Menantu Yang Aneh

Saya lihat dia memakai purdah, jubah, elok je tengok. Jumpa ayahnya merisik, dan dia dari sekolah agama dan hafal Quran.

Sejuk rasa hati dan terus mengikat persetujuan untuk kahwinkan dengan anak saya lelaki umur 23 tahun. Masa tu perempuan itu berumur 22 tahun.

Sepanjang jadi menantu, dia tak pernah keluar bilik bila balik ke rumah saya. Hari raya saya membuat kerja sendiri.

Fikiran saya kan seronok ada menantu boleh masak sama-sama. Tetapi tidak berlaku.

Hari bertambah hari. Anak lelaki saya jarang balik dan tanya khabar kecuali saya yang WhatsApp.

Saya tak syak apa-apa. Saya lihat isterinya baik, solehah, cuma pendiam.

Satu hari anak saya yang lain membuat majlis kahwin. Anak saya yang ada isteri tu tidak muncul.

Saya hadapi. Anak kata dia dah cerai isterinya talak 1.

Saya tergamam dan bagi tahu dia kenapa. Isterinya baik, solehah.

Anak menjawab umi belum tahu apa-apa lagi.

Saya tarik nafas dan mengajak suami mengejar kereta anak saya. Anak terus laju hingga 180 km. Akhirnya saya sampai juga ke rumah sewanya.

Nama anak saya, samaran je ye, Azli. Kami sampai dan memanggil Azli.

Azli, Azli. Tak ada suara…

Kami mencari. Jumpa anak saya sedang terbaring dan menangis.

Tak pernah Azli menangis.

Dia menceritakan satu persatu. Isterinya ganas, mulut celupar, maki hamun, tengking, ludah.

Paksa dia buat semua kerja dan marah jika dia tak dapat buat. Contoh letak tuala anak, buang pampers anak.

Azli dah dapat kerja di Singapura. Gaji RM12K. Apa lagi yang kurang?

Isterinya kata dia abaikan dia.

Sedangkan Azli tak pergi mana-mana rumah saudara, bawa isterinya pergi majlis kahwin saudara mara.

Isteri selalu nak makan restoran mahal. Azli turutkan. Cuma pernah Azli tak bekerja dua bulan, jadi Grab sahaja sebab nak uruskan kerja di Singapura.

Azli terpaksa ceraikan isterinya. Malam itu isterinya mencarut, maki hamun kerana lupa membelikan makanan malam. “Sial, babi, celaka, anak haram, anjing kurap” semua ada.

Saya terduduk dengar anak saya bercerita. Ada juga manusia yang luarannya baik tetapi dalamnya jahat.

Pengajaran… Jangan pandang orang luaran selagi kita tak bersamanya.

– Mama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *