Assalamualaikum dan hi semua. Terima kasih kepada pihak admin sekiranya sudi menyiarkan confessions ini.
Saya terpanggil untuk kongsi suatu perkara.Saya perempuan dan baru berusia hujung belasan tahun.Tujuan saya menulis confessions ni hanyalah sekadar untuk berkongsi,bukanlah untuk tujuan menunjuk-menunjuk kerana suatu kebaikan itu lebih manis untuk dikongsi bersama.
Saya nak kongsi suatu tips. Tips untuk bahagia dalam hidup.Untuk bahagia kuncinya adalah ketenangan. Bagi saya bahagia tu bukan diukur dengan berapa banyak harta yang kita ada dan bukan juga diukur dengan berapa ramai orang yang sayang kita. Kita akan bahagia bila kita ada ketenangan. Saya tahu dengan usia yang baru nak kenal dunia ni,tak layak untuk saya kongsi tips seperti ni disebabkan masih tak banyak pengalaman hidup dan ujian yang saya tempuh.Kawan2 selalu tanya saya macam mana saya boleh nampak tenang je.Pandai kawal keadaan ikut situasi.Kalau ada suatu perkara sedih yang berlaku saya boleh senyum macam tak ada apa yang berlaku.Kadang saya tak ada jawapan untuk itu.Mereka lihat saya seakan manusia yang tiada perasaan,tiada pernah kenal erti kecewa tapi hakikat disebaliknya, saya hanyalah manusia biasa yang mana Allah meminjamkan kekuatan untuk saya terus nampak biasa.
Bagaimana menjemput ketenangan untuk mencari bahagia? Jawapannya mudah selagi kita meletakkan Allah sebagai yang utama selagi tu kita akan rasa bahagia.Tips yang pertama ialah dengan menjaga waktu solat kita.Ajar diri kita untuk tak melewatkan waktu solat tanpa sebarang sebab.Lebih baik sebelum azan berkumandang kita dah siapkan diri di tikar sejadah.Percayalah,kita akan rasa hidup lebih teratur sekiranya kita disiplin dalam melaksanakan solat.Tips yang kedua ialah dengan menjaga air wudhuk atau air sembahyang. Yup, yang ni tak susah pun kita nak lakukan. Air wudhuk ni bukan untuk solat je. So, bila diri kita sentiasa ada wudhuk automatik kita akan rasa tenang. He2 tak percaya cuba buat. Jadi,sebelum kita nak mulakan langkah kita setiap pagi sama ada nak pergi kerja atau kelas pastikan kita ambil wudhuk terlebih dahulu. Haa, kalau kat rumah tu lepas buang air tu tak salah pun kalau nak ambik air wudhuk untuk pastikan kita dalam keadaan suci.
Tips yang ketiga ialah dengan melazimkan diri kita bangun malam. Jadikanlah solat sunat tahajjud tu sebagaimana kita melaksanakan solat wajib. Rajinkan diri kalau liat sangat pun nak qiam je pun boleh.Sesiapa nak cuba bangun malam, awal2 set la alarm.Tapi kalau betul2 istiqamah lama2 alarm tu dah tak diperlukan sebab kita akan terbangun sendiri. Seronok tau bangun malam, kalau dah istiqamah,bila ada sehari tak buat mesti rasa bersalah.Ha2.Tips yang ketiga, lazimkan solat dhuha. Yup,solat dhuha ni memang banyak kebaikan. Cuba istiqamah, mesti ada perubahan dalam diri kita.
Tips yang keempat, adalah dengan melakukan solat taubat setiap hari.Solat taubat 2 rakaat tak lama pun. So, lepas je solat isyak tu terus je buat solat taubat. Tips yang kelima,pastikan setiap hari baca Al-Quran walaupun sikit. Lagi bagus kalau kita dah tetapkan nak baca surah apa setiap hari. Kalau macam saya surah yang saya wajibkn diri untuk baca ialah Surah Al-Mulk dengan Surah Al-Waqiah. Baca Al-Quran ni tak ambik masa yang lama. Percayalah kalau kita ada banyak masa untuk Allah, Allah akan ada banyak masa untuk kita
Haa, ni tips yang keenam dan terakhir,adalah dengan lazimkan puasa sunat Isnin dan Khamis. Seronok kot puasa,badan sihat,duit pun selamat.He2,saya rasa cukuplah tips2 ni.Saya haraplah boleh memberi manfaat kepada semua. Pada yang masih muda dalam lingkungan umur2 macam saya ni, waktu2 ni la kita nak banyakkan ibadah kita sebab masih tak banyak komitmen lagi.Amalan2 ni sememangnya membantu saya untuk lebih tenang. Tapi bile orang tanya saya tak tau nak cakap macam mana.That is why saya confess kat sini. He2
Perkara yang paling penting dalam kita usaha nak tingkatkan kualiti ibadah kita tingkatkan juga kuantiti ibadah kita. Moga ada saham kita di dunia dan akhirat. Jangan pernah bangga dengan amalan yang kita buat, kalau nak cerita pon cerita lah dengan rasa rendah diri dan niatkan orang tu akan ikut sekali untuk mempertingkatkan amalan.Janganlah pergi canang dekat orang dengan ibadah kita yang tak seberapa ini agar ada keberkatannya.Akhir kata, maafkan saya andai ada yang saya salah bicara dalam confessions ini. Moga bahagia milik kita semua :)
– hamba Allah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit