Assalamualaikum wbt semua. Terima kasih admin kerana sudi siarkan confession saya. Semoga cerita ini dapat dijadikan pengajaran buat wanita2 diluar sana. Maaf kerana cerita ini panjang.
Sedikit pengenalan diri, namaku ‘Bunga Kertas’ (bukan nama sebenar). Seorang isteri,anak, menantu & mummy kepada 3 orang cahayamata. Juga bekerja dalam bidang professional.
Berkahwin dengan suami yang pada ketika itu sedang kecewa kerana ditinggalkan kekasih. Tak lama selepas itu kami berjumpa & berkenalan, Alhamdulillah ketika itu keluarga suami dapat terima aku sebagai menantu, kata mereka, aku lebih baik drpd menantu tak jadi mereka.
Hehe Alhamdulillah, permulaan yang baik. Bagi aku, good move & good prognosis untuk masuk dalam keluarga ini. Dengan layanan mereka padaku, nampak ikhlas & penuh kelembutan & kasih sayang.
Aku yakin ni pilihan terbaik & mereka orang yang baik2. Inilah kesilapan sulung aku, letak high expectation kepada keluarga mertua.
Selepas berkahwin, kami berjaya beli rumah namun rumah bakal siap dalam 1 tahun. Jadi suami buat keputusan untuk duduk di rumah keluargaku, selepas puas ibu ayahku memujuk.
Akhirnya kami setuju untuk temankan ibu ayah aku, memandangkan adik2 masih di asrama. Dan memandangkan dekat dengan tempat kerjaku.
Manakala di pihak keluarga mertua, mereka berharap untuk kami balik setiap hujung minggu untuk meluangkan masa dengan mereka pula.
Kata mereka, mereka hanya dapat 2 hari saja bersama kami sedangkan ibu ayahku 5 hari. Jarak rumah keluargaku & keluarga mertua dalam 200km.
Dalam hatiku, aku berdoa moga keluarga mertua belajar bersyukur. 5 hari bersama keluargaku tak terasa kerana kami sibuk bekerja. Sedangkan 2 hari bersama keluarga mertua, kami habiskan masa bersama, bawa berjalan & makan2, semuanya untuk mengambil hati mereka.
Aku turuntukan untuk balik ke rumah keluarga mertua setiap hujung minggu. Korbankan masa berdua bersama suami. Disaat pengantin baru enjoy moment2 honeymoon, aku & suami pula sibuk mengambil hati keluarga mertua.
Kami tidak se sweet pasangan lain. Bagi aku, mungkin dengan cara berkorban macam ni, family mertua akan sayangkan aku & rasa bahagia & tak terasa kehilangan anak.
Tapi pulangan yang aku dapat , tak seperti yang aku gambarkan. Mereka masih rasa tak cukup dengan apa yang kami korbankan. Walau kami korban masa, tenaga, duit, mereka masih tak bahagia.
Kadang ada minggu yang tak dapat pulang ke rumah mertua kerana suami bekerja, kata ibu mertua & adik ipar perempuanku, aku ikat kaki suami.
Fitnah, makian & sindiran semakin jadi makananku. Jika kami tak dapat balik, mak ayah mertua hantar gambar mereka anak beranak, tanpa gambar menantu, dalam whatsap family.
Rasa tersindir & tersinggung disitu. Rasanya macam perkahwinan ini telah memisahkan keluarga mereka. Rasanya macam aku yang pisahkan family mertua dengan suamiku. Dan rasanya, aku tidak dianggap anak..
Ujian terbesar aku bermula selepas suami diberhentikan kerja. Tinggallah aku menggalas segala tanggungjawab seorang diri.
Ada masa aku redha, ada masa aku rasa blur kenapa aku hadap semua benda ni & ada masa aku koyak. Aku perasan suami mula berubah, mungkin down & depress.
Memandangkan suami tak kerja, aku berharap untuk dia jaga anak2 tapi akhirnya aku juga yang jaga, masak & suapkan anak2 makan, tidurkan mereka dan buat segala rutin surirumah selepas habis waktu bekerja.
Aku juga manusia biasa, ada rasa penat & sedih. Bila suami layan aku macam kuli. Aku luahkan pada mak mertua, dengan harapan mak mertua boleh nasihatkan suami tentang tanggungjawab & nafkah.
Sebaliknya, aku dituduh sengaja mengaibkan anaknya. Dituduh materialistik kerana hanya sukakan suami ketika berduit. Bagiku, mak mertua terlalu memenangkan anaknya.
Kemuncaknya suami terkantoi ada hubungan sulit di belakang aku. Masa terluang di rumah rupanya digunakan ke jalan maksiat.
Sekali lagi aku mengadu dengan mak mertua, untuk cari jalan penyelesaian. Dan malam tu juga aku minta seluruh ahli keluarga suami datang ke rumahku, dan boleh ambil semula anak mereka.
Mereka datang, tapi suami berkeras taknak tinggalkan aku. Berjanji tinggalkan kejahatan dulu & bangkit semula untuk majukan diri & keluarga. Walaupun tawar hati, aku cuba untuk beri peluang kedua.
Suami nampak semakin ok. Kalau dulu, suami berdiam diri bila aku dimaki dengan keluarganya, sekarang suami mula bertindak. Keluarkan aku dari group whatsapp family dia.
Aku fikirkan mungkin family mertua akan insaf dengan segala layanan buruk mereka sebelum ini selepas suami curang. tapi mereka tetap sama. Tetap memenangkan anak & salahkan aku atas semua yang terjadi. Tuduh aku tak jalankan tanggungjawab punca anaknya curang.
Ada aku terbaca di whatsap suamiku, mak mertua pesan padaku melalui suami, jangan cari & mesej dia lagi.
Berat untuk aku terima suami & family dia. Suami yang penipu & didokong & disokong oleh family dia, jika aku terima & masih redha dengan segala yang family dia dah buat padaku,
Aku rasa ada kemungkinan untuk suami curang lagi memandangkan aku jenis memaafkan & terima dia & keluarganya. Tapi maaf, tiada lagi kemaafan untuk family suami. Cukuplah.
Sempat aku pesan pada family mertua melalui adik iparku, sepertimana mak dia melarang aku mencari dia lagi, aku juga pesan jangan datang kerumah aku lagi. Memandangkan rumah atas namaku & ditanggung sepenuhnya olehku seorang diri.
Selagi aku masih tawar hati & tak terima mereka, jangan datang lagi dalam hidupku. Hanya masa yang mampu merawat. Sebab family mertua tak mungkin akan sedar kesilapan mereka, malah play victim & pos di facebook tentang dosa anak derhaka.
Moga Allah tak hukum aku atas dosa derhaka aku. Aku dah tak mampu nak ‘fake’kan kesedihan & terima mereka kembali.
Sehingga sekarang aku masih silent treatment dengan mereka, hampir setahun. Selamat hari raya maaf zahir batin mak ayah mertuaku, hanya doa aku titipkan setiap hari semoga aku tak dihukum derhaka.
Pengajaran untuk semua wanita, semoga kita satu hari nanti dapat terima & sayang menantu seperti anak sendiri. Supaya sakit menantu, kita terasa & mampu ada empati pada menantu.
Jika kita anggap menantu sebagai anak sendiri, tidaklah terasa seperti kehilangan anak lelaki kerana dirampas menantu, malah terasa bertambah anak.
Juga jangan terlalu menyanjung anak sehingga tutup mata kesilapan & dosa anak sehingga membiarkan anak menganiaya anak orang lain. Nauzubillah.
Menantu juga ada hati & perasaan. Dia mungkin mampu bersabar, atas dasar hormat mertua & atas dasar cinta suami. Tapi dia tak mungkin boleh bertahan, jika tiada lagi hormat & cinta. Hargailah, sebelum terlambat.
Jika terdengar cerita sebelah pihak tentang menantu hantu, ketahuilah, there is always two side of the same coin!
– Bunga Kertas (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> httapi://iiumc.com/submit