Assalamualaikum pembaca IIUM Confession. Ni first time nak meluah dekat sini, selalu jadi pembaca saja, huhu.
Nama aku Maya (bukan nama sebenar). Berumur 23 tahun. Dah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan.
Cerita dia macam ni, aku kahwin waktu umur 21 tahun tanpa dirancang. Bunyi macam pelik tapi benar.
Aku tak pernah terdetik pun akan kahwin waktu usia muda macam ni. Waktu perkenalan dengan suami pun sangat singkat, 6 bulan lepastu terus selamat dinikahkan.
Aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang pecah-belah. Mak ayah aku bercerai dan sampai sekarang mereka tak berdamai. Jadi, yang menjadi mangsa nya anak-anak.
Waktu hari pernikahan aku tu, ayah aku siap cakap kalau mak aku datang, dia akan ada waktu akad nikah saja.
Tapi lepas dah pujuk, ayah aku setuju untuk stay sampai habis majlis.
Kiranya waktu hari bahagia aku tu banyak juga drama yang tak diduga. Antaranya, salam kaut tak ada orang in charge…. tetamu siap tanya mana tuan rumah haha.
Bila fikir balik alahai serba serbi tak kena, tapi malas nak fikir sebab dah lepas pun majlisnya.
Yang menjadi kesilapan besarnya, aku anggap perkahwinan ni sebagai suatu escapism bagi aku untuk keluar daripada masalah keluarga yang dah bertahun aku hadap.
Oh, sebelum aku kahwin, aku tinggal dengan ayah aku dan mak tiri aku. Boleh dikatakan setiap hari dalam rumah tu aku sangat-sangat tak tenang.
Kalau boleh hari-hari aku nak keluar asalkan tak duduk rumah. Mak tiri aku baik saja, cuma kadang-kadang ada benda yang remeh boleh jadi salah faham. Jadi aku fikir, dengan aku kahwin aku akan terlepas daripada segalaaa drama ni semua.
Aku kira aku dah jumpa pelangi aku. Aku pun berazam yang aku akan jaga keluarga kecil aku betul-betul demi taknak ulang semula kesilapan mak ayah aku.
Aku taknak anak alu rasa hidup dengan mak ayah bercerai. Tetapi satu benda yang aku lupa, pelangi tu sifatnya sementara sahaja. Maka mulalah drama aku diuji dalam perkahwinan aku sendiri.
Orang kata perkahwinan ni akan diuji dengan kewangan ataupun kesetiaan. Aku antara salah seorang yang diuji dengan kewangan.
Disebabkan aku kahwin awal 2020, dan selepas tu terus pandemik, suami aku hilang pekerjaaan. Masa ni aku tak kerja lagi sebab aku masih menjadi pelajar IPT.
Tapi sekarang aku dah habis belajar dan baru sahaja bekerja. Yang menjadi tekanan buat aku adalah sikap sambil lewa suami aku dalam mencari nafkah.
Sekarang suami aku kerja sebagai kontraktor under orang yang kadang-kadang bos dia tak bayar gaji. (gaji dia diberi per hari; satu hari RM100).
Suami aku ni pula perangai dia kalau tengah tak ada duit, dia akan tiiiiiiiiidur saja sepanjang hari dengan alasan dia sakit-sakit badan kerja berat. Jadi aku lah yang mengurus anak dan rumah seorang diri walaupun aku bekerja.
Benda kalau sekali dua, aku boleh sabar. Tapi bila dalam sebulan tu benda kerap berlaku yang sama, aku jadi penat. Rasa kebergantungan dengan suami tu hilang. Buat apa ada suami tapi macam takda suami.
Suami aku ni jenisnya, kalau dia rajin, semuaaa dia buat. Tapi jadi balik episod yang dia akan tidur saja. Abang aku ada cakap yang dia syak suami aku ni ambil barang terlarang (d*d*h). Aku pernah tanya depan-depan dekat suami aku, dia menidakkan.
Aku pun sekarang ditengah-tengah antara percaya dan tidak percaya. Sepanjang 2 tahun berkahwin, tak pernah sekali pun aku nampak dia amik barang tu. Puas aku selidik, tetap jugak tak jumpa apa-apa bukti.
Suami aku pun tak pernah naik tangan pukul aku. Selalu kalau dia murung bila stress tak ada duit, memang mood dia kelaut, akan marah-marah.
Kalau dia marah-marah tu aku akan senyap saja, dan abaikan dia sepanjang hari tu. Then, dia akan okey sendiri lepas 2 hari buat perangai tidur sepanjang hari tanpa buat apapa tu.
Aku sangat sangat penat dengan keadaan berulang macam ni. Tergantung tak tahu kebenaran, dan tak jumpa jalan penyelesaian.
Dalam mindset aku sekarang satu saja, “aku boleh hidup tanpa suami aku, aku penat nak tanggung dia, emosi aku sangat terganggu”.
Pernah saja kalau keluar dengan kawan aku, kawan aku tegur, “Maya ok ke? kenapa muka macam sedih saja?” Lahh aku pun tak sedar sampai macam tu sekali effect aku pendam masalah aku ni.
Kadang aku pun berlapar sebab dekat rumah takda makanan langsung. Bila usulkan dekat suami aku, dia buat derk saja siap aku yang kena marah balik sebab tak masak… nak masak apa satu barang pun takde huwah.
Kalau lah aku tahu perkahwinan ni macam ni, sumpah aku lari tak nak kawin. Dia ibarat keluar mulut buaya masuk mulut naga. Sampai bila-bila ke aku takkan dapat merasa erti sebuah keluarga tu macam mana??
Kiranya dengan aku tulis confession ni aku harap aku dapat jumpa jalan penyelesaian,
1. Betul ke tanda-tanda orang ambil barang macam suami aku tu?
2. Apa patut aku buat untuk handle suami yang macam ni?
3. Boleh share cara untuk jimat dengan gaji RM1600?
Nasihat aku kepada yang belum berkahwin, selidik lah bakal suami betul-betul. Nanti lepas kahwin dah pening pikir tambah lagi masalah lain. Sekarang penguat semangat aku anak aku saja.
Ada ke patut masa aku nangis teresak-esak depan anak aku, dia boleh gelak??? hahaha nasib baik dia comel tau. Btw, doakan aku ye untuk sentiasa kuat dan tabah dengan ujian dunia ni.
Terima kasih sudi bantu saya yang masih jagung dalam alam perkahwinan ni.
– Maya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit