak duduk terperap di dalam bilik dengan alasan baby hendak menyusu. Tapi bila baby meragam pandai pula keluar bilik cari ibuku untuk tenangkan.
Lela kata cara ibuku itu nampak seperti mahu kawal anaknya. Katanya pada ibuku, dia pelik dan dia terfikir yang ibuku mahu rapat dengan anaknya. Aku pelik, salahkah ibuku nak rapat dengan cucunya sendiri? Cucu sulung pertama pula tu.
Dia juga ada WhatsApp ibuku direct mengatakan yang dia hanya menantu, ibuku tak boleh cakap lebih kurang bagi dia terasa hati. Ibuku sendiri pelik apa yang telah ibuku cakap sampai dia WhatsApp begitu.
Dia ada juga cakap yang dia okay kalau orang lain nak main dengan anaknya tapi dia geram bila ibuku pandai-pandai suruh orang itu dukung baby tersebut, katanya suruhan ibuku itu sengaja untuk membuatnya sakit hati.
Katanya lagi, ibunya sendiri tak over pun dengan cucu-cucunya. Mana taknya, maknya sendiri dah ada berapa orang cucu sedangkan ibu ayahku hanya mempunyai seorang cucu itu pun dah dikatanya bukan-bukan.
Dulu bila awal-awal kahwin aku ada bertanya juga pada ibuku kenapa Lela dan abangku tidak duduk rumah asing. Kata ibuku, Lela seperti tidak mahu kerana tak pernah duduk berasingan dengan keluarga jadi dia tak mahu untuk duduk asing.
Sekarang bila jadi macam ni dia ungkit kata dia nak duduk asing tapi sebab fikir abangku jauh dengan kerja jadi dia masih bertahan.
Aku sebenarnya sendiri tak faham apa yang ayah ibuku buat sampai dia boleh WhatsApp sedemikian rupa. Patutlah aku perasan kadang-kadang bila aku balik kampung semasa cuti, Lela dan anaknya tiada di rumah kerana pulang ke rumah ibu bapanya.
Aku perasan dah beberapa kali aku balik kampung, Lela dan anaknya tiada kerana balik ke kampung seolah-olah ingin mengelak dariku.
Aku ingatkan hal yang lepas bila dia mengatakan aku ingin mengambil anaknya sudah selesai, rupa-rupanya tidak.
Sekarang ibuku pula dituduh nak mengambil anaknya darinya. Ataupun memang itu perasaan ibu-ibu yang dah punya anak? Mungkin aku tak faham perasaan dia kerana aku belum dikurniakan anak.
Aku kecewa dengan sikap dia dan sedih pada ibuku kerana tidak dapat bermain dengan cucu sendiri. Banyak juga dia tak puas hati katanya time baby main ada je orang kacau, time baby makan pun kacau, katanya ramai orang suka kacau anaknya.
Sekarang aku dah tidak peduli akan anak saudaraku, kalau aku balik kampung pun aku tidak bertanya ke manakah baby dan Lela. Aku akan faham sendiri yang mereka pulang ke kampung.
Ibuku pun sudah menjauhi cucunya dan tidak rapat dan bermain seperti dulu kerana tidak mahu maknya berfikir yang bukan-bukan.
Abangku tidak tahu WhatsApp yang dihantar Lela kepada ibu kerana tidak mahu mereka bergaduh. Jadi ibuku hanya diam dan beritahu ku.
Sekarang aku seperti tidak mempunyai anak saudara dan tidak lagi beria seperti dahulu. Hanya mengharapkan aku dikurniakan zuriat untuk aku dan suami serta cucu untuk ibu ayahku.
Sekarang ibuku hanya menjalani hidup seperti biasa, masak seperti biasa dan tidak terlalu mengambil berat akan hal cucunya. Ketika ibuku masak pandai pula dia makan tapi bila WhatsApp macam-macam dia mengata pada ibuku.
Sekarang aku hanya menasihati ibuku untuk terus terang kepada abangku supaya dia segera mencari rumah sewa yang lain. Hubungan mentua dan menantu ini sudah semakin bergolak sebelum apa-apa terjadi.
Bukan ku tidak mahu masuk campur dan terus beritahu abangku tapi aku tidak mahu benda yang tak sepatutnya berlaku dari berlaku jadi aku menyerahkan kepada ibuku supaya menyuruh abangku keluar dari rumah itu dengan segera.
Oh sebelum tamat, lupa aku nak bagitahu ya, umur Lela dah 30 tahun tahun ini. Bukan budak-budak lagi dan dengan umur begitu aku rasa dia patut fikir dengan lebih matang. Ataupun dia jadi begitu kerana culture dan cara keluarganya membesarkannya? Entahlah.
Aku harap pembaca boleh beri nasihat atau pandangan berkaitan hal ini. Aku masih lagi boleh bersabar setakat ini tapi kalau Lela sudah melampau, aku akan confront juga dia nanti.
– Nana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dia dah berlaki kan… suruh jelah laki dia didik dia. Ni dok menahan hati mak sakit buat apa. Kalau mak tu terguris hati dia, abang tu yg tersangkut rezeki.
Suruh je diorg pindah rumah lain. Dok enable perangai menantu macam ni pastu sakit hati sendiri. Sebab tu orang dah kahwin jangan duduk dgn mak ayah. Banyak buruk dari baik.
Rasanya dia membesar dengan kekurangan kasih sayang ,da lama menyimpan perasaan ingin sangat-sangat dikasihi. Mula2 dia mengharapkan suami mengasihi dan layan seperti puteri, tetapi nampaknya suami tak buat seperti itu, malah banyak check up semasa mengandung , suami tak teman. Jadi sekarang dia merasakan anak dia milik dia seorang dan tak nak anak dia sayang orang lain.
Berilah kasih sayang yang melimpah ruah kepadanya, terutama oleh suaminya, sentiasa includekan dia dalam aktiviti, dan jadikannya orang penting terutama jika berkenaan anaknya.
Contohnya bagi suami, ajak isteri tolak troli sama2 semasa shopping, tanya isteri nak apa tak?Tahu kesukaan isteri, jika isteri kata tak nak pun , belikan shj kesukaan isteri, walaupun isteri tak minta.
Dari hal anak, sentiasa tanya ibu kepada bayi apa-apa shj yang nak dibuat kepada bayi, contihnya nak beri makanan, nak beri orang lain dukung, tambahan jika belum rapat lagi. Dan jika menunjukkan kasih sayang kepada bayi, tunjukkan sekali kasih sayang kepada ibunya. Belikan hadiah2 penghargaan yang biasa2 tapi bermakna.
Leceh? setiap orang ada kekurangan dan kelebihan , insyaAllah jika dia berubah menjadi rapat, akan dia sayangkan keluarga mertuanya seperti keluarga sendiri, malah mungkin lebih lagi.
Dalam masa yang sama, nasihatlah sedikit demi sedikit (oleh suami) bahawa kasih sayang manusia tidak kekal, hanya dengan bergantung harap kepada Allah yang kekal abadi, baru hati akan tenang, sebab kasih manusia boleh datang dan pergi.
memang wujud orang gini, otak tak berkembang. Nasihat aku bagitahu terus abang kau biar kasi settle semua ni.
Hermm kalau saya, geram plak kalau dapat kakak ipar macam tu. Dah lah duduk dengan mak ayah kita (mertuanya) tapi tak tolong apa2, nak kata sebab keluar bekerja, tak kerja pun.. Eh lagi lah kalau dia pernah belajar kulinari. Lah time ni lah patutnya peluang nak tunjuk skill.
Tapi ntah lah, agaknya kakak ipar tu tak sihat mental dan ada sakit paranoid kot. Taktau lah kot pernah ada childhood trauma ke etc.. Tapi itu kat part dia lah.. Kalau kita nak tolong lebih2 pun takut lagi dia makin marah dan negatif. Tapi kalau dah macam ni jadinya baik suruh dorang keluar je lah duduk rumah sendiri. Itulah yang sepatutnya seorang suami kena provide rumah. TT kata kakak ipar tu taknak duduk jauh dari keluarga, jadi suh dia pi tinggal dengan mak ayah dia sendiri. Suruh abang pi hantar dia balik kampung atau cari rumah lain. Kalau dia bebel ke ape ke cakap je lah dah dia yang macam taknak bagi orang dekat2, jadi buat apa dia duduk situ kan? Macam terlebih pula playvictim nya, salah satu simptom orang yang tak beberapa nak sihat mentalnya.
Jangan lepas ni pula bila dorang dah duduk asing, dia komplen pula kata takda sapa pun pedulik kan dia dan anaknya. Hmmm memang tanda2 orang yang sakit. Bukan tak kesian tapi kita sendiri pun tak dapat nak tolong melainkan dorang sendiri yang nak berubat.
klu betul camtu, lebih baik f2f dgn abg ko, suruh dia bawak bini dia berambus, carik rumah lain, mak ko tu bukan tukang masak, dah la duduk free, dok pi saiko mcm2 dgn famili ko, utk kebaikan semua, duduk la asing2
giler kot menantu tu. bawak jumpa dukun or doktor.