Aku Tiara. Aku hendak berkongsi kisah hidup aku. Sebagai pengajaran untuk wanita2 di luar sana agar bijak memilih suami. Terima kasih jika sudi membaca coretan hidup aku ini. Andai ada yang mengenali, aku minta maaf.
Aku bukan ingin membuka aib tetapi ingin berkongsi agar tiada yang lain senasib denganku. Aku tau, ramai yang rasa ‘insecure’ apabila lambat bertemu jodoh, tapi usah la terburu-buru memilih teman hidup.
Aku bekerja di sektor kerajaan. Aku seorang yang introvert, tiada rupa, dan simple sahaja. Aku kenal suamiku (sekarang bekas suami) hanya selama 7 bulan, kenal di app cari jodoh. Dia duda anak 2. Katanya kerja kontraktor bergaji 5k. Katanya pandai agama.
Memang aku akui aku bodoh dan terburu-buru membuat keputusan. Aku tidak mengenali diri dia sepenuhnya. Status kewangan serta perangainya juga aku tak kenal. Aku fikir ustaz mestilah jujur dan tak menipu kan.? Tapi aku silap.
Awal pernikahan, kami tinggal secara PJJ. Aku bekerja di seberang laut sejak beberapa tahun sebelum berkahwin manakala dia di selatan tanah air. Aku menyewa rumah dengan harga RM1500 sebulan dengan seorang lagi kawan sekerja.
Nafkah yang diberi RM150-200 sebulan. Suami melawat aku sebanyak 2-3 kali dalam tempoh 7 bulan ketika aku masih di sana. Kebanyakkan masa aku terpaksa menanggung kos penginapan sepanjang suami melawat. Kos makan sepanjang dia datang juga ditanggung sepenuhnya oleh aku.
Daripada situ aku sudah mulai sangsi dengan status pekerjaan dan kewangannya kerana air sebungkus pun tak pernah dia belanja aku. Ketika memilih makanan di pasar malam, dia tidak akan membeli apa-apa walaupun ditanya, tetapi akan makan makanan yang aku beli dengan duit aku tu.
Aku mengandung ketika masih PJJ. Sepanjang mengandung suami jarang bertanya khabar. Aku bertukar ke semenanjung setelah 8 bulan PJJ dengan kandungan 34 minggu.
Suami tidak pernah bertanya tentang kesusahan aku menguruskan hal perpindahan & mengangkat barang-barang yang berat seorang diri ketika tengah mengandung.
Dia tidak langsung mengambil endah akan keperluan anak yang bakal lahir, sehinggalah aku yang terpaksa meminta duit untuk membeli pakaian bayi. Semuanya aku yang kena urus dan fikir sendiri.
Aku telah meminta tolong dia untuk mencarikan rumah sewa berdekatan tempat kerja baru. Jarak tempat kerjaku hanya 45min dari tempat tinggal suami. Akan tetapi, dia mengambil mudah, hanya menyuruh aku bertanya kekosongan kuaters.
Beliau tidak berusaha mencarikan rumah sewa tersebut sehingga aku terpaksa mencari sendiri. Dapat la bilik sewa dengan 2 lagi penyewa lain. Aku la yang terpaksa membayar deposit serta sewa bilik setiap bulan selama 5 bulan.
Dia masih tinggal di rumah ibunya. Daripada sini aku dah nampak sikapnya yang tak bertanggungjawab dan culas nafkah.
Ketika pantang, suami tidak mengambil berat tentang kebajikanku dan tidak membantu menguruskan bayi yang baru lahir. Dia tidak berusaha untuk sama-sama menjaga bayi yang sering menangis (high demand) ditambah aku yang tidak cukup rehat kerana berjaga sepanjang malam.
Nak mengharapkan ibuku, beliau juga sudah tua. Dia juga masih boleh bersantai-santai di sofa, ulang alik ke dapur membancuh teh & kopi sambil melayan media sosial ketika aku sibuk menenteramkan anak yang tak berhenti menangis & berjaga malam.
Ketika itu juga kemarahanku meletus dan aku menyuruhnya mengambil alih untuk mendodoi bayi sehingga tidur. Baru dia tahu betapa sukarnya untuk tidurkan bayi.
Dia juga mengambil mudah dalam membancuh susu anak. Walaupun telah diberitahu cara membancuh susu formula, dia tidak mengikut arahan bancuhan yang sepatutnya, memasukkan air terlebih sukatan dan susu formula tidak diratakan terlebih dahulu.
Memang menaikkan darah aku, kerana sudah diberitahu baik-baik bahawa tersilap bancuhan bahaya pada bayi kecil.
Dia juga hanya membelikan satu paket susu formula Dugro ketika awal kelahiran, dan tidak pernah bertanyakan lagi keperluan anak selepas itu. Disebabkan bayi tidak serasi dengan susu formula tersebut aku terpaksa menukar susu tersebut kepada susu formula lain.
Segala kos pembelian susu ditanggung oleh aku sendiri, dia hanya membelikan 1tin susu tersebut sepanjang tempoh pantang. Aku juga yang terpaksa menanggung kos khitan bayi aku.
Ketika akhir maternity leave, ketika itu bayi berusia 2bulan setengah, suami mula mendesak aku supaya membuat pinjaman bank untuknya kerana katanya dia tidak mendapat projek kerana tiada modal.
Aku bertegas padanya bahawa aku tidak akan membuat pinjaman bank kerana terdapat 2 komitmen pinjaman bank yang aku perlu bayar iaitu ansuran kereta serta personal loan.
Bermula dari sini, dia sering mendesak dan memaksa aku membuat pinjaman bank dengan alasan dia tidak dapat bekerja sekiranya aku tidak membuat pinjaman bank tersebut.
Aku berasa sangat terkilan apabila mendapat tahu bahawasanya dia tidak bekerja pun sebelum itu, mengharapkan saat ini untuk memaksa aku membuat loan untuknya.
Aku memberikan cadangan kepadanya untuk melakukan kerja lain seperti mengajar mengaji atau menjadi imam, tetapi cadanganku ditolak mentah-mentah.
Sepanjang tempoh itu, suami hanya membuang masa di rumah tanpa melakukan apa-apa kerja. Dia juga menggunakan keretaku kerana keretanya telah dijual untuk menganggung kos perkahwinan tempoh hari. Dia hanya membayar kos minyak kereta namun ansuran kereta aku yang terpaksa tanggung semuanya.
Aku kembali bekerja selepas tamat maternity leave. Ketika itu, dia membawa kami menyewa di rumah lot kedai. Disebabkan dia tidak mahu bekerja, aku terpaksa membayar sewa rumah untuk dua bulan pertama sebanyak RM600 sebulan.
Aku juga yang terpaksa membayar harga tong gas memasak, bil api & menanggung kos perbelanjaan untuk anak, bayaran upah mengasuh & barang dapur.
Disebabkan bayiku ‘baby high demand’, aku tidak dapat meninggalkan bayi dengan tempoh lama untuk memasak di dapur, tambahan suami tidak menolong dalam menjaga bayi. Aku terpaksa menempah makanan menerusi GrabFood, dimana aku yang terpaksa menanggung kos makanan untuk suami juga.
Dia juga menggunakan kereta aku untuk semua urusannya. Aku pernah memberitahunya supaya membeli kereta sendiri supaya senang baginya untuk fokus pada kerja dan tidak terikat dengan jadual aku yang tidak fleksibel. Dia hanya diam membisu macam orang tuli.
Pada awal bulan Januari 2024, berlaku pertengkaran antara kami kerana suami mendesak aku untuk membuat pinjaman bank walaupun sudah berkali-kali aku bertegas mengatakan aku banyak komitmen lain. Dia juga telah terkantoi mencuri duitku sebanyak RM100 yang diambil tanpa izin dari dompet aku.
Aku telah bersemuka dengannya tentang perbuatannya, dia tidak mengaku pada awalnya. Tetapi selepas itu baru dia mengaku tetapi mengatakan hanya meminjam duit aku itu. Disebabkan aku enggan membuat pinjaman bank, dia telah naik angin dan telah menumbuk aku berulang kali.
Aku pada ketika itu sedang mendukung bayiku. Disebabkan insiden tersebut, aku trauma dan berasa tidak selamat lagi berada berdekatan dia. Aku tidak membuat laporan polis ketika itu kerana dia berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya.
Suami menjadi semakin agresif selepas itu, memaksa lagi aku membuat pinjaman bank dengan memberitahu semua kawan kawannya dibantu oleh isteri untuk membuat pinjaman.
Dia telah mengamuk pada malam Hari Raya Cina dengan menghempas kerusi plastik di rumah sehingga hancur berderai, dengan serpihan hampir mengenai bayi kami. Dia juga mengugut untuk membunuh dirinya sekiranya aku tidak membuat pinjaman bank. Aku berasa sangat takut dan tertekan dengan situasi tersebut.
Aku terpaksa membuat pinjaman bank sebanyak RM20k serta menambah wang rm10k dari simpananku untuk diberi pinjam kepada suami. Aku beri syarat supaya dia membayar hutang itu setiap bulan.
Selepas diberi pinjaman, dia hanya membayar sewa rumah dan bil elektrik (tetapi tetap terdapat tunggakan sebanyak RM500 ketika dia dipenjara).
Segala perbelanjaan lain termasuk membeli barang dapur & perbelanjaan anak ditanggung oleh aku. Dia hanya memberikan nafkah sejumlah RM250-300 sebulan untuk aku dan anak yang jelas tidak mencukupi.
Dia tidak pernah menghulurkan duit bagi membeli barang dapur. Dia juga tidak pernah bertanya tentang kos perbelanjaan anak seperti pampers, susu, pakaian, upah mengasuh di mana semuanya ditanggung oleh aku.
Aku pernah menyuarakan kepadanya supaya memberikan juga wang untuk membeli barang dapur, tetapi dia hanya diam seribu bahasa. Apabila membeli barang dapur di pasaraya, seringkali dia tinggalkan dompetnya di dalam kereta, jadi aku yang terpaksa membayar bil tersebut.
Selepas segala insiden yang berlaku, aku telah berasa tawar hati terhadapnya. Perbuatannya yang tidak jujur dari awal perkahwinan adalah sesuatu yang aku tidak dapat terima. Selama hampir setahun perkahwinan, rupanya dia tiada simpanan pun. Tetap berkeras dengan kerja kontraktornya itu walaupun tidak mendapat tender projek.
Sikapnya yang sangat berkira dan culas dalam memberikan nafkah juga memberikan impak dalam perhubungan kami.
Dia kata, suami isteri kena saling bantu membantu, tetapi hakikatnya aku yang banyak menganggung nafkah anak. Dia sangat berkira sehinggakan tong gas memasak dia suruh aku yang bayar disebabkan aku yang banyak guna.
Dia juga berat tulang dalam menguruskan anak, segalanya terpaksa aku lakukan sendirian. Dia tidak akan menolong sekiranya tidak diminta dan disuruh dan perkara ini berlarutan sehingga anak mencecah umur 1 tahun.
Dia juga banyak menghabiskan masa dengan ‘scroll’ TikTok sehingga lewat malam. Disebabkan tertekan dengan situasi ini, aku menjadi seorang yang pemarah dan kuat membebel, akan tetapi perangainya tetap begitu.
Aku pernah beberapa kali meminta dilepaskan dengan cara baik tetapi dia sering memarahiku dan mengamuk sekiranya isu ini dibangkitkan.
Dia mengatakan bahawa jodoh ini adalah takdir yang terbaik untuk kita, tetapi bagi aku dia berkahwin hanya untuk kepentingan dirinya sendiri dan tidak menjalankan tanggungjawabnya yang sepatutnya.
Kali kedua dia memukulku ketika dalam kereta dalam perjalanan menghantar aku ke tempat kerja. Dia berang kerena aku membangkitkan isu cerai. Dia telah menumbuk dashboard keretaku dan menumbuk aku berkali2 serta menarik rantai mutiara (pemberian kawan2 sebelum berpindah balik semenanjung) sehingga putus.
Selepas tiga kali dipukul, aku tekad untuk membuat laporan polis. Kali ketiga aku dipukul, juga dalam kereta menghala ke tempat kerjaku. Aku memberitahunya bahawa kali ini aku akan membuat laporan polis, dan dia kata “buatlah”,.
Selepas menurunkanku di lobi tempat kerja, aku terus book grabcar ke balai polis. Ketika ditanya oleh pegawai polis adakah aku ingin mengambil tindakan ke atas suamiku, aku mengiyakan. Sudah banyak peluang aku berikan, tapi perangainya masih sama. Jadi aku sudah tekad.
Dia dipenjara selama sebulan dan aku mengfailkan tuntutan fasakh. Selepas sebutan kali kedua, dia setuju untuk melafazkan cerai talak satu ke atas aku.
Alhamdulillah aku sudah terlepas dari perkahwinan yang tidak bahagia dan perkahwinan yang toksik. Aku keluar dari perkahwinan ini kerana ianya bukan lagi menjadi ladang pahala buatku tetapi menjadi tempat mengumpul dosa.
Dia memaksa aku untuk kembali padanya dalam tempoh eddah, tapi aku dah tekad, cukup la sekali. Dia kata aku tak kesiankan anak. Walhal, aku yang banyak menanggung keperluan anak. InsyaaAllah, aku akan lakukan yang terbaik untuk kehidupan kami berdua selepas ini.
Andai ada pembaca yang mengecam aku kerana berkira dan tidak ikhlas menolong suami, ya aku akui. Aku sudah tawar hati padanya kerana dia masih tidak berubah selepas ditolong malah meletakkan diri aku dalam trauma dan ketakutan.
Buat wanita single terutamanya, kenal betul-betul, selami dan kenal hati budi lelaki yang bakal menjadi teman hidup anda, jangan ulangi kesilapan yang aku lakukan.
– Tiara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Alhamdulillah, awak dah selamat dari perkahwinan yang membinasakan awak sendiri
Syukurlah awak terlepas dr perkahwinan toxic tu. Walaupun sepatutnya awak ambil tindakan ketika kali pertama dipukul tu lagi tapi better late then never kan. Smg awak akan jumpa jodoh yg tepat yg blh memberi kebahagian dunia akhirat & mendidik anak awak dgn baik.
Bangsat puki punya jantan!!!
Dia rodok perempuan utk kepuasan nafsu je bkn sebab rasa syg dan tanggungjawab.
Lepas tu gunakan perempuan jd hamba .
Semoga mampus dlm keadaan hina dan mendapat azab dlm dunia kubur dan akhirat kelak
Nasib baik ko da selamat keluar dari toksik marriage ni.Tahniah.
Ko dilayan mcm hamba abdi.Dia hanya tahu creeet ko smpai mengandung je.Demi puaskan nafsu serakah tp xnk jalankan tanggungjawab .
Dia x heran dgn anak ko tu sbb dia dah ada anak 2 ekor.
Sial nya ex laki jahanam ko.Elok mati dlm keadaan hina