Menantu Yang Dah Lama Memendam Rasa

Assalamualaikum semua. Harini aku nak buat satu confession dan nasihat supaya ramai orang boleh ambil iktibar dari cerita aku.

Aku berumur awal 30-an, mempunyai 2 orang anak. Suami ku berkahwin dengan ku atas pilihan ibu mertuaku (konon nya lah) tetapi apabila aku tidak bekerja, secara perlahan aku mendapat layanan seolah olah bukan lagi menantu pilihan.

Bukan itu saja, aku dapat rasakan seolah olah mereka menganggap aku seperti ‘mata duitan’ atau ‘pisau cukur’.

Kalau aku pakai baju baru sikit, kakak ipar aku akan pandang dan jeling atas bawah. Memang geram sangat tengok jelingan tu tapi aku terpaksa tahan untuk keluarkan kata kata.

Suami aku pulak sangat OK dan tetap sokong aku walaupun aku surirumah. Tapi, walaupun aku surirumah, aku buat macam macam bisnes tau, bukan goyang kaki je.

Permulaan rumahtangga kami sangat biasa biasa macam kebanyakan orang lain. Tidur beralaskan toto, tiada perabot.

In fact, aku guna duit hantaran aku sendiri untuk beli barang barang seperti mesin basuh dan TV.

Pada awalnya, keluarga mertua memandang aku dan suami seperti tiada masa depan yang cerah. Ye lah, suami ku kerja kerajaan dan aku pula tidak bekerja. Mungkin pada pandangan mereka, kami tak boleh pergi jauh.

Dan pada waktu itu, mertua aku ada menantu yang lebih kaya. Setiap kali aku balik kampung, mertua aku akan bercerita tentang menantunya yang kaya, keturunan kaya.

Aku? Hanya mampu menadah telinga dan diam. (Walaupun sebenarnya perkara itu tidaklah pelik kerana aku sendiri pernah jumpa ramai orang orang yang kaya dan hebat sebelum aku berkahwin)

Bila aku balik kampung, aku dapat rasakan layanan mertua aku seolah olah aku ini orang asing. Nak duduk di sofa mereka pun aku segan tau.

Apatah lagi nak guna mesin basuh dirumah mereka. Risau nanti mereka ingat aku nak ambil alih rumah mereka.

Bukan itu sahaja, bila mereka dapat berita aku bakal mendapat anak ke-2, di riak muka mereka lansung tiada gembira. Seolah olah mereka tak ingin pun cucu ni.

Aku sangat terluka sebenarnya sebab cucu lain yang dilahirkan oleh anak mereka sendiri ditimang timang. Semua urusan anak aku ruskan sendiri dengan suami dari A-Z.

Tapi kan, kuasa Allah ni hebat sangat. Selepas habiskan latihan di Terengganu, suami aku dapat pindah ke Kelantan iaitu negeri asal kami.

Mertuaku seolah olah tidak happy sangat. Mertua aku berpendapat perlu merantau ke negeri lain. Sedangkan, kami duduk di daerah lain dan menyewa rumah sendiri.

Tak pernah sekalipun kami minta pinjam duit mereka. Pendek kata, selepas kami kahwin, kami sangat berdikari.

Bila pindah ke Kelantan, satu persatu rezeki Allah buka untuk keluarga kecilku. Suami naik pangkat dan dapat income tambahan hampir 3k sebulan menjadikan income keluarga kami sebulan hampir 10k.

Kami dapat bina rumah kami sendiri alhamdulillah dan perkara itu tidak menyenangkan beberapa pihak.

Keluarga mertua ku menyedari perubahan kewangan keluarga kami dan mula berkias kias supaya memberikan mereka duit lebih.

Untuk pengetahuan, sepanjang berkahwin, tak pernah sekalipun suami tak bagi duit bulanan kepada mertua ku. Walhal, mereka juga ada duit pencen dan duit dari anak lain.

Kakak ipar ku pula suka berkias kias seolah olah memberi gambaran bahawa mereka dapat berita bahawa aku tidak melayan mertua dengan baik.

Sedangkan, setiap kali mereka ingin datang, aku ingin masak untuk mereka tetapi suami halang sebab alasan suami, dia tak nak aku susah dan suami aku beli makanan kat luar sahaja untuk mereka.

Mertua aku pula pernah berkias kias untuk mencari menantu lain. Mereka suka menggunakan hujah seperti syurga anak lelaki di bawah tapak kaki ibu dan sebagainya. Walaupun mereka tidak bagitau secara direct, tapi kita fahamlah kan.

Banyak sebenarnya perkara lain yang berlaku membuatkan aku rasa tawar hati sampaikan aku pernah terlintas untuk bercerai dengan suami aku dan aku jadi tertanya tanya, betul ke tindakan aku berkahwin dengan suami aku?

Pernah juga aku diserang panic attack bila aku terlalu risaukan benda ni.

Tapi nasihat aku untuk pasangan yang bakal berkahwin:

1) Tak perlu try hard sangat dengan keluarga mentua. Menantu tetap orang luar. Mertua tetap akan menangkan anak mereka kecuali mertua tu kategori mertua dari syurga la, haha.

2) Lepas kahwin, duduk asing asing dan segera buat simpanan lepas kahwin. Bila ada duit sendiri, kita tidak akan meminta minta duit orang lain.

3) Elakkan kereta sambung bayar walaupun dengan ahli keluarga sendiri. Kerana nanti, akan timbul isu. Lebih baik beli kereta kecil sendiri asalkan geran tu atas nama kita.

4) Disaat orang lain cuba jatuhkan kita, kita majukan diri kita. Tak semua orang gembira tengok kita berjaya walaupun mereka adalah ahli keluarga kita sendiri. Kalau accident atau apa apa berlaku, tiada siapa akan mempersoal.

5) Cipta bahagia sendiri dengan kecilmu. Kadang kadang kita dengan suami ok, tapi bila ada faktor luar yang mengganggu, menyebabkan rumahtangga kita jadi goyah.

6) Biar Allah yang balas perbuatan orang terhadap kita. Walaupun kita suri rumah, tapi tetap doa tanpa putus semoga suami kita dilancarkan urusan mencari rezeki. Banyak sangat keajaiban doa sebenarnya.

Aku pun bakal bekerja nanti, doakan urusan aku dipermudahkan ye. Semoga dapat ambil iktibar dari kisah aku ini. Assalamualaikum..

– Ayrene (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *