Assalammualaikum. Sebelum tu akak tahu ramai akan kecam tulisan akak. No problem gais. Go on. You have your own thoughts. And this is mine. We learn, we accept, we change. :)
Hari ini akak nak sentuh bab menantu dan mertua. Sebab rasanya bila baca kat page rumah tangga seantero dunia pun masalah menantu dan mertua makin menjadi-jadi pulak. Nak-nak kalau ada ipar duai yang bermulut kumbahan. Pasti lebih memburukkan keadaan.
Ok. Akak nak cakap pasal menantu perempuan saja. Sebab menantu lelaki sangat jarang buat hal macam-macam kecuali menantu lelaki tu jenis kepoh dan jenis lelaki lembut kan. Oops! Bukan semua ya. So biasanya yang ada masalah adalah menantu perempuan. Akak sendiri ada pengalaman perihal menantu dan mertua iaitu arwah nenek akak dengan mak akak dan makcik-makcik akak yang lain.
Bukan semua ya, bukan semua menantu tu yang ada perangai tah apa-apa. Kadang-kadang atau mostly mertua atau lebih tepat mak mertua ni yang suka cari pasal dan hal. Sebab apa, entahlah. Kalau dari kisah mak dan makcik-makcik akak, mak mertua dorang ni yakni arwah nenek akak jenis cerewet dan pembersih. Kalau tak kena cara macam kebiasaan beliau (arwah) memang semua akan kena. So semua kena ikut cara mertua.
Dari situ timbul tekanan sesama sendiri. Jadi terbatas nak buat apa pun. Pulaknya dapat mak mertua yang jenis sound depan-depan. Mesti malu kan. Salah sikit memang kena. Jadi menantu rasa sangat stress. Mulalah nak protes. Timbul rasa meluat dan sebagainya. Hormat masih hormat. Cuma bila duduk di kalangan ipar duai, mula bercerita itu ini sesi meluahkan perasaan dan rasa tak puas hati. Dari situ jugak timbullah peel ipar duai yang nak try market jadi batu api dan nak cuba jadi menantu kesayangan. Di bawaknya cerita yang pasti ada tokok tambah ke pengetahuan mak mertua.
Apa jadi akhirnya? Gaduhlah sikit-sikit. Masing-masing ada ego. Masing-masing nak tegakkan benang yang basah dan sebagainya. See… kadang menda simple aje. Tapi bila penularan virus gatal mulut ni memang akan sebabkan masalah.
Hari raya minta maaf berhambur air mata. Sehari saja. The rest 364 hari adalah rotation kepada rasa tak puas hati, stress dan sesi luah perasaan. Begitulah seadanya sehingga masing-masing dah malas. Mak mertua dah tua. Sakit dan akhirnya meninggal. Lama-lama memang akan reda masalah dan tabiat tu. Tapi kesan jangka panjang sangat hebat.
Tapi dalam kes keluarga akak ni, takdelah teruk sangat sampai bercerai berai ke apa. Dia lebih kepada masalah dalaman yang takdelah sampai maki hamun dan bergaduh keliling rumah. Hanya tak puas hati, masam muka, merajuk dan berbaik semula.
Zaman sekarang lain kisahnya. Kadang mak mertua tu dah baik serupa malaikat. Tapi menantu pulak jenis hantu. Semua mak mertua buat tak kena pada mata dia. Padahal dia yang ada masalah. Padahal dia yang cari hal. Padahal dia yang tak reti sesuaikan diri.
Balik rumah mertua, kau sendiri yang kurung diri dalam bilik. Kau sendiri taknak bergaul. Kau sendiri buatkan diri kau stress. Kau langsung taknak cuba. Memang keluarga suami kau totally different dengan family kau sendiri. Tapi itulah sebabnya kau kahwin. Supaya kau berkenal-kenal dan faham cara dan budaya orang lain. Kalau semua nak kena ikut macam family kau, silalah hidup dalam lingkungan keluarga kau sahaja. Kahwin lah dengan sedara dan sepupu sendiri jika begitu.
Bila kau kahwin, kau harus terima perubahan. Ada ketara ada yang biasa. Tak perlu try so hard untuk letakkan diri dalam family suami kau. Cukuplah sekadar jadi diri sendiri. Tak reti masak, sila turun ke dapur seawal lepas subuh dan bergelumang dengan mak mertua serta ipar duai di dapur untuk sesi buat sarapan. Kau tengok cara dorang masak. Apa yang dorang buat. Barulah kau belajar dan praktis.
Akak pun tak tahu sangat masak masa sebelum kawin. Dan family suami sangat berbeza dengan family akak. Memang akak stress bila kenangkan kena ubah cara hidup kita namun ku cuba juga. Alhamdulillah dalam masa 7 tahun kawin ni nak masak lauk apa, you name it. Akak tak kata akak hebat, namun akak sudah boleh masak dan gembira dengan perubahan itu.
Kalau sedara mara datang, duduk kat hall/ruang tamu. Tak borak pun cukuplah sekadar pegi salam semua orang yang muhrim saja. Jangan gatal salam semua jantan pula. Jaga ikhtilat. Tunjukkan muka biar orang kenal. Duduk saja tepi mak mertua atau ipar duai sambil senyum-senyum. Lepas tu bangun pergi dapur siapkan apa yang patut untuk hidangan tetamu. Simple.
Kalau hari raya cuba gilir-gilir. Jangan susahkan hal. Rajinkan diri. Jangan malas. Layankan keseronokkan berkeluarga dan sesama saudara. Bohonglah kalau akak kata takde sedara atau sepupu suami yang tak baik sangat dengan akak. Ofkos ada. Tapi akak buat tak tahu saja. Jangan layan sangat yang itu. Kita ada orang lain yang rapat dengan kita. Tak perlu ambil pusing. Just pergi salam, dan buat hal kau sendiri di dapur. Settle.
Jangan sesekali sekat tanggungjawab suami kau kepada mak ayah dia. Itu hak dia yang kau tak boleh pertikai. Kalau cukup segala yang sudah suami kau beri pada kau, kau patut redha semuanya. Jangan mengungkit atau marah bila suami lebihkan mak ayah dia. Akak yakin, kalau kita redha, Allah akan mudahkan semua. Belajarlah bersederhana dan lapang dada.
Banyak akak tengok atau baca pasal kes menantu buat hal. Sampai ipar duai menyampah. Akak tahu maybe tulisan akak ini kelihatan berat sebelah dan hanya menyalahkan sebelah pihak saja. Tapi kebanyakkan masalah berpunca dari menantu tu sendiri. Tak boleh bawak diri dalam family suami adalah punca utama. Selain dari tu dia rasa suami tu hak mutlak dia. Sampai suami jadi bodoh nak ikut je kehendak isteri. Tu paling teruk lah tu.
Kenapa kita sebagai perempuan dan menantu tak boleh sesuaikan diri dengan cara family suami? Mungkin ada kes family suami teruk. Pemalas, pengotor dan sebagainya. Jahat mulut, dengki. Ya memang ada. Tapi kita jangan terlalu ambik pusing perkara tu. Lebih elok kita buat hal kita sendiri. Berbaik saja dengan semua orang. Jangan cari pasal. Go with the flow kalau memang dah tak boleh nak manage lagi. Kalau ditegur ibarat curah air ke daun keladi, kita doa sajalah supaya sedikit perubahan will do. Jangan bawak mulut pulak. Allah tak suka. Jaga aib lebih elok.
Kalau family suami dah elok serba serbi dan kita masih tak boleh sesuaikan diri, itu memang punca masalah dari kita sendiri. Kita yang manjakan diri. Padahal kita boleh cuba. Berapa ramai perempuan zaman sekarang yang lebih tumpu pada henfon bila bersama keluarga? Ramaiii…. So ini pun jadi punca juga komunikasi tu kurang. Jangan cari alasan bila kita sebenarnya ada cara untuk ubah.
Jangan selalu berkepit dengan suami bila kat rumah mentua. Akak tak pernah berkepit dengan suami bila balik rumah mertua. Bila kat rumah mertua, akak akan borak dengan mak mertua. Borak dengan anak buah suami. Borak dan keluar jalan-jalan dengan ipar duai, biras miras. Ok kelebihan akak, mak mertua akak baik. Ipar duai baik. Biras baik. Tapi kalau tak dapat macam tu, kita cuba hidupkan suasana. Jangan jadi lalang pulak ye. Kreatif sikit. Mana ada kehidupan orang yang lemau aje. Pasti ada yang baik. Kalau memang tak baik langsung, kau hiduplah sendiri dengan suami kau. Jangan ambik port pasal orang. Kalau ada kenduri kau pergi, kalau ada majlis dijemput, kau datang. Tunjuk muka ringankan tulang walau hanya lap pinggan atau susun kuih atas pinggan. Sekali lagi, jangan cari alasan, jangan bukak aib, jangan bawak mulut. Itu semua punca keruntuhan institusi kekeluargaan dan rumahtangga.
Kalau kita jaga hubungan kita dengan family mertua, anak menantu kita juga akan buat begitu pada kita nanti. Kalau masa kau kahwin dengan suami kau, kau tak suka mak mertua kau atas sebab tak munasabah, menantu kau akan buat macam tu jugak kat kau. Kau akan rasa macam mana mak mertua kau rasa. Jaga hubungan dengan Allah, Allah jaga hubungan kita dengan manusia. Itu janji yang pasti.
– Daisy Love
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit