Assalamualaikum semua. Sebelum aku memulakan cerita ringkas aku, disini aku ingin katakan bahawa aku bukan seorang penulis yang bagus. Jadi jalan cerita mungkin agak bosan. Tapi aku hanya ingin meluahkan apa yang aku pendam selama ini.
Sebagai mukadimah, aku akan menceritakan serba sedikit tentang diri aku. Aku seorang lepasan master daripada sebuah research university di Malaysia. aku baru sahaja menamatkan master aku pada tahun lepas dan alhamdulillah pada awal tahun ini aku baru sahaja mendapat kerja di dalam bidang aku yang bertaraf tetap di sebuah badan berkanun.
Apa yang aku ingin kongsikan disini adalah bagaimana hubungan aku dengan Allah sejak dari kecil sehinggalah aku sambung master. Sejak daripada kecil, solat bukanlah satu perkara yang diajar didalam keluarga aku. Kedua-dua ibu bapa ku juga tidak solat. Namun begitu, aku bersyukur kerana ibu bapa ku tetap menghantar aku serta adik-beradik ku untuk belajar mengaji Al-quran.
So, aku boleh katakan didikan agama secara langsung daripada kedua-dua ibu bapa ku sememangnya tidak ada tapi mereka berusaha memberikan kami didikan itu dengan menghantar kami ke kelas mengaji. Walaupun begitu, disebabkan kami adik-beradik tidak ditekankan untuk solat di rumah, maka aku sememangnya tidak pernah solat apabila di rumah.
Bermulanya aku solat apabila aku masuk ke sebuah sekolah berasrama penuh(SBP). Pada masa itu aku sememangnya telah lupa bagaimana untuk solat. Jadi apa yang aku lakukan, aku hanya akan pergi solat jemaah di surau, dan aku hanya akan ikut pergerakan yang orang lain buat. Pada masa itu aku masih tidak ada kesedaran lagi untuk betul-betul solat. So aku just solat dengan mengikut pergerakan tanpa membaca apa-apa. Bertahun-tahun aku solat begitu.
Turning point aku yang pertama adalah selepas aku tamat tingkatan lima, di mana aku mula berfikir. Sampai bila kehidupan aku akan begini? Apa yang aku cari dalam hidup ni? Pada masa itu aku mula solat betul-betul. Pada masa itu juga aku mula ajar ibu aku solat. Untuk pengetahuan korang, ibu aku tidak pernah diajar solat sejak kecil. Aku pun tak tahu kenapa, sebab atuk dan nenek aku solat tapi ibu ku tidak pernah diajar untuk solat dan mengaji.
Jadi aku berfikir, mungkin ibu ku bukan tidak mahu solat tapi sebab tidak ada yang mengajar nya. Maka aku pun membeli buku belajar solat untuk ibu ku. Aku masih ingat betapa gembiranya ibu ku pada masa itu. Dia bermula solat dengan menjadi makmum ku. Kemudian dia slowly menghafal bacaan-bacaan solat dengan menghafal sebutan sahaja kerana ibuku tidak tahu untuk membaca al-quran. Pada masa itu aku dan ibu tidak pernah meninggalkan solat dan alhamdulillah sehingga ke hari ini ibu ku istiqamah. Ibu ku juga telah pergi belajar mengaji dan dia sudah boleh membaca Al-Quran.
Masalahnya disini adalah aku, kerana selepas mendapat keputusan SPM yang aku boleh consider ok la (5A 4B). Aku menyambung pelajaran ke sebuah kolej matrikulasi. Di situ aku tidak tahu bagaimana, tapi aku kembali kepada seperti kehidupan aku sewaktu di SBP. Aku tak solat, aku solat hanya sekadar solat untuk orang lihat yang aku solat. Jika tiada orang aku langsung tidak solat. Pada masa itu aku leka kembali, aku hanya fokus dengan kehidupan dunia. Aku belajar dengan struggle sampailah aku dapat result yang agak ok la jugak untuk matrik aku (3.70).
Dengan keputusan aku yang kira ok tu, aku pun berjaya menyambung pelajaran aku dalam peringkat ijazah sarjana muda di sebuah research university yang terletak di bahagian utara semenanjung malaysia. Pada masa itu kehidupan aku masih sama, aku tidak solat juga dan jika solat hanya untuk orang lihat. Selepas tamat ijazah sarjana muda, aku menyambung pelajaran ke peringkat master di sebuah research university juga namun kali ini di kawasan selangor. Pada masa itu aku memang belajar bersungguh-sungguh sehingga aku dapat grad yang cemerlang(dean list). So aku pun berkonvo master pada tahun lepas dengan pointer yang agak cemerlang.
Kemudian bermulalah kehidupan aku sebagai penganggur. Alhamdulillah aku boleh consider diri aku bertuah, kerana selepas sebulan dari hari aku berkonvo, aku dipanggil untuk temuduga kerja yang pertama di sebuah badan berkanun dan alhamdulillah 5 bulan
kemudian aku dihubungi oleh pihak badan berkanun itu dan mereka menyatakan aku telah berjaya mendapatkan kerja itu dan ianya bertaraf tetap. Untuk seorang fresh graduate seperti aku, semua pasti tahu bahawa tidak mudah mencari kerja tanpa sebarang pengalaman kerja pada masa kini. Untuk pengetahuja korang, aku pegi temuduga kerja sekali dan aku dapat kerja aku dengan sekali pegi temuduga jer. So sampai sini korang semua boleh nampak macam mana aku rasa jalan hidup aku sangat smooth walaupun aku tidak jaga hubungan aku dengan Allah. Namun itu bukanlah point utama yang ingin aku sampaikan.
Kemudian bermulalah kehidupan aku sebagai seorang pegawai di badan berkanun itu. Setiap hari aku merasa 1 tekanan, kerana aku merasakan semua sangat susah. Bekerja sangat susah bagi jika dibanding dengan belajar. Aku mula menjadi pemarah. Apabila ayah ku kol untuk bertanya khabar, aku selalu marah. Sehinggalah pada 1 hari, aku terfikir. Kenapa hidup aku begini. Aku seorang graduan cemerlang. Tapi bila bekerja aku rasa susah, aku rasa nak berhenti.
Aku mula revise kehidupan aku. Pagi bangun, bersiap, pegi kerja. Petang balik kerja, berehat. Kemudian aku terfikir, berapa lama aku tidak solat, berapa lama aku tidak membaca Al-Quran. Aku boleh consider this is as my second turning point. Aku mulakan dengan membeli tafsir Al-Quran. Aku paksa diri aku untuk solat 5 waktu. Aku paksa diri aku untuk baca Al-Quran setiap hari.
Untuk pengetahuan korang, dalam 5 hari sahaja aku melakukan rutin ni, aku dapat merasakan perbezaan dalam hidup aku. Aku mula rasa gembira untuk kerja. Aku mudah untuk belajar benda-benda baru di tempat kerja. Hubungan aku dengan rakan sekerja lain semakin baik. Kehidupan aku pun rasa terisi. Aku tidak lagi berasa kosong. Aku akhirnya jumpa apa yang kurang dalam hidup aku. Oleh itu, apa yang aku nak cakap.
Disini aku sedar, Allah permudahkan semua urusan aku dari kecil sehinggalah aku tamat master. Namun aku selalu lupa pada dia. Mungkin segala kesenangan yang kita dapat, adalah 1 jalan untuk Allah uji kita kembali kepada Dia. Ujian tidak datang dalam bentuk kesusahan sahaja, tapi ingatlah jika kita kita lupa padanya tapi hidup kita masih senang, sebenarnya kesenangan itu adalah ujian buat kita.
Aku harap korang doakan aku istiqamah dengan perubahan ini. Aku tidak ingin lagi terleka dengan dunia sahaja. Sekian sahaja dari aku yang mencari redha Allah.
p/s: sorry guys, I’m not a good writer since aku budak sains. Aku tak pandai bermadah. Thanks iium confession menyediakan platfom ni for people like me to share our story.
– Hamba Allah
Hantar confession anda di sini www.iiumc.com/submit