Assalamualaikum admin, dan yang lain-lain. Rasanya ni tak dikira confession. Lebih kepada nak share je kot. Hihi.
Aku perempuan, berumur 26 tahun. Ayah aku orang Malaysia, ibu aku orang Jakarta, Indonesia. Tapi mereka bercerai masa aku 2 tahun, ayah aku besarkan aku kat sini , memandangkan aku memang lahir sini. Tak lama lepas cerai, ayah aku kahwin lagi sekali dgn orang Selangor.
Masa aku sekolah, aku jarang jumpa ibu aku. Dia pengetua sekolah kerajaan dekat sana. Selalu sangat busy dengan kerja dan masa tu pulak dia tengah buat master kat universiti.
Aku tak kesah pun, sebab hubungan aku dengan ibu tiri aku macam ibu kandung. Ibu kandung aku selalu kirim duit, setakat tu jelah.
Tapi lepas aku habis belajar, kerja dan kahwin, aku mula tercari cari asal usul aku. Aku mula ada minat nak belajar pasal keturunan ibu aku. Mungkin faktor yang aku sendiri dah jadi ibu kot.
So aku pun terbang ke sana. Masa aku kat sana, rasa macam retisss je. Hihi. Sebab diorang macam wow gitu bila orang Malaysia ada kat kampung diorang. Layanan pun baik je.
Start tu baru aku kenal saudara-saudara aku. Rupanya pakcik aku pegawai pelajaran daerah/negeri camtu, abang saudara pengetua sekolah sama macam ibu. Kak saudara pula bidan terlatih kat hospital kerajaan.
Kebanyakan saudara aku kat sana kerja kerajaan. Ada sebab kenapa aku mention benda ni. Kat bawah aku cerita kenapa.
Lepas balik dari sebulan duduk sana, aku mula ada rasa cinta pada 2 buah negara parents aku. Jujur aku cakap, pada awalnya aku taknak ada kaitan dengan ibu.
Sebab ibu orang sana, budak-budak sekolah aku dulu ramai yang bersifat perkauman macam tu. So aku sehabis boleh memang nak tutup yang aku ada darah seberang. Aku taknak sesiapa pun tahu.
Nak dijadikan cerita, aku dimasukkan dalam group whatsapp saudara belah ibu. Sebab diorang taknak aku lost contact dengan diorang in case something happened kat ibu ke.
Dan masa kat sini kena perintah duduk rumah, aku dah inform kat mereka hal ni. Aku pun selalu share macam info apa jadi kat sini, jumlah kematian dan sebagainya.
Kak saudara termasuk beberapa saudara yang lain ada share pic diorang dalam PPE tengah berjuang kat sana. Tapi aku pelik, kebanyakan diorang macam act like takde apa-apa. Setiap kali dibuka cerita pasal wabak ni, mereka akan elak dan ubah topik yang gelak-gelak.
Aku pernah share pasal berita sini kata rakyat diorang degil nak keluar rumah dan bandingkan cara tangani (atas dasar concern). Tapi diorang diam dan ubah topik yang kelakar.
Sampailah pakcik aku yang pegawai pelajaran sana whatsapp personal. Dia mintak aku baik-baik, supaya stop share info yang boleh buat diorang down.
Aku minta maaf dan tanya balik, kenapa? Dia cakap, sebab most saudara aku kerja kerajaan.. conversation macam ni boleh merisikokan kerjaya mereka. Tambah pulak beberapa orang tengah berjuang kat hospital as frontliners.
Dia kata walaupun berbeza negara dan berbeza cara tangani, tapi aku dan mereka tetap bersaudara. Kita sama-sama tengah berjuang.
Semenjak pakcik aku cakap macam tu, aku akan pejam sebelah mata kalau ada berita yang cover pasal negara seberang. Sebab cubit peha kiri, peha kanan terasa. Aku takkan baca komen dan bukak link pasal negara seberang.
Oh ye, suami aku faham bab ni sebab dia asal nogori.. moyang dia keturunan minang dari seberang macam tu la.. ada suku suku. Tapi dia tak tahu suku apa.
Mak dia cakap zaman sekarang ramai dah tak tahu suku. Haha. Tapi dia tak tahu dia ada relatives ke tak kat sana. Sebab moyang dia dah lama meninggal dunia. Mesti lagi seronok kalau suami pun ada saudara kat sana jugak.
Jadi kami decide lepas habis semua wabak ni, nak bawa anak kenal dengan saudara ibu. Mungkin lepas 2 tahun kot baru aku berani nak travel. Aku taknak anak aku tertanya tanya siapa nenek dia.
Kalau dulu, aku malu nak mengaku… Tapi sekarang, entahlah… Aku dah tak rasa malu yang ibu ayah aku berbeza negara.
Akhir cerita, aku tak rasa pun diorang semua teruk. Sebab saudara aku sendiri tunjuk contoh yang baik. Mungkin segelintir je yang merosakkan nama tu. Hm… sampai bila lah kita akan merasa begini. Semoga ujian ni berakhir tak lama lagi. Aamiin..
– Labu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit