Mencari Bahagia

Hai semua. Aku Mira (bukan nama sebenar) berumur 27 tahun, sudah berkahwin selama 2 tahun dan baru mempunyai seorang cahaya mata.

Aku seorang penjawat awam yang dah berkhimat lebih dari 4 tahun.

Aku tidak tahu macam mana sangat hendak menulis sebab dah lama tidak buat karangan panjang. Tapi aku tulis juga untuk luahkan perasaan aku disuatu tempat. Harap anda memahami penulisan aku.

Aku tidak tahu hendak mula dari mana. Tapi biarlah aku bercerita bermula dari zaman kecil aku untuk orang faham situasi aku sekarang. Aku lahir dari keluarga yang sederhana.

Boleh dikatakan bahagialah cuma adat rumahtangga kadang-kadang lihat jugak mak dan ayah bergaduh. Cuma keluarga aku ada satu benda yang buat aku berkecil hati sampai sekarang. Suka lebihkan anak lelaki.

Kata mereka, anak lelaki menguatkan keluarga dari diserang orang lain (lebih kepada wali dan harta pusaka) dan hak milik kekal mereka.

Manakala anak perempuan akan diambil orang lepas dah berkahwin. Haha.

Sampaikan masa aku lahirkan anak pertama ini. Ternampak ayah aku sedikit kecewa sebab anak aku perempuan. Bukan lelaki. Dia bimbang aku dibuli belah mertua dan hak aku dinafikan sekiranya suami aku meninggal.

Tapi aku tidak takut pun sebab suami aku bukan orang berharta. Tidak ada apa hendak direbutkan.

Dipendekkan cerita, disebabkan dari kecil aku selalu rasa tersisih dengan layanan mak dan ayah aku. Aku mula membenci dengan seorang manusia berjantina lelaki.

Ya, Abang dan adik lelaki lain mempunyai banyak kelebihan. Diberi wang untuk belajar memandu. Diberi peluang ke menara gading.

Sedangkan aku tidak diberi peluang. Tidak diizinkan belajar motor atau kereta. Sebabkan itu aku jadi wanita yang lemah sekarang sebab aku tidak pandai bawa sebarang kenderaan. Hanya di izinkan sambung ketingkatan 6.

Tapi dengan izin Allah. Aku terpilih untuk sambung belajar dengan ditaja penuh oleh kerajaan.

Aku berjaya yakinkan mak dan ayah, yang aku tidak akan buat perkara yang jatuhkan maruah mereka dinegeri orang dan mereka tidak perlu tanggung aku belajar.

Mak dan ayah aku takut hendak lepaskan anak perempuan jauh,takut bunting sebelum nikah. Sedangkan aku bukanlah jenis tu. DAN AKU BENCI LELAKI!

Dan mak ayah aku sebenrnya tidak perlu bimbang soal cinta aku,kerana aku masa tu mempunyai buah hatiDia adalah seorang Perempuan.

Ya.. aku bercinta dengan seorang perempuan. Dan aku sangat-sangat sayangkan dia.

Aku bercinta dengan nya dari umur 14 tahun sehingga 22 tahun. Berpisah sebab aku memilih untuk mentaati Allah.

Aku masih ingat macam mana sedihnya aku. Sampai tahap aku menangis tertidur disurau. Minta kekuatan agar aku lupakan ex girlfriend aku.

Aku didekati oleh seorang lelaki. Yang tahu mengenai diri aku seorang lesbian.

Aku berkenalan dengannya atas sebab ingin berlajar berkawan dengan lelaki. Bagi aku dia baik. Dan selepas 5 tahun berkawan. Dia melamar aku untuk berkahwin dengannya.

Mak dan ayah aku tidak berkenan dengan dia sebab faktor dia merupakan anak kepada isteri muda. Untuk pengetahuan, kedua mak dan ayah aku ada emak tiri.

Jadi mereka benci dengan perempuan yang berstatus isteri muda. Tambahan adik beradik dari ibu tiri mereka semuanya bukan orang yang baik. Jadi mereka takut suami aku pun macam tu juga.

Tapi aku bertegas dengan pilihan aku. Sebab dia adalah satu-satunya lelaki yang aku kenal. Dan aku takut dengan lelaki lain. Akhirnya kami berkahwin.

Tapi betullah cakap kedua mak ayah aku. Setelah berkahwin, baru belangnya kelihatan. Cerita rumahtangga aku macam yang kebanyakan wanita lain cerita.

Isi rumah banyak isteri yang tanggung. Mak mertua yang ingat semua duit anak dia dan selalu overclaim. Maybe dia ingat anak dia seorang penjawat awam. Bergaji besar. Walau pada hakikat. Gaji aku lagi besar. Malas aku nak bercerita pasal tu.

Tapi sekarang, aku jadi macam orang gila. Aku senyum, tapi malam2 aku menangis seorang. Perasaan benci terhadap lelaki mula menebal balik sebab suami aku. Aku mula menyesal berkahwin.

Aku ingin dilepaskan tapi mustahil lelaki macam tu senang senang hendak lepaskan perempuan yang banyak bagi manfaat dekat dia macam cerita kebanyakan wanita.

Aku buntu. Aku hendak hidup sendiri dengan anak aku. Macam mana cara aku hendak lepaskan diri?

– Mira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *