Menantu Yang Berjauh Hati

Assalamualaikum. Terima kasih admin sudi siarkan confession saya. Saya cuma nak meluah apa yang terbuku di hati. Takde niat nak aibkan sesiapa. Dan saya akan berlapang dada menerima segala nasihat atau kecaman dari pembaca semua.

Saya kahwin baru 2 tahun lebih dan masih belum mempunyai cahaya mata lagi. Hubungan saya dan suami baik-baik saja. Kami masih mood menikmati masa berdua.

Beberapa bulan yang dah berlalu, saya rasa macam makin lama makin jauh hati dengan keluarga mentua.

Kisahnya bermula bila suami bergaduh dengan adik dia yang ketiga. Saya jenis tak masuk campur masalah adik beradik suami saya. Saya hanya jadi pendengar setia suami saya meluah.

Lepas dia meluah masalah dia, suami saya kata dia takkan balik lagi ke rumah mak dia. Dia juga melarang saya balik ke sana apatah lagi makan atau minum di rumah mentua saya tu.

Selepas peristiwa pergaduhan tu, suami saya outstation jadi kami pjj selama lebih 3 bulan. Dua minggu sekali suami saya akan balik. Dan setiap kali dia balik, saya ajak dia balik ke rumah mentua dia akan menolak.

Ada sekali tu saya ajak balik. Saya bagi alasan saya rindu kat anak buah. Sebelum sampai rumah mak mentua lagi suami dah suruh beli makanan dan air siap-siap. Dia tak nak saya makan atau minum makanan kat rumah tu.

Tapi bila sampai, anak buah takde. Belum panas punggung lagi duduk suami dah ajak balik. Bila jadi macam ni, saya rasa macam awkward dengan mak mentua. Berbanding masa baru setahun lebih kahwin.

Hubungan saya dan mak mentua agak rapat. Mana-mana pergi mak mentua akan ajak saya. Kalau ada sesuatu yang mak mentua rasa nak makan, dia akan minta saya masakkan. Tapi lepas kejadian suami berselisih faham dengan adik dia, saya rasa macam jauh.

Saya ada rasa terkecik hati dengan adik-adik dia. Saya prefer hide status whatsapp dari family in-law sebab saya tak nak diorang tahu perkembangan saya. Saya pun tak tahu kenapa saya rasa macam tu.

Saya cuba buang rasa kecik hati tu. Saya tanamkan fikiran positif. Tapi, kalau nak rapat balik macam dulu rasa macam dah tak boleh. Macam ada satu tembok pemisah antara saya dan keluarga mentua.

Kalau dulu, sesekali saya akan mesej mak mentua bertanya khabar. Kalau tak mesej pun, saya akan call. Tapi sekarang, saya banyak mendiamkan diri.

Masa raya hari tu, saya beriya ajak suami pergi rumah mak cik dia sebab mak mentua dan adik beradik dia yang lain berkumpul kat sana.

Sampai je sana, suami masuk dalam rumah bersalaman lepas tu terus duduk luar sampai saya ajak dia balik.

Langsung tak jamah ketupat lemang apatah lagi minum air. Dia ada je bersemuka dengan adik yang ketiga tu. Tapi langsung tak bertegur sapa. Lepas tu kami takde balik rumah mentua lagi.

Saya rasa macam saya memaksa suami saya balik rumah mentua. Sedangkan saya tahu isu antara dia dan family dia. Jadi, lepas raya tu saya dah takde ajak dia balik lagi sampai dia sendiri yang cakap jom balik rumah mak.

Sepanjang suami saya merajuk dengan family dia, takde seorang pun yang bertanya keadaan dia. Hidup lagi ke tak, kerja kat mana, sihat ke tak. Takde seorang pun yang bertanya khabar pasal saya atau suami saya.

Baru-baru ni, suami tengah cari rumah nak ajak pindah. Suami saya pesan awal-awal “tak payah bagitahu diorang. Kalau bagitahu pun, bukannya diorang nak datang rumah kita. Masa aku outstation, ada tak diorang datang jenguk kau?”

Walaupun sekarang ni, hubungan suami dan mak mentua dah okay. Dia tetap menjarakkan diri dari family dia. Suami selalu cakap, dia jeles dengan keluarga saya. Keluarga saya harmoni tak macam keluarga dia yang berpecah belah.

Kalau saya mintak tolong dengan adik beradik saya, diorang senang je nak bantu. Berbanding adik beradik suami saya, diorang pandang suami saya ni susah dan suka menyusahkan orang.

Sedangkan kalau dilihat dan diukur, diorang yang lagi banyak menyusahkan suami saya dan mak mentua.

Ada lagi perkara-perkara lain yang terbuku dalam hati tapi setakat ini sajalah confession saya. Terima kasih sudi luangkan masa membaca luahan saya.

– Yana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *