Mencari Doktor Yang Ingin Membantu

Ceritanya bermula pada bulan Julai 2024. Saya mengalami satu siri overthinking yang berlebihan sehingga menyebabkan doktor menyarankan saya mengambil ubat Olanzapine dan Epilim.

Pada mulanya, saya mengambil ubat tersebut selama dua minggu. Namun, saya mengalami kesukaran tidur pada waktu malam.

Setiap kali saya cuba untuk tidur, kepala saya terasa shaking seolah-olah menolak atau bounce tidur saya. Sejak malam itu, mata saya menjadi terlalu terang dan kepala terasa tegang serta keras.

Dari situ, saya mula mengalami beberapa masalah lain, seperti mata yang kurang bertindak balas terhadap cahaya (lazy eye), mata tidak fokus, dan badan menjadi kebas.

Disebabkan itu, saya berhenti mengambil ubat kerana saya merasakan ubat tersebut menjadi punca kepala saya menolak tidur. Saya fikir masalah ini akan selesai selepas berhenti mengambil Olanzapine.

Namun, selepas membuat bacaan lanjut, saya dapati ramai orang yang mengambil Olanzapine mengalami insomnia kronik dan kesan withdrawal. Empat bulan selepas itu, saya mula kehilangan deria bau dan rasa, hampir 80% deria rasa saya hilang.

Pada mulanya, saya perasan bahawa ketegangan kepala saya turun ke bahagian mata dan hidung sebelum deria itu hilang sepenuhnya.

Saya kemudian pergi ke Klinik Kesihatan (KK) untuk mendapatkan pemeriksaan. Doktor meminta saya menjalani pemeriksaan mata menggunakan alat yang mengeluarkan cahaya seperti flashlight.

Keputusan ujian menunjukkan terdapat tekanan di belakang mata saya. Eye cone saya lebih besar daripada biasa, yang menandakan kemungkinan tekanan tinggi atau glaukoma.

Oleh itu, saya dirujuk ke pakar oftalmologi (ophthalmologist) dan pakar neurologi (neurologist) kerana masalah ini mungkin melibatkan sistem saraf.

Di sini, saya ingin menjelaskan bahawa saya bertanya kerana kehilangan deria serta mengalami ketegangan di kepala dan mata—bukan kerana masalah overthinking atau anxiety.

Maksudnya, saya sudah banyak kali berada dalam keadaan tenang dan bersedia untuk tidur, tetapi masih tidak dapat tidur dengan normal. Saya hanya mencapai fasa pertama tidur (REM sleep) dan bukannya deep sleep.

Saya ingin meminta pendapat daripada doktor atau sesiapa yang pernah mengalami perkara seperti ini.

Saya sangat berharap pakar neurologi dapat melakukan MRI atau ujian keradangan dalam badan saya kerana saya mengesyaki bahawa ubat tersebut menjadi punca ketegangan di kepala dan mata saya.

Saya juga semakin kehilangan penglihatan dan mula mengalami floaters dalam mata. Selain itu, urat-urat kecil yang tidak hilang (curly veins) muncul di bahagian mata putih saya.

Saya berkongsi perkara ini kerana saya buntu—doktor mungkin menganggap saya mereka-reka cerita, tetapi hakikatnya keadaan ini telah menjejaskan deria dan saraf saya.

Saya mohon jasa baik mana-mana doktor atau sesiapa yang mempunyai pengalaman serupa untuk memberikan pendapat tentang tindakan yang perlu saya ambil.

Saya benar-benar mengesyaki bahawa Olanzapine adalah puncanya kerana kepala saya mula terasa tegang selepas mengambil ubat tersebut.

Saya harap tiada yang mengatakan ini sekadar masalah mental, kerana sekarang saya sedang mengalami kemerosotan saraf yang nyata.

Terima kasih kepada sesiapa yang sudi mendengar dan membantu. Saya berkongsi di sini dengan harapan ada solusi selain daripada hanya berbincang dengan doktor dan ahli keluarga.

Orang sekeliling mula meragui cerita saya, tetapi saya sendiri yang mengalami kemerosotan saraf ini.

Semoga ada yang pakar atau pernah mengalami perkara serupa dapat berkongsi pandangan bagi membantu saya menghentikan kemerosotan ini.

Terima kasih.

– Bapa yang ingin sembuh (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Saya cadangkan awak pergi berjumpa semula doktor yg memetiksa awk dlu dan yg mencadangkan obat tersebut utk diambil.. kmdn, terangkan apa masalah sebenar yg awk hadapi.. klaw bole, bawa seseorang dgn awk sbg ‘saksi’ tentang apa yg doktor tu cakap n klau bole, rakamkan percakapan awk dgn dia, abg ‘bukti’ jika ada apa2 yg terjadi kpd awak.. kehilangan ‘deria’ adalah ssuatu yg amat serius, krn boleh dikatakn seluruh hidup kita dikelilingi dgn deria utk membantu kita melihat, menghidu, merasa dsb.., jika dah buat apa yg disarankan oleh dictor, tp masih gagal juga, cuba la cari alternatif utk berjumpa doktor yg lain, klau bole yg ‘pakar’ dlm masalah yg awk hadapi.., bila ada peluang, buat solat hajat, & berdoa agar deria awk pulih spt asalnya.. kna doa & usaha.. insha Allah ditujukkan jln nya.. aamiin3 Ya rabbal ‘alamin.

  2. To be honest la ubat ubatan ni kimia yg biasanya bertindak balas kpd tubuh dan jika tak ngam akan rosakkan tubuh.

    Sy simpati dgn awk..seelok2nya utk kes overthinking jgn la smpai amik ubat kimia mcm tu.Kena pi kaunseling/terapi.Ada cara nak sibukkan otak dr overthinking.Kena buat aktiviti lain yg fokus benda lain mcm melukis..menyanyi..atau apa2 saja yg happy kan mood awk..
    Membaca buku pun boleh.Tgk drama yg happy2kan diri pon ok.Asal dpt skip dr overthinking tu.

    Sy dulu pernah pksa doktor bg ubat depression kes ada mslh cinta.Ubat tu Luvox namanya.Sy punya otak jd blank terus mcm jem.Kepala sakit sgt2 dan rs cm nak koma.

    Sebenarnya mslh mental illness ni kita sendiri kena ubah cara fikir kita ke arah lbh positif.Cmne ek nk ckp kang kena judge pula.Sy pun manusia overthinking smpai otak dan bdn jd letih sendirian.

  3. Bila dengar org yg ada pengalaman sakit fizikal/mental smpai mkn ubat …sy jd jatuh simpati sebab sy juga pesakit yg ada penyakit..dah mkn ubat hampir lebih 12 thn.

    Ini takdir hdp sy..sy tak boleh buat apa..sy smpai jd pelupa (mungkin angkara efek ubat)..jd susah nak berfikir cara cerdas.

    Sy juga terganggu dr segi mental akibat penyakit sy..smpai jd depression.moody..anxiety..entahlah..s

    Doktor ofta doktor neuro..doktor ENT..semua sy dah pergi sbb sakit sy ni tp dorg just bg ubat..menambah lg pening dan sakit sebab ubat tak ngam..

    Kita ni dah mcm bhn ujikaji tau.
    Berdoalah kpd Allah dgn sungguh2 agar diangkat segala sakit saudara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *